Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Walaupun bulan Ramadan baharu sahaja menjelma, rasanya ramai yang sudah berfikir tentang persalinan untuk dipakai sepanjang hari raya nanti. Kemudian, kan seronok jika ada tempat yang semua benda ada di satu tempat, tawarkan diskaun menarik serta selesa daripada panas dan hujan.

Tidak perlu fikir banyak kerana anda terjah sahaja Sungei Wang Plaza bermula 9 April 2021 hingga 16 Mei 2021 kerana Sungei Wang Plaza dan Shopee Malaysia mahu sambut Hari Raya bersama anda dengan pelbagai tawaran menarik!

Bertemakan ‘Hurey! Raya’, Sungei Wang Plaza mengalu-alukan kedatangan semua pengunjung dengan dekorasi yang bertemakan perkampungan moden dan trendi.

Hurey! Raya 1

Seronoknya Raya di Sungei Wang!

Sungei Wang Plaza bergabung secara eksklusif dengan Shopee sebagai gedung rasmi di platform mereka yang akan menampilkan pelbagai produk dan jenama daripada para peniaga.

Inisiatif ini adalah untuk membolehkan para peniaga di sana menyesuaikan diri dan mewujudkan keseimbangan antara penjualan luar talian dan dalam talian. Menerusi Platform Digital Sungei Wang Plaza, Pembeli kini boleh berbelanja di dalam talian dan di luar talian dengan tawaran ekslusif sepanjang musim Raya.

Kolaborasi ekslusif ini adalah sebahagian daripada pelan rangsangan Sungei Wang Plaza bertujuan untuk mengorak langkah ke dunia digitalisasi dan memanfaatkan kelebihan penjualan dalam talian dan di luar talian.

Sg Wang Plaza x Shopee

Hurey Raya! Digital bersama Shopee. Scan barcode ini untuk ke Sungai Wang Plaza Digital Store

“Kami gembira dapat bergabung dengan Shopee yang menyediakan platform kepada para peniaga kami untuk berinteraksi dengan pelanggan secara digital dan seterusnya menarik minat mereka untuk datang ke kedai secara fizikal di pusat membeli-belah kami.

Selain itu, ia memberikan akses yang lebih luas kepada pelanggan kami untuk menikmati promosi-promosi yang ditawarkan, apatah lagi pembeli masa kini lebih suka dengan kemudahan yang selesa dan transaksi yang pantas,” kata Joseph Teo, Pengurus Pusat Sungei Wang Plaza.

Sepanjang Hurey! Raya, ini beberapa sebab lain mengapa anda perlu terjah Sungei Wang Plaza sepanjang Ramadan hingga Syawal nanti bersama rakan dan juga keluarga.

1. HUREY BAZAAR

Hurey Bazar

Kunjungi Hurey Bazaar kami yang menampilkan pelbagai tawaran dan promosi dari Baju Raya hingga pelbagai pilihan kuih raya dengan harga yang berpatutan untuk melengkapkan senarai semak barang perayaan anda.

2. JUALAN HUREY RAYA

Sg Wang Sebab 3

Jualan Hurey Raya yang eksklusif akan berlangsung dari 7 Mei 2021 hingga 9 Mei 2021. Jualan 3 hari ini akan menampilkan produk fesyen, makanan & minuman eksklusif dan banyak lagi dari harga serendah RM5.

3. RAYA REDEMPTION

Sg Wang Sebab 1

Tebus paket Raya eksklusif mingguan Sungei Wang Plaza dan bekas kuih kaca edisi Raya dengan perbelanjaan minimum RM100 dan RM150 masing-masing dalam maksimum dua (2) resit terkumpul. Tertakluk kepada terma dan syarat.

4. PARKIR PERCUMA

Sg Wang Sebab 2

Tebus dua (2) jam tempat letak kenderaan percuma dengan apa jua jumlah yang dibelanjakan di Sungei Wang Plaza. *kepada terma dan syarat.

5. GRABDUITRAYA – REBAT GRABFOOD

Nikmati Rebat RM10 apabila anda memesan makanan & minuman untuk sesi Buka Puasa dari mana-mana kedai F&B yang mengambil bahagian di Sungei Wang Plaza melalui Grabfood dengan pembelian minimum RM25. *Tertakluk kepada terma dan syarat.

6. RM88,888 SYIOKNYA BELI & MENANG LUCKY DRAW

SG Wang

Ganjaran Hadiah bernilai RM88,888 menanti anda apabila anda membeli-belah di Sungei Wang Plaza merangkumi iPhone 12 Pro, emas, Realme C15 serta wang tunai RM158 untuk dimenangi! Sertailah cabutan bertuah dengan perbelanjaan minimum RM68 dalam maksimum dua (2) resit terkumpul. *Tertakluk kepada terma dan syarat.

Seronoknya Hurey! Raya di Sungei Wang Plaza! Bila shopping untuk raya, dapat pula peluang untuk menang pelbagai hadiah menarik. Yang pasti, setiap SOP yang ditetapkan oleh kerajaan akan diamalkan sepanjang tempoh kempen bagi mewujudkan pengalaman membeli-belah yang selamat buat para pengunjung.

Tahun ini jika ingat raya, Ingat Hurey! Raya di Sungei Wang. Jadi sama-sama raikan perayaan kesyukuran dengan keluarga dan rakan sambil menyebarkan kegembiraan dan kebahagiaan di Sungei Wang.

Untuk maklumat lebih lanjut, jangan lupa untuk kunjungi laman web Sungei Wang atau kemas kini semasa di laman Facebook Sungei Wang. Selamat shopping!

Ini artikel lain di The Vocket yang mendapat perhatian netizen minggu ini. Baca pada pautan di bawah.

Ini 6 Perkara Norma Baharu Sepanjang 2020 Yang Rakyat Malaysia Boleh ‘Relate’

Kapal Ever Given ‘Ditahan’ Pihak Kerajaan Mesir, Perlu Bayar Ganti Rugi RM4.1 Bilion