‘Batman v Superman: Dawn Of Justice’ akan ditayangkan di pawagam minggu hadapan dan semestinya filem ini dinantikan peminat komik seluruh dunia. Mana tidaknya, filem ini dikatakan akan menjadi titik permulaan untuk rangkaian filem-filem DC Universe yang akan muncul selepas ini. Yeah!

Sedikit plot berkenaan filem ini. Filem ini akan berkisar berkenaan kerisauan Batman tentang Superman, yang beliau rasa akan memberi masalah kepada umat manusia jika mereka terlalu bergantung kepada Superman. Kuasa yang dimiliki Superman sangat hebat, sehingga beliau dianggap seperti tuhan. Disebabkan perkara ini, mereka bertarung.

Saya tidak mahu bercerita lebih lanjut berkenaan plot filem ini. Nanti tak best sudah untuk dilayan di pawagam. Jadi di sini saya ingin berkongsi dengan anda 6 sebab kenapa anda perlu tonton ‘Batman V Superman: Dawn Of Justice’ ini.

1. Kembalinya gandingan Zack Snyder dan David Goyer

Man-of-Steel-zack-snyder-image

Bagi yang belum lihat filem ‘Man Of Steel’, sila layan filem ini terlebih dahulu untuk lebih faham filem Batman v Superman ini nanti. Man Of Steel, karya gandingan Zack Snyder (Pengarah filem ‘300’) dan David Goyer (penulis skrip untuk ‘The Dark Knight’) berjaya membuat kutipan USD600 juta.

Semestinya kita boleh berharap filem ini tidak akan mengecewakan berdasarkan kredibiliti yang dimiliki oleh duo ini. Siapa yang pernah tengok filem ‘300’ dan ‘The Dark Knight’ pasti akan bersetuju.

2. Ben Affleck Sebagai Batman

b 2

Setelah gagal dalam wataknya sebagai Daredevil pada tahun 2003, inilah masanya untuk Ben menebus kembali kegagalannya setelah dipilih menjadi Bruce Wayne oleh Zack Snyder. Pada awalnya, Christian Bale dijangka untuk mengekalkan wataknya sebagai Batman tetapi beliau tidak berminat untuk projek ini. Ada sebab kenapa Bale tidak lagi mahu menjadi Batman. Nanti saya akan ceritakan. Agak mengecewakan kerana pasti lebih menarik jika Christian Bale kekal sebagai Batman.

Ianya bukan satu masalah besar kerana Ben sangat komited untuk watak ini. Batman dalam filem ini mempunyai persamaan dengan Batman karya Frank Miller di mana ianya bagus dan memberi karakter yang lebih ‘dark’ untuk Batman. Zack Snyder juga mahu memaparkan Batman sebagai seorang yang sudah berumur. Jadi dapatkan Ben Affleck menyinar dalam filem ini dan tidak dibayangi oleh Batman versi Christian Bale?

3. Watak DC Universe Lain Yang Akan Muncul Dalam Filem Ini

b3

Dikhabarkan banyak watak DC Universe yang akan membuat kemunculan dalam filem ni. Tetapi yang sudah pasti, Wonder Woman akan muncul tetapi tidak lagi diketahui bagaimana watak Wonder Woman akan dimainkan dalam filem ini. Khabar angin kencang mengatakan Aquaman, The Flash dan Cyborg akan membuat cameo dalam filem ini nanti.

4. Permulaan Untuk Filem The Justice League!

b4

Kenapa ada ura-ura mengatakan akan munculnya watak DC Universe yang lain dalam filem ini? Kerana filem ini dijangka akan menjadi titik permulaan bermulanya The Justice League! Bagi yang tidak tahu, Justice League adalah rangkaian superhero melawan kejahatan yang berlaku di bumi. Justice League ini adalah sama konsep seperti The Avengers karya Marvel.

Kemunculan watak-watak ini dapat dijangka kerana Zack Snyder juga adalah pengarah filem untuk filem ‘The Justice League’ yang akan ditayangkan pada tahun hadapan. Jadi mungkin tuan pengarah mahu buat teaser sedikit untuk memberi keterujaan kepada peminat komik satu dunia.

5. Kemunculan Darkseid dan Doomsday

b 5

January lalu, satu gambar Batman berdiri di tengah padang pasir telah keluar. Di padang pasir itu terdapat satu lambang Omega yang besar dan ia merupakan lambang untuk penjahat Darkseid. Darkseid adalah makhluk asing yang tidak boleh mati, pemimpin planet Apokolips dan merupakan musuh ketat kepada Superman. Tetapi trailer terbaru filem Batman vs Superman tidak memaparkan hint Darkseid ini.

logo omega besar pada tanah, besar kemungkinan milik darkseid
logo omega besar pada tanah, besar kemungkinan milik darkseid

Satu lagi musuh yang dikatakan bakal muncul adalah Doomsday. Doomsday dikatakan akan dihidupkan oleh Lex Luthor, menggunakan cebisan dari General Zod. Siapa General Zod ini? Kena tengok filem Man Of Steel dan anda akan kenal siapa General Zod. Mengikut komik, Doomsday adalah satu-satunya watak penjahat yang berjaya membunuh Superman. Jadi bagaimana Zack Snyder ingin menggunakan kedua-dua musuh Superman ini masih lagi misteri.

6. Siapa Yang Akan Menang?

b6

Jika mengikut kekuatan, Superman yang akan menang. Tetapi jika anda lihat trailer terbaru Batman vs Superman, anda akan nampak Superman terkejut dengan kekuatan yang ada pada suit Batman. Mungkin Batman akan menggunakan Kryptonite untuk melemahkan Superman dan memperolehi kemenangan?

Saya tidak akan pergi lebih mendalam berkenaan filem ini kerana tidak mahu menganggu mood anda untuk tonton filem ini. Minggu hadapan saya akan membuat review berkenaan filem ini. Sebelum tu, anda boleh layan trailer filem ini di Vocket TV. May the best man win!

https://www.youtube.com/watch?v=hoWNaGttxwA