Salah satu aksesori terbaik yang orang ramai dapatkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat adalah smartwatch bajet. Buat mereka yang mahu berjinak, terdapat sejumlah pilihan daripada harga premium sehingga mampu milik.

Anda pasti bingung untuk memilih smartwatch bajet lebih-lebih lagi buat individu yang baru mahu berjinak dalam memulakan gaya hidup sihat. Oleh itu, mari kita lihat enam pilihan jam pintar bajet yang boleh didapatkan di bawah RM200 menerusi Shopee.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

1. Lenovo S2 Pro Smart Watch

smartwach bajet
Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, sebuah model jam pintar keluaran Lenovo yang multifungsi dengan rekaan yang cukup sleek. Dengan skrin IPS bersaiz 1.69-inci, anda boleh melihat dan menavigasi sejumlah ciri menerusinya dengan mudah. Bezel yang nipis juga menawarkan paparan yang lebih luas untuk memaparkan informasi.

Terdapat pelbagai ciri kesihatan menarik yang ditawarkan termasuklah penjejak kadar degupan jantung dan tidur secara automatik serta hadir dengan lebih 23 mod sukan untuk menjejak tahap aktiviti dari semasa ke semasa. Malah, terdapat ciri kalis air IP67 yang memberikan jam pintar tersebut lebih tahan lasak.

Kini anda boleh mendapatkan sebuah jam pintar bajet keluaran Lenovo dengan harga serendah RM115.80 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Lenovo S2 Pro Smart Watch

2. Colmi C60 Smartwatch

Sumber Gambar: Shopee

Colmi C60 ini hadir dengan skrin bersaiz 1.9-inci yang boleh memaparkan pelbagai notifikasi dengan jelas termasuklah mesej di media sosial dan menjawab panggilan menerusinya. Dengan bekalan bateri sebesar 210mAh, anda boleh mengharungi sehingga tujuh hari lamanya.

Antara ciri kesihatan yang ditawarkan kepada anda seperti pengesan aktiviti sepanjang hari, 19 mod sukan, penjejak kadar degupan jantung, Sp02 dan banyak lagi. Untuk menjamin aktiviti anda akan dijejak walau di mana jua, ia hadir dengan ciri kalis IP67 yang mampu melindungi jam daripada air dan juga bendasing.

Anda boleh dapatkan jam Colmi C60 ini dengan harga RM129.90 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Colmi C60 Smartwatch

3. realme TechLife Watch S100

Sumber Gambar: Shopee

Selain itu, jenama realme juga sedia membawakan sebuah jam pintar bajet yang bukan sahaja tampak minimalis malah mampu menjejak pelbagai aspek kesihatan seharian anda. Jam ini dilengkapi dengan sensor bergred profesional sekaligus dapat memberikan maklumat yang lebih tepat dan lengkap.

Ditambah pula dengan aplikasi realmeLink, kesemua maklumat kesihatan yang dijejaki boleh diakses dengan mudah menerusi peranti pada bila-bila masa oleh para pengguna. Seperti jam pintar lain, anda juga boleh memakai jam pintar ini untuk aktiviti lasak termasuklah berenang kerana mempunyai ciri kalis air IPX68.

realme TechLife Watch S100 ini sedia ditawarkan dengan harga RM139 melalui Shopee.

Beli Sekarang realme TechLife Watch S100

4. Xiaomi MiBro Lite Smartwatch 

smartwach bajet
Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, Xiaomi turut menawarkan sebuah model jam pintar bajet yang menjadi pilihan popular di kalangan pengguna tempatan. MiBro Lite menampilkan rekaan yang berbeza iaitu berbentuk bulat yang tampak lebih kasual dalam masa yang sama lengkap dengan sejumlah ciri kesihatan terkini.

Antara ciri kesihatan yang ditawarkan termasuklah penjejak aktiviti sukan, penjejak oksigen dalam darah, penjejak rutin tidur untuk meningkatkan kualiti tidur dan banyak lagi. Bateri sebesar 230mAh mampu memberikan tempoh operasi jam sehingga lapan hari lamanya.

Anda boleh dapatkan jam pintar MiBro Lite ini dengan harga RM162.90 di Shopee.

Beli Sekarang Xiaomi MiBro Lite Smartwatch 

5. HAYLOU RT2 HD Smartwatch

smartwach bajet
Sumber Gambar: Shopee

Model HAYLOU RT2 HD juga membawakan rekaan yang kasual sekaligus sesuai digunakan untuk tujuan bersenam atau pun majlis formal. Selain saiz yang kompak, terdapat beberapa sensor yang disertakan untuk menawarkan maklumat kesihatan di dalam seharian anda.

Untuk meningkatkan produktiviti pengguna, anda boleh mengawal muzik, mengetahui cuaca harian, notifikasi dari pelbagai aplikasi dan ciri menjejak telefon yang hilang. Jam ini juga mempunyai penarafan kalis air IPX68 yang boleh dibawa sehingga ke dalam 1 meter di dalam air.

Buat anda yang berminat dengan jam ini, kini jam HAYLOU ini ditawarkan pada harga RM169.99 di Shopee.

Beli Sekarang HAYLOU RT2 HD Smartwatch

6. Amazfit Bip U Pro Smartwatch

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, Amazfit selaku jenama terkemuka jam pintar dan band yang menfokuskan kesihatan turut menawarkan sebuah model premium di bawah harga RM200. Jam Amazfit ini ditawarkan dengan paparan skrin HD yang baik untuk memaparkan pelbagai maklumat dengan jelas serta mudah dinavigasi.

Untuk aspek kesihatan, jam ini sedia membawakan pelbagai jenis ciri penting untuk digunakan oleh pengguna lelaki mahupun wanita menerusinya. Malah, jam ini mempunyai 60 jenis mod sukan yang boleh diterokai oleh pengguna. Menariknya, terdapat fungsi GPS terbina yang boleh memberikan bacaan jarak dan kelajuan dengan tepat.

Kini anda boleh dapatkan jam pintar Amazfit ini dengan harga RM199 melalui Shopee.

Beli Sekarang Amazfit Bip U Pro Smartwatch

Berdasarkan pemerhatian senarai di atas, jam pintar yang paling berbaloi untuk dibeli sudah semestinya Amazfit Bip U Pro kerana sudah terjamin kualitinya bersama sejumlah ciri menarik untuk aspek kesihatan seperti yang dimahukan ramai. Malah, anda boleh mengakses pelbagai maklumat dengan mudah menerusi aplikasi sahaja.

Diharapkan dengan cadangan smartwatch bajet ini dapat memudahkan anda membuat pemilihan jam untuk menjejak kesihatan dan sebagainya. Ditambah pula dengan penawaran model dengan harga marhaen, tidak hairanlah ramai orang mulai mendapatkan jam pintar berbanding jam tangan konvesional yang biasa.

Sumber