Nota Editor: Perkongsian ini adalah daripada Fen Ninetyone yang telah travel ke Bangkok baru-baru ini. Semoga ia dapat dijadikan rujukan buat anda yang ingin travel ke sana.

Perkongsian sedikit sebanyak strategi jimat Bangkok – Kanchanaburi (Keretapi Maut) – Ratchanaburi (Floating Market)

tip-travel-di-bangkok-6

State Railway of Thailand

Menunggu keretapi ke Bangkok Town dengan menaiki kelas ke 3 hanya bayaran 50 sen untuk sejam perjalanan. Buat apa nak membazir, bagi yang bajet seciput saya boleh lah cuba.

1. Kalau korang naik Airasia turun Don Mueng International Airport nak ke town Bangkok boleh naik train dari Airport ke Hua Lampong station. Tambang hanya 5 THB = RM 0.57 one way. Caranya, korang hanya perlu lintas jambatan dari airport ke terminal stesen keretapi.

Cumanya perjalanan lebih kurang sejam. Bezanya dengan bas sekitar RM4 dan teksi RM30-40.

2. Jika merancang nak pusing sekitar Bangkok dengan BTS , saya rekomen beli one day pass 140 THB (unlimited pass for one day) = RM16.20. Kat mana nak dapat? di mana-mana BTS Station Bangkok.

tip-travel-di-bangkok-2

Death Railway Burma – Thailand. Perjalanan dari Bangkok nak ke sini mengambil masa lebih kurang 3 jam naik minivan di Mochit Station. Tambangnya sekitar RM13 one way.

tip-travel-di-bangkok-3

Death Railway, Kachanaburi Thailand
Train akan lintas landasan keretapi maut 2 kali sehari je. So kalau korang nak tengok train ni bergerak kena tunggu seawal jam 9.15 pagi @ 5.15 petang.

Baca: Gadis Ini Berkongsi Itinerari Lengkap Travel Dengan Keretapi Dari Malaysia Ke Chiang Mai

3. Berapa tambang ke Keretapi Maut Kwai Bridge dari Bangkok? – 120 THB one way = RM13.89.

Boleh dapatkan tiket bas di Mocit Bus Station. Cara nak ke Mo Chit Bus Station adalah korang cuba dapatkan BTS ke Chatuchak MRT Station, kemudian keluar di sebelah kanan ada stesen bus ke Mo Chit yang bernombor 3 & 77.

Boleh pilih yang mana satu. Tambangnya RM0.75 one way. Macam mana nak tahu dh sampai? MoChit Bus Station adalah stesen terakhir. Dah sampai, korang boleh cari minivan ke Kanchanaburi, tambangnya 120 THB = RM13.89 one way.

Perjalanan 3 jam. Dah sampai Kanchanaburi Terminal Bus boleh sewa motor 200 THB = RM 23.18 ke Keretapi Maut Kwai Bridge.

4. Jika nak ke Erawan National Park dari Kanchanaburi, boleh naik bas seawal 8 pagi dengan tambang 50 THB = RM5.79 one way.

Berapa kena bayar tiket masuk ke National Park? – 300 THB = RM34.77. Timing bas setiap bermula seawal 8 pagi – 4 petang.

tip-travel-di-bangkok-5

Floating Market Damneon Saduak Ratchanaburi, Thailand.

Untuk ke sini korang memang kena hati-hati sewaktu ambik minibus sebabnya diorang akan turunkan korang kat 1 tempat yang korg perlu bayar 2000 THB = RM217 sewa private boat ke floating market. JANGAN! JANGAN! Sesama sekali JANGAN.

Boleh katakan semua orang terpaksa kena ambik jugak. Dengar sini, saya nak kasi tips. Korang jalan kaki je di sepanjang jalan raya besar sejauh 1.3KM dan korang akan sampai floating market ni.

5. Cara nak ke Damneon Saduek Floating Market Bangkok?

Cari BTS yang turun ke Victory Monument kemudian seberang jambatan. Jalan 50m dan belok kiri. Minivan tambang 90 THB = RM10.44 one way. Perjalanan sejauh 75KM (2 jam).

Bila dah sampai korang jalan kaki je di sepanjang jalan raya besar sejauh 1.3KM dan korang akan sampai floating market ni. Kalau korang tetap nekad nak naik bot jugak, korang boleh sewa bot dengan harga 150 THB= RM17.38.

Tapi kalau korang tak nak, tak payah lah buang duit sewa bot ni. Korang boleh tengok je kat tepi-tepi sambil pekena coconut ice cream yang aummmm sedapppp! hehe.

Baca: Bagaimana Remaja Berusia 19 Tahun Travel Sebulan Dari Hong Kong Ke Pulau Pinang Melalui Jalan Darat

tip-travel-di-bangkok-7

River Boat Bangkok.

Bagi sesiapa yang datang bangkok boleh lah cuba naik boat untuk ke sini. Harga dia 15 THB je seorang. Kalau convert duit Malaysia sekitar RM1.75. Perjalanan lebih kurang 20 minit. Berbaloi.

6. Lepas balik dari floating market tu korang boleh naik bas ke airport. Hanya perlu ke seberang jambatan dan akan nampak stesen bas belah kanan. Cari bas no 152 atau mana-mana bas yang nak ke airport.

Tambang bas dari sini nak ke Airport Don Mueng, 19 THB = RM2.20 seorang. Jimat dan murah! Perjalanan sejauh 17km. Kalau naik teksi korang kena charge RM40-RM50.

Baca lagi: Travel 6 Hari Di Pulau Pinang Dan Bangkok Dengan Bajet RM500

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

0 KOMEN

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤