Orang muda, tidak kira yang baru habis SPM, yang sedang belajar di universiti atau yang sedang bekerja, rata-ratanya gemar bersukan. Tidak kiralah yang bersukan dalam acara kompetitif atau bersukan secara kasual sememangnya orang muda antara yang ramai bersukan.

Selain ramai yang bersukan, ramai juga yang tidak alert dengan kecederaan yang bakal menimpa. Antara kecederaan yang paling ditakuti ialah kecederaan lutut. Atau yang sering disebut-sebut ACL (Anterior Cruciate Ligament) yang mana pemain bola sepak selalu alami. Tidak mahu pergi lebih mendalam tentang ACL cukup sekadar dalam bahasa mudahnya kecederaan lutut yang mana orang biasa pun boleh kena sekiranya tidak berjaga-jaga.

Sebagai orang muda, lutut anda mahu dipakai lama oleh itu anda perlu berhati-hati. Di bawah kami senaraikan sukan-sukan popular yang boleh mengakibatkan kecederaan lutut (meletup, putus, koyak, lembam, luka dan lain-lain).

1. Bola Sepak

bola-sepak-vocket

Seringkali kita terdengar pemain-pemain bola sepak profesional mengalami ACL. Jika pemain profesional yang sudah dilatih untuk menguatkan badan dan teknik-teknik permainan yang betul pun masih boleh kena ACL, apatah lagi pemain bola amatur dan sosial seperti anda yang main tanpa latihan konsisten dan warm up yang betul.

2. Ragbi

ragbi-vocket

Siapa main ragbi pasti tahu bertapa lasaknya sukan ini. Anda cuba bayangkan abang-abang sado dalam tim ragbi tackle anda ketika melarikan bola ragbi. Macam kena langgar lori. Perlanggaran-perlanggaran seperti inilah yang mengakibatkan kecederaan lutut.

3. Muay Thai

muay-thai-kicks

Walaupun tidaklah dimainkan secara meluas, tapi orang muda memang gemar dengan sukan ini. Teknik low kick antara faktor yang boleh menyebabkan lawan mendapatkan kecederaan dibahagian kaki. Jika anda yang kena low kick mungkin anda yang sengsara menanggung kesakitan.

4. Bola Jaring

bola-jaring-vocket

Bola jaring ini boleh diibarat bola sepak versi perempuan. Pergerakannya yang melibatkan lompatan untuk menyambut hantaran bola daripada kawan sepasukan boleh menjadi punca kepada kecederaan lutut.

5. Berlari

berlari-vocket

Aktiviti berlari, marathon, night run, color run, zombie run dan lain-lain run semakin banyak dianjurkan di negara kita. Bagi yang kaki bangku atau tidak mempunyai kebolehan sukan lain selalunya akan memilih sukan berlari. Easy, just run baby. Seperti bola sepak, kerap berlari tanpa rehat yang betul boleh mengakibatkan kecederaan pada kaki seterusnya lutut anda.

6. Futsal

futsal-vocket

Baik lelaki atau perempuan, sukan futsal semakin digemari kedua-dua jantina ini. Permainan futsal yang melibatkan banyak penggunaan kaki ini antara faktor anda boleh kecederaan lutut. Antara insiden yang boleh membuatkan lutut anda cedera ialah berlanggar dengan penjaga gol dan apabila anda bertemu pasukan lawan yang hanya tahu sepak kaki. Memang risiko untuk dapatkan kecederaan tinggi.

Pemain-pemain futsal menggunakan Pro Kas untuk melegakan sakit otot
Pemain-pemain futsal menggunakan Pro Kas untuk melegakan sakit otot

Jika anda mengalami kecederaan lutut atau mula rasa sengal-sengal pada bahagian lutut anda boleh cuba produk tempatan ini, Pro Kas. Selain melegakan sakit lutut, Pro Kas juga dapat melegakan sakit otot seperti hamstring.

Istimewa untuk pembaca Vocket anda boleh gunakan kupon VOCKETPROKAS dan WhatsApp ke 013 392 8708 untuk dapatkan potongan harga sebanyak RM5.

Untuk maklumat lanjut tentang Pro Kas. Anda boleh terus layari Facebook Pro Kas atau laman web Pro Kas.