Sebut sahaja Johor, mesti anda sudah terbayang pelbagai taman tema yang ada di sekitarnya. Mana tidaknya, banyak taman tema telah dibina di Johor menjadikan ia lokasi strategik untuk mereka yang mencari keseronokkan.

Dalam satu kenyataan di Facebook semalam, Angry Birds Activity Park yang terletak di Johor Bahru akan tutup operasi taman temanya secara rasmi pada 5 April 2021 ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pihak Angry Birds Activity Park turut mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan yang memberikan sokongan kepada pihaknya sepanjang 6 tahun beroperasi.

Pastinya para peminat Angry Birds yang belum berkesempatan mahu berkunjung ke taman tema ini akan berasa kecewa. Malah, para pengunjung yang pernah ke sini memiliki 1001 kenangan manis ketika berkunjung ke sini. Apa kata anda kongsikan kenangan anda ketika berkunjung ke sini.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket.

Raikan Persahabatan Dua Negara, Taman Di Shah Alam Dibina Berkonsepkan Seni Bina Jepun

Terbesar Di Malaysia, ‘Maze Park’ Di Perak Ini Bakal Jadi Tumpuan Terbaru Pelancong

Hotel Angkasa Lepas Pertama Lengkap Dengan Pawagam Dijangka Siap Sekitar 2027