Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Honda Malaysia menerusi perkongsian di Facebook mengumumkan bahawa mereka sekali lagi muncul jenama bukan nasional paling laris di Malaysia selama 6 tahun berturut-turut. Sebanyak 60,469 buah kereta Honda telah berjaya dijual sepanjang tahun 2020 yang lalu.

Hasil angka jualan dipecahkan seperti berikut – 34% jualan Honda City, 20% jualan Honda Civic dan 17% jualan Honda BR-V. Model terbaru Honda City telah mencatatkan penjualan bulanan tertinggi apabila lebih 5,500 buah kereta berjaya dijual pada bulan Disember 2020 sahaja.

“Kepercayaan anda yang berterusan terhadap jenama Honda telah membakar semangat kami untuk terus berusaha lebih lagi untuk membawa kehadapan nilai 3 Joys of Honda iaitu Joy of Buying, Joy of Selling dan Joy of Creating.

“Kami juga ingin berterima kasih kepada pihak kerajaan Malaysia kerana melanjutkan pengecualian cukai penjualan yang membantu lebih banyak rakyat Malaysia membeli kereta dengan penjimatan tambahan,” kata Toichi Ishiyama, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia.

Sehingga hari ini, model terbaru Honda City telah mendapat tempahan sebanyak 15,200 buah dan sebanyak lebih 10,000 buah telah berjaya diserahkan kepada pelanggan sejak pelancaran rasminya pada bulan Oktober 2020.

Bagi peminat kereta Honda Civic, anda boleh lihat rupa terbaru Honda Civic generasi kesebelas yang akan dilancarkan pada akhir tahun 2021 atau awal tahun 2022 nanti.

Lebih ‘Classy’ Dan Matang, Honda Tampilkan Pandang Pertama Civic Generasi Kesebelas

Honda City RS 2020 Dengan Tork 253Nm Dibuka Untuk Tempahan

Honda Accord 2020 Dengan Enjin 1.5L VTEC Turbo Sedia Dibuka Untuk Tempahan

Anda Mungkin Suka