Telefon pintar yang dibekalkan bateri besar sememangnya menjadi pilihan buat para rider di luar sana. Kelebihan memiliki telefon pintar dengan kapasiti bateri yang besar adalah boleh digunakan untuk jangka masa panjang tanpa perlu risau berkenaan pengecasan lagi.

Sudah tiba tahun 2023, kini terdapat sejumlah telefon pintar dengan kapasiti bateri yang besar sedia ditawarkan oleh jenama terkemuka. Oleh itu, kami sedia menyenaraikan pilihan telefon pintar dengan bateri besar terbaik yang boleh dipertimbangkan untuk kegunaan para rider.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

1. Infinix Hot 10S

telefon pintar bateri besar
Sumber Gambar: Shopee

Infinix Hot 10S merupakan sebuah telefon pintar yang serba lengkap dengan harga berpatutan. Infinix Hot 10S ini dilengkapi skrin besar dengan refresh rate 90Hz bersama cip Mediatek Helio G85 yang bakal memberikan penawaran prestasi harian yang mantap dan lancar.

Bateri berkapasiti 6,000 mAh ini pula bakal menjanjikan tempoh penggunaan selama 18 jam sekaligus tidak perlu dicas secara berkala. Dengan kamera utama 48MP, ia dapat memberikan hasil gambar dan rakaman yang baik. Reka bentuknya yang ergonomik memberikan cengkaman yang baik serta mudah untuk disimpan di poket.

Kini anda boleh dapatkan Infinix Hot 10S pada harga serendah RM549 di Shopee atau di Lazada berharga  RM499 sahaja.

Beli Sekarang Infinix Hot 10S Di Shopee

Beli Sekarang Infinix Hot 10S Di Lazada

2. Realme Narzo 30A

telefon pintar bateri besar
Sumber Gambar: Shopee

Bercakap mengenai Realme Narzo 30A pula, peranti ini tampil dengan spesifikasi yang optimum bagi kegunaan seharian. Realme sedia membekalkan bateri sebesar 6,000mAh yang mampu mencatatkan masa Screen-on-Time (SoT) sekitar 10 jam untuk penggunaan yang sederhana.

Kamera yang disediakan pula sekadar mampu menghasilkan gambar yang baik sekiranya mempunyai sumber cahaya yang cukup. Seperti model lain, Narzo 30A ini tampil dengan rekaan yang kompak sekaligus mudah untuk dibawa dan juga mempunyai skrin yang luas untuk memaparkan visual dengan baik membuatkan ia mudah dinavigasi.

Anda boleh dapatkan Realme Narzo 30A pada harga RM595 menerusi Shopee atau di Lazada berharga RM599.

Beli Sekarang Realme Narzo 30A Di Shopee

Beli Sekarang Realme Narzo 30A Di Lazada

3. Poco M4 Pro 5G

Sumber Gambar: Shopee

Antara model yang menjadi pilihan ramai adalah Poco M4 Pro kerana sangat verstail dari segi penggunaan. Selain mempunyai skrin 6.5-inci beresolusi FHD+ serta refresh rate 90Hz, peranti ini juga lengkap dengan sokongan rangkaian 5G yang memberikan sambungan internet yang lebih baik sewaktu menavigasi ke lokasi hantaran.

Kapasiti bateri sebesar 5,000 mAh ini telah diuji mampu bertahan selama lapan jam dengan penggunaan yang ekstrem seperti menggunakan GPS secara berterusan, mengambil gambar dan seumpamanya. Dari aspek fotografi, telefon ini menampilkan kamera yang baik untuk kegunaan seharian.

Jika anda berminat dengan Poco M3 Pro 5G, bolehlah dapatkan melalui Shopee pada harga RM699 sementara di Lazada berharga  RM749.

Beli Sekarang Poco M4 Pro 5G Di Shopee

Beli Sekarang Poco M4 Pro 5G Di Lazada

4. Honor X7A

Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, jenama Honor sedia menawarkan sebuah peranti menarik yang lengkap dengan bateri sebesar 6,000 mAh di bawah harga RM1,000. Model ini dijana dengan Mediatek Helio G37 yang mampu memberikan prestasi bateri yang efisien dan lebih tahan lama.

Menariknya, model ini turut mempunyai sokongan pengecasan pantas 20W yang boleh mengecas penuh peranti tersebut dalam masa yang singkat. Selain mempunyai rekaan yang menawan, kamera utama 50MP sedia memenuhi keperluan fotografi dalam pelbagai keadaan lebih-lebih lagi di lapangan kerja.

Anda boleh memilik Honor X7A pada harga RM789 menerusi Shopee atau di Lazada dengan harga RM799.

Beli Sekarang Honor X7A Di Shopee

Beli Sekarang Honor X7A Di Lazada

5. OnePlus Nord CE 2 5G

Sumber Gambar: Shopee

Antara peranti yang berbaloi didapatkan di dalam pasaran adalah OnePlus Nord CE 2 5G. Ini kerana model Nord CE 2 sedia menawarkan spesifikasi yang mantap bersama kapasiti bateri sebesar 4,500 mAh yang mampu bertahan seharian. Menariknya, ia hadir dengan sokongan pengecasan pantas 65W SuperVOOC.

Bila bercakap mengenai OnePlus, mereka sangat menekankan kemampuan fotografi yang mantap kerana dilengkapi dengan tetapan tri-kamera yang canggih. Rekaan juga tampak premium dan paling utama sekali mudah untuk digengam.

Anda berpeluang mendapatkan peranti serba lengkap keluaran OnePlus ini pada harga RM1,099 atau di Lazada berharga RM1,199.

Beli Sekarang OnePlus Nord CE 2 5G Di Shopee

Beli Sekarang OnePlus Nord CE 2 5G Di Lazada

6. Samsung Galaxy S22 Ultra

Sumber Gambar: Shopee

Anda mempunyai bajet besar? Samsung Galaxy S22 Ultra adalah pilihan terbaik di dalam kelas flagship. Dari segi spesifikasi, model ini sudah dilengkapi dengan cip pemproses terkini bersama pelbagai teknologi canggih yang boleh menjimatkan bateri.

Paparan skrin yang mampu mencapai keterangan 1,750 nits boleh memaparkan visual yang baik walaupun di bawah cahaya terang matahari. Jangka hayat bateri Galaxy S22 Ultra pula boleh mencapai 15 jam dengan penggunaan yang intensif. Kamera peranti ini pula sudah berada di dalam kelas yang terbaik di dalam pasaran.

Anda boleh dapatkan Samsung Galaxy S22 Ultra pada harga RM4,329 menerusi Shopee dan Lazada.

Beli Sekarang Samsung Galaxy S22 Ultra Di Shopee

Beli Sekarang Samsung Galaxy S22 Ultra Di Lazada

Berdasarkan senarai di atas, Samsung Galaxy S22 Ultra dilihat sangat berbaloi memandangkan penawaran spesifikasi yang padu bersama bekalan bateri yang besar menjadikan ia sebuah peranti yang sempurna bagi kegunaan seharian. Malah, harga yang ditawarkan juga sesuai dengan sejumlah ciri menarik yang disediakan.

Memang tidak dinafikan peranti dengan kapasiti besar sudah menjadi keperluan bagi para pengguna lebih-lebih lagi berkerjaya rider. Dengan membuat pilihan yang tepat, anda boleh menggunakan peranti tersebut untuk sepanjang hari tanpa perlu memikirkan berkenaan keperluan mengecas lagi.