Penularan wabak COVID-19 di Malaysia ketika ini semakin meningkat dengan kes harian sering mencecah empat angka, oleh itu pihak kerajaan telah umumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa tempat bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Walaupun dalam tempoh PKPB, orang ramai masih bersikap endah tidak endah dan keluar seperti biasa. Jadi bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19, berikut kami senaraikan tempat yang berisiko COVID-19 yang boleh mendedahkan anda pada wabak tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Pusat Membeli-Belah

shopping
Sumber: Berita Mediacorp

Setelah diumumkan kerajaan bahawa PKPB akan dilaksanakan, rata-rata rakyat Malaysia telah keluar membeli barangan runcit supaya tidak kehabisan stok di rumah. Hal demikian bukan sahaja berbahaya tetapi harus diingatkan pada kluster Utama yang kini sudah melibatkan enam generasi kes.

“Apabila anda mendapat jangkitan di pusat beli-belah, anda akan kembali ke rumah anda. Kemudian anda akan mula menjangkiti rakan anda, keluarga anda dan sebagainya.

“Jadi sekarang jangkitan itu sudah melibatkan generasi keenam, itu bukan hanya generasi pertama (kes dari pusat membeli-belah). Tetapi mereka (yang) pulang ke rumah dan kemudian menjangkiti orang lain. Ini telah menyebabkan enam generasi kes,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Sebaiknya, bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan atau keperluan asas harian, biarlah dua orang sahaja yang keluar sebagai wakil daripada 1 isi rumah. Apabila ramai yang keluar, amalan penjarakan sosial tidak akan diikuti dan tempat tersebut juga akan dikerumuni dengan ramai orang.

2. Pengangkutan Awam

Walaupun tiada lagi kluster yang melibatkan pengangkutan awam tetapi saringan kesihatan lebih ketat perlu dilaksanakan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

mrt-bandar-utama-station-11
Sumber: Big Kuala Lumpur

Menurut Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong, antara langkah pencegahan COVID-19 yang akan dilakukan adalah aktiviti pembersihan atau disinfeksi di seluruh lokasi.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti mengamalkan penjarakan fizikal dan penggunaan pelitup muka, perlu dikuatkuasakan tanpa kompromi demi kepentingan semua pihak, termasuk kakitangan dan pengguna pengangkutan awam.

3. Rumah Ibadat

Rumah ibadat dipercayai berisiko tinggi, hal demikian kerana rumah ibadat merupakan tempat di mana ramai individu berkumpul, berkongsi makanan, bercakap dan berdiri tanpa mengamalkan penjarakan fizikal.

SONY DSC
Sumber: Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia

Terdapat satu kes yang berlaku di Masjid Sri Petaling di mana ianya lahir daripada perhimpunan Jemaah tabligh yang dihadiri dengan peserta dari pelbagai negara. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), perhimpunan ini adalah acara tahunan dan dianjurkan sebelum kerajaan mengeluarkan arahan rasmi di mana sebarang perhimpunan awam adalah tidak dibenarkan.

Walaupun aktiviti di luar rumah lebih baik berbanding aktiviti yang dilakukan di dalam, itu tak bermakna yang segala jenis majlis selamat dianjurkan terutama sekali pada waktu ini. Sebaiknya segala bentuk majlis perhimpunan harus dielakkan buat sementara waktu.

4. Pusat Sukan

download
Sumber: Golf Advisor

Sekiranya anda terfikir untuk pergi keluar bermain golf, mungkin anda perlu fikir semula kerana tempat tersebut juga merupakan antara tempat yang berisiko tinggi untuk penularan wabak COVID-19.

Baru-baru ini, seramai 23 pekerja kelab golf Tropicana & Country Resort telah disahkan positif COVID-19. Walaupun begitu, sebanyak 597 pekerja di kawasan itu dijangka akan menjalani saringan Covid-19.

Jadi dinasihatkan sekali lagi, jika tiada urusan penting yang harus anda lakukan, duduk sahaja di rumah kerana pada ketika ini, kes COVID-19 bukan sahaja dapat dikesan di sesuatu tempat, ianya telah merebak ke serata tempat. Tidak dinafikan sesiapa yang anda jumpa mungkin positif COVID-19.

5. Majlis Kenduri

3A-3
Sumber: TVS-TVSarawak

Mungkin pada anda, kedengaran majlis kenduri seperti tidak berbahaya bukan? Perhimpunan besar-besaran sememangnya memberi impak mendadak dalam peningkatan kes COVID-19 di Malaysia.

Seperti kes yang terjadi di Bandar Baru Bangi, Selangor, yang melibatkan majlis perkahwinan yang menyebabkan 88 kes disahkan positif COVID-19.

“Majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi, Selangor di mana merupakan satu kluster jangkitan Covid-19 yang kemudiannya membentuk jangkitan sehingga generasi ke-5. Sehingga 6 April, 88 kes telah disahkan positif Covid-19 daripada kluster ini, termasuk satu kes dirawat di ICU,” kata Ketua Pengarah Kesihatan,Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Majlis perkahwinan atau kenduri haruslah ditangguhkan terlebih dahulu, hal demikian kerana COVID-19 dapat tersebar antara hubungan rapat, memeluk dan perkongsian makanan.

6. Tempat Kerja

Employees-working (1)
Sumber: Free Malaysia Today

Mungkin kita tidak tahu tetapi tempat kerja merupakan salah satu tempat yang berisiko tinggi kepada penularan jangkitan. Perkara ini dapat dilihat semenjak permulaan pandemik ini, sebanyak 62 kluster atau 30 peratus daripada 230 kluster COVID-19 telah dilaporkan di negara ini.

Pihak majikan memainkan peranan yang penting bagi membendung penularan wabak di tempat kerja dengan mengambil tindakan jika terdapat pekerja yang menunjukkan simptom-simptom ringan seperti demam, batuk dan sakit kepala. Majikan juga harus memastikan tempat kerja mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Memandangkan PKPB dilanjutkan hingga ke bulan Disember, dinasihatkan supaya masyarakat untuk tidak keluar jika tiada urusan penting di luar, tibalah masanya rantaian COVID-19 diputuskan semula.

Tidak lama dahulu, kita telah berjaya membendung penularan COVID-19 sehingga mencatat angka sifar atau satu digit sehari tetapi disebabkan sesetengah pihak yang gagal mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh meningkatkan risiko untuk dijangkiti seperti tidak mengamalkan penjarakan sosial, tidak mengamalkan pemakaian pelitup muka apabila berada di khalayak umum, serta tidak membersihkan tangan, kes telah meningkat naik.

Tertarik dengan artikel di atas? Mari layan cerita ini pula, tiket bas laris terjual sebaik sahaja pengumuman PKPB.

Tiket Bas Ke Kelantan Laris Terjual Sebaik Sahaja Pengumuman PKPB

5 Drama Korea ‘Ongoing’ Yang Anda Boleh Layan Sepanjang PKPB Di Rumah

PKPB Di Kuala Lumpur, Selangor Dan Putrajaya Disambung Dua Minggu Lagi