Saya tak lahir terus pandai ambil gambar. Saya juga tak lahir terus kaya untuk beli ‘smartphone’ dengan kamera cantik atau kamera yang berkualiti tinggi.

Saya juga tak pergi ke mana-mana kelas fotografi. Diingatkan bahawa saya bercakap sebagai amatur, berdasarkan pengalaman saya ambil gambar travel saya bertahun-tahun dengan menggunakan pelbagai jenis kamera seperti kamera iPhone, kamera digital Canon, kamera SLR kompak/mirrorless Olympus, dan GoPro.

rtx6cut9_wide-0966b1068552c4498486b6e344c3dcb19861a885-s1600-c85
HYPE
Ini Inisiatif Tenaga Nasional Berhad Berdepan Musim Tengkujuh Yang Bakal Tiba
Baca lagi →

Kalau minat dan tak mudah putus asa, pasti hasil yang cantik akan keluar walaupun bukan jurugambar pro!

1. Ambil gambar setiap hari.

Cari sudut kegemaran anda sendiri. Eksperimentasi sangat penting. Jangan hiraukan teknik orang lain. Cuba banyak kali sampai jumpa teknik anda sendiri, bukan sekali ambil gambar hasil tak cantik terus putus asa.

tip-ambil-gambar-4

Jangan segan ambil gambar guna handphone saja. Bakat itu boleh diasah asalkan mahu hasil yang baik. Rajin-rajin keluar ambil gambar. Jadi kreatif. Cari sudut dan teknik sendiri. Rajin-rajin baca buku yang patut.

2. Jiwai aktiviti ambil gambar

Orang yang pandai ambil gambar ini biasanya betul minat untuk ambil gambar.

Kalau cuma minat gambar cantik tapi tak minat nak menjiwai fotografi itu sendiri, hasil gambar juga akan menunjukkan betapa anda tak menjiwai fotografi. Macamana nak menjiwai?

Keluar ambil gambar dan banyakkan baca tips dari jurugambar yang lebih professional, bukan banyakkan beli kamera(melainkan sudah pro).

3. Perhatikan di mana sumber pencahayaan

Ini sangat penting. Kalau matahari di belakang subjek dalam gambar, subjek akan kelihatan gelap. Sebaliknya, kalau menghadap sumber cahaya tak kira semulajadi atau tak, gambar akan jadi terang dan jelas.

Pendek kata, jangan membelakangkan cahaya, melainkan anda memang nak gambar anda penuh bayang-bayang dan kegelapan, sedangkan ambil gambar waktu malam pun kita nak guna ‘flash’ ataupun cari sedikit sumber cahaya.

Baca: Lelaki Ini Melihat Awan Daripada Sudut Berbeza dan Hasilnya Sangat Tip Top!

tip-ambil-gambar-3

Kadang-kadang berdiri di tepi “frame” adalah lebih baik. Juga, edit itu perlu, tapi tak perlu berlebihan hingga lari dari gambar asal yang kita tangkap.

4. Praktikkan Peraturan Pertiga atau Rule of Thirds’

Iaitu meletakkan orang/apa saja subjek dalam gambar atas 2 garisan tegak dan 2 melintang imaginasi dalam “frame” kamera/kamera telefon anda.

Contoh: Tengok gambar pertama. Saya berdiri bukan tengah-tengah tapi tepi. Kiranya bahagikan gambar ke 3 bahagian, dan letakkan orang/subjek dalam bahagian ketiga tak kira kiri atau kanan, asalkan bukan di tengah-tengah.

Orang / subjek dalam gambar akan kelihatan tidak ‘center’ tapi tak semestinya tidak cantik.

tip-ambil-gambar-1

Peraturan Pertiga atau Rule of Thirds.  Biasanya kita nak berdiri tengah-tengah dalam gambar, tapi bila kita gunakan Rule of Thirds, gambar tak ‘balance’ pun boleh jadi cantik, terutama bila ada subjek lain seperti gunung itu dalam gambar.

5. Edit itu perlu

Contoh: Gambar kita senget, garisan ufuk tak tegak, maka kita “rotate” gambar sampai garisan ufuk itu tegak.

Sedangkan jurugambar pro pun edit gambar inikan pula yang amatur, tapi ada caranya supaya hasil pun sama dengan yang pro walaupun amatur!

Edit untuk hampir menyamakan gambar dengan apa yang kita lihat dengan mata kita, bukan untuk terus jadikan gambar tu lain habis dari yang kita tangkap.

Kadangkala “less is more”. Kebanyakan kita suka guna edit HDR secara berlebihan sehingga hilang kecantikan gambar asal. Pendek kata, edit berpada-pada banyak baiknya.

6. Bersabar dan jangan berhenti eksperimentasi!

Kita tengok gambar orang lain cantik memanjang tapi bila kita keluar ambil gambar, semua tak menjadi.

tip-ambil-gambar-2

Eksperimentasi itu penting! Ambillah gambar apa saja, dari jauh atau sangat dekat seperti ini, sambil aplikasikan Peraturan Pertiga tadi.

Setiap yang berjaya pasti melalui kegagalan terlebih dahulu. Jangan takut buat silap bila ambil gambar.

Percayalah, bila anda selalu cuba, seratus atau seribu keping gambar kemudian, pasti anda dapat lihat hasilnya.

Baca lagi: 9 Tips Mengambil Gambar Yang Akan Membuatkan Gambar Anda Lebih Terangkat

Artikel di atas disumbangkan oleh Hannah On Earth. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka