Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Dalam satu kajian melaporkan secara purata terdapat lebih 1.23 juta kemalangan kenderaan berlaku setiap tahun melibatkan cuaca kurang baik. Sebahagian besar daripada kemalangan itu terdiri daripada 70% memandu semasa jalan basah dan 46% semasa memandu ketika waktu hujan turun.

Jabatan Meteorologi Malaysia ada berkongsi hasil tinjauan dari bulan September hingga Disember nanti di mana Malaysia bakal menerima hujan pada paras purata 50mm hingga 900mm, lebih-lebih lagi pada bulan November ketika musim Monsun Timur Laut melanda nanti.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih jelas kepada beberapa buah negeri kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu boleh menyebabkan risiko berlaku hujan lebat berterusan serta banjir berskala besar.

Situasi itu juga merupakan salah satu penyumbang utama terhadap peningkatan kemalangan ekoran permukaan jalan raya yang menjadi semakin licin, ditambah pula dengan penglihatan semakin kabur yang boleh memberikan bahaya kepada pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

Penglihatan yang terjejas boleh menyebabkan anda mengalami beberapa kesan seperti berikut —

  1. Penglihatan utama terhalang lebih-lebih lagi ketika hujan turun dengan cukup lebat, pengelap cermin hadapan mungkin mengalami kesukaran untuk menghilang air hujan yang boleh menyebabkan anda tidak dapat melihat dengan jelas.
  2. Penglihatan sisi boleh terjejas apabila anda memberikan tumpuan penuh di hadapan jalan. Walaupun anda sepatutnya lebih fokus pada perkara yang ada di hadapan anda semasa hujan lebat, penglihatan sisi anda juga amat penting.
  3. Cahaya ‘terbias’ dan ‘dipantulkan’ dari arah hadapan boleh menyukarkan anda untuk melihat kereta lain, pejalan kaki, papan tanda dan juga jalan itu sendiri.

Sebagai seorang pemandu, anda mesti sentiasa berwaspada dari segi mental dan fizikal untuk mengawal kereta dalam keadaan yang boleh mengancam keselamatan pelbagai pihak.

Ini beberapa tips yang anda boleh lakukan semasa memandu ketika waktu hujan bagi mengelak kemalangan —

  1. Sentiasa fokus pada pemanduan dan elakkan daripada terganggu dengan perkara tidak sepatutnya. Pastikan kedua-dua tangan selalu memegang stereng supaya anda mempunyai kawalan penuh.
  2. Pandu dengan kelajuan lebih perlahan untuk memastikan anda mempunyai masa yang cukup untuk bertindak balas andaikata berlaku apa-apa masalah. Jangan aktifkan mode cruise control kerana ia akan membuatkan anda kurang menumpukan perhatian, lalu boleh menyebabkan hilang kawalan andaikata berlaku hydroplaning.
  3. Hentikan kenderaan ditempat yang selamat andaikata hujan terlalu lebat sehingga menyukarkan anda melihat. Elakkan juga memandu di kawasan berlopak kerana percikan air boleh mengganggu penglihatan anda dan juga pengguna jalan raya lain.
  4. Jangan lalui kawasan air bertakung kerana agak mustahil untuk mengetahui kedalaman kawasan tersebut, bimbang boleh menyebabkan kenderaan terperangkap di dalamnya.
  5. Jauhi ‘jalan dalam’ atau ‘jalan belakang’ semasa hujan lebat kerana mungkin terdapat lebih banyak air bertakung di kawasan yang kurang sibuk. Jika jalan di hadapan mengalami banjir, segera patah balik demi keselamatan diri sendiri.
  6. Lakukan pemeriksaan pengelap cermin hadapan dengan kerap untuk memastikan ia sentiasa dapat berfungsi dengan baik kerana ia satu-satunya komponen yang dapat membantu anda melihat semasa waktu hujan. Maka, amat penting bagi anda untuk mendapatkan pengelap cermin yang berkualiti tinggi demi keselamatan anda.

Terdapat banyak pengelap cermin yang dijual dalam pasaran hari ini, namun kebanyakkannya hanya membersihkan cermin ketika hujan sahaja. Sebenarnya ada pengelap cermin yang mempunyai fungsi ‘2 dalam 1’ — membersihkan dan memberi perlindungan pada cermin hadapan.

Trapo Oxtra Hydrophobic Wiper Blade boleh menahan suhu yang melampau, sama ada ketika panas terik atau sejuk. Jadi penggunaannya lebih tahan lama sehingga hampir dua tahun, berbanding pengelap cermin traditional di mana anda perlu ganti dengan kerap.

Rahsia pengelap cermin ini boleh bertahan lama kerana di dalamnya mempunyai ‘ciri-ciri kalis air’ yang diselitkan pada bahagian bilahnya.

Bukan itu sahaja, pengelap cermin ini mempunyai campuran silikon untuk memberikan prestasi mengelap yang sangat baik. Pada pengelap itu juga mempunyai ‘salutan hidrofobik mengikut piawaian industri’ — ia dapat membuatkan air yang mengalir pada cermin hadapan ‘berpecah’ menjadi bentuk manik-manik halus supaya penglihatan anda kekal jelas sepanjang masa terutama sekali semasa waktu hujan.

Anda boleh mula dapatkan pengelap cermin Trapo Oxtra Hydrophobic Wiper Blade untuk kereta sendiri secara dalam talian melalui pautan ini.

Selepas ini anda tidak mempunyai masalah untuk memandu semasa hujan kerana cermin hadapan anda bukan sahaja dibersihkan oleh Trapo Oxtra Hydrophobic Wiper Blade, bahkan ia memberikan perlindungan kalis air supaya penglihatan anda sentiasa jelas crystal clear.