Negara sekarang tengah mengalami krisis ekonomi. Oh, dan semestinya kita tak boleh duduk senang. Dalam masa yang sama, itu nak beli ini nak beli. Peningnya! Tapi di sini ada beberapa senarai pendek yang boleh dijadikan tip semasa krisis ekonomi sebagai individu.

1. Beli Barang Pada Harga Diskaun!

Sumber: merdeka-online.com
Sumber: merdeka-online.com

Waktu yang paling sesuai untuk mendapatkan diskaun dengan kadar maksimum ialah ketika Year End Sale (YES). Mesti dapat harga murah. Selain itu, boleh juga kalau nak beli barang keperluan semasa musim perayaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebab waktu itu banyak kedai-kedai yang menawarkan diskaun untuk ‘clearance stock’. Pada hari-hari biasa pun ada diskaun, cuma kena pandai carilah ya.

2. Banding Harga Barang Dan Kualiti.

Sumber: aao-usa.com
Sumber: aao-usa.com

Buat apa membazir beli benda yang mahal-mahal sedangkan kita boleh dapatkan barang yang cantik dan kualiti yang sama dengan harga murah? Be smart okay!

Sebagai contoh, hari itu saya ada beli Beauty Blender harga dia RM40+ saja. Ada Beauty Blender yang harganya mencecah ratusan ringgit.

Dari segi kualiti, bentuk dan warna semua sama. Jadi, anda pun kena tahu mana yang terbaik kan? Tak payah beli yang mahal-mahal pun end up nanti koyak atau reput juga benda tu.

3. Simpan Duit Dalam Bank.

Elakkan daripada menyimpan duit cash yang banyak di dalam dompet! Dikhuatiri sikap boros anda tak dapat dibendung.

Macam saya sendiri simpan duit dalam bank saja, selain daripada mengelakkan kes kecurian saya pun dapat tahan diri saya daripada pergi keluar cucuk duit.

Tindakan ini semestinya dapat kawal perbelanjaan. Malah, saya memang malas sikit nak pergi ATM. Bukannya dekat, ATM pun selalu rosak.

4. Buat potluck.

Sumber: allevents.in
Sumber: allevents.in

Eh apa itu potluck? Periuk ajaib ke? Bukan bukan bukan. Potluck ni macam bila anda buat majlis kecil-kecilan, parti ataupun piknik, elok sangat kalau buat secara potluck.

Ini bagi elak tempah katering di mana anda masak satu dish saja dan tetamu anda pun bawa sorang satu dish. Ke tak faham?

OK contoh dia macam ini, saya buat parti potluck, jadi saya masak nasi. Tetamu saya yang A pula masak ayam masak merah. Tetamu B masak sayur goreng. Tetamu C masak lamb chop.

Selepas itu masing-masing bawa lauk mereka pergi rumah saya dan makan beramai-ramai! Jimat kan? Tak payah susah-susah tempah katering.

5. Hadkan Penggunaan Air-Conditioner.

Alahai panas sikit saja takkanlah tak boleh tahan? Daripada buka air cond lebih baik buka kipas saja. Walaupun rasa lambat sejuk tapi lama-lama sejuk.

Jangan biasakan diri dengan air cond, sebab kulit boleh jadi cepat kering. Kemudian boleh menjimatkan bil elektrik dengan banyaknya! Go for mother nature lah!

6. Hadiah Handmade.

Sumber: infobharti.com
Sumber: infobharti.com

Zaman sekarang ini sudah senang. Melambak tip DIY dekat YouTube, Google, Instagram, Facebook eh memang banyak. Jadi, apa kata kita buatkan satu handmade gifts untuk keluarga, kawan ataupun kekasih? Kan lebih jimat.

Bagi barang handmade ini bukan bermakna kita kedekut, tapi nak tunjukkan betapa ikhlasnya kita buat hadiah untuk seseorang itu. Manusia yang buat bukannya mesin kat kilang tu. Sweet apa?