Oleh kerana permintaan gajet yang semakin tinggi hari ini, ramai peniaga cuba menawarkan harga yang lebih murah berbanding pesaing mereka. Hal ini membuatkan kita tidak terlepas untuk terperangkap dalam teknik penipuan segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab yang menjual barangan tiruan.

Sinonim dengan perangai kita yang sukakan barangan canggih pada harga murah, tetapi bagaimanakah cara untuk kita kenali barangan yang ingin dibeli itu betul-betul tulen bukannya fake.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebagai tanda kasih sayang kami kepada anda, kali ini kami akan kongsikan 6 tip mudah untuk anda kenali antara gajet yang original atau fake.

1. Semak bungkusan

Lihat pada kualiti bungkusan. Produk palsu biasanya mengabaikan kualiti pada bungkusan mereka. Iya lah, tidak semua pembeli yang meneliti bungkusan dengan baik. Asalkan masih lagi tidak dibuka sudah dianggap baru.

Berbeza dengan produk original. Syarikat pengeluar barangan tulen akan sentiasa menitik beratkan kualiti, pastikan anda menerima bungkusan yang kemas serta cetakan font yang konsisten.

2. Buku panduan pengguna

User guide atau panduan pengguna biasanya disertaka sekali bersama produk. Buku panduan pengguna ini boleh diumpakan seperti kad pengenalan untuk sesuatu produk tersebut.

Segala informasi penting terdapat di situ dan ianya haruslah dicetak dalam bahasa negara yang dipasarkan. Jika tidak, ia mungkin barangan seludup atau tiruan.

3. Kualiti meterial

Perhatikan pada kualiti meterial yang digunakan. Baik aluminum, getah ataupun plastik. Syarikat jenama terkenal tidak akan menjimatkan bahan demi memastikan produk mereka benar-benar berkualti. Berbeza dengan barangan tiruan yang kebiasaannya menggunakan meterial yang lebih murah dan tidak berkualti.

Jika dilihat secara dekat, produk tiruan selalunya menggunakan bahan murah dengan bentuk permukaan yang tidak teratur.

4. Lihat tulisan pada produk

Logo merupakan wajah kepada sesebuah jemana. Jadi, perkara ini adalah yang utama perlu dilihat elok-elok. Semua font dan simbol mestilah jelas serta mudah dibaca. Paling penting ianya tahan lama dan tidak mudah pudar.

Kalau logo pun boleh tersalah cetak atau tidak mengikut bentuk ukuran yang sepatutnya, memang sah itu produk tiruan.

5. Pengecas

Pengecas yang disertakan haruslah sesuai dengan negara anda. Jika Malaysia, pastikan pengecas tersebut seseuai dengan jenis soket yang ada di Malaysia. Jika anda perlu membeli alat tambahan atau pengecas yang lain, sila berhati-hati.

Perhatikan juga pada pengecas, pastikan terdapat lipit antara bahagian plastik sebagai isolasi untuk memastikan keselamatan pengguna.

6. Kabel wayar (palam)

Perhatikan pada kabel, pastikan saiznya sesuai mengikut ukuran peranti anda. Produk original akan mengikut ukuran yang tepat, jika kabel anda longgar atau plug terlebih panjang ia mungkin palsu.

Lihat juga pada cetakan logo USB, warna cetakan pada produk tiruan biasanya lebih menonjol.

Diharapkan, 6 tip mudah ini boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada anda agar tidak terbeli barangan tiruan.

BACA JUGA: 5 Smartphone Berbaloi Anda Boleh Dapatkan Dengan Harga Dibawah RM500

Sumber