Biasanya Australia dikenali sebagai negara 4 musim yang tiada salji. Tapi tahukah anda ada satu kawasan di Melbourne yang mana buminya diliputi salji pada musim sejuk iaitu di Mt Buller.

Jadi jika anda mahu rasai suasana musim sejuk bersalji di Australia, berikut tips daripada kami:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Bulan Julai paling sejuk

Musim sejuk di Melbourne bermula pada dari Jun hingga Ogos. Tetapi paling sejuk pada bulan Julai. Masa ni la banyak snowfall dan salji tebal.

2. Ramalan kaji cuaca tu penting

Sebelum rancang nak main salji boleh semak ramalan kaji cuaca dulu. Selalunya salji akan turun 3 hari berturut-turut tapi paling best pergi masa hari keempat masa salji dah habis turun.

Kenapa? Masa salji turun selalu angin kuat, sejuk menusuk tulang, kabus, salji masuk mata, jadi aktiviti agak terbatas.

Pergi hari selepas snowfall sangat best sebab salji tebal. Lepas tu boleh enjoy 5-6 jam sebab cuaca best. Nak bergambar sana-sini pun cantik je sebab tak ada kabus dan tak risau phone basah.

Jangan lupa bawa powerbank sebab bila sejuk bateri phone lagi cepat habis atau ‘kaput’ terus.

Tapi jangan pergi lepas sunny 2-3 hari. Masa tu sampai kat sana, salji basi je tinggal sebab salji dah cair. Tempat main Toboggan pun tutup sebab tak cukup salji. Jadi kena rajin tengok ramalan kaji cuaca kalau nak puas hati main salji.

musim-salji-di-australia-1
Mount Buller
musim-salji-di-australia-2
Buller Village. Kafe, restoran dll semua ada.
musim-salji-di-australia-4
Chairlift untuk sightseeing dan kalau yang terer tu main snowboard/ski kat atas.
musim-salji-di-australia-3
Tempat main toboggan kat Buller. Datang hari bekerja tak ramai orang.

3. Tempat

Ada 2 tempat yang saya selalu pergi. Mount Buller dan Lake Mountain.

Mount Buller

  1. tempat yang semua orang pergi kalau sebut pasal winter di Melbourne. Ni yang paling terkenal.
  2. 3-4 jam perjalanan dari Melbourne. Memang jauh. Route paling senang ambil Freeway M31. Tengok kat Google Maps.
  3. Perjalanan ke puncak sangat berliku-liku. Ambil masa jugak nak sampai atas.
  4. Agak sesak sebab tour bas pelancong banyak ke sini.
  5. Jangan datang di hujung minggu sebab parking penuh dan jalan kaki jauh dari parking lot ke shuttle bus. Kalau tak ramai orang, tempat parking ke shuttle bus dekat je.
  6. Kat sana memang kena naik shuttle bus (free) sebab kereta tak dibenarkan masuk ke Buller Village tu. Bas paling last 6 pm jadi kena jaga masa betul-betul.
  7. Entrance fee $47 satu kereta (max van 12-seater).
  8. Kalau nak sightseeing boleh naik chairlift kena bayar extra $36 return.
  9. Mount Buller ni lebih sesuai untuk yang memang nak main ski & snowboard. Nak main salji saja-saja, Lake Mountain lagi best.
  10. Sewa baju, equipment semua kat Mainsfield. Town sebelum Buller. Digalakkan sewa kat sana sebab harga sewa di Buller mahal sikit. Takde la banyak beza sangat.
  11. Pemanduan yang penat dan mencabar. Kalau tak biasa pastikan ada co-driver.

Lake Mountain

  1. Merupakan kegemaran saya antara semua.
  2. 2 jam je dari Melbourne.
  3. Route sangat senang. Jalan ke puncak pun kurang berliku.
  4. Bila sampai parking betul-betul kat situ. Takde shuttle bus. Tak payah jalan jauh. Keluar kereta dah boleh terus pegi tempat main Toboggan.
  5. Tak ramai orang sebab bas pelancong tak ke sini.
  6. Kat sini takde snowboard. Ada ski je & tempat nak main toboggan ada 4. Tempat main toboggan dia lagi best dari buller. Sangat puas hati.
  7. Sini takde chairlift tapi boleh hiking untuk tengok view yang awesome. Jalan atas snow dikelilingi pokok. Boleh lepak, baring, sambil buat snowman. Acah-acah mendaki everest. Jangan risau sebab walking trail tu level senang je.
  8. Entrance fee $56 per kereta.
  9. Sewa baju, equipment kat Marysville, town kat Lake Mountain. Harga sewa kat sini jauh lebih murah dari Mainsfield (Buller). Memang jimat banyak.

Tempat lain boleh main salji adalah Mount Donna Buang (tak ada entrance fee, sejam dari Melbourne), Mount Baw Baw dan Mount Hotham.

Baca: Menetap 4 Tahun Di Australia, Ini 15 Tip Mengejar Aurora Australis Daripada Saya

musim-salji-di-australia-5
Icy road kat Lake Mountain.
musim-salji-di-australia-6
Walking trail kat Lake Mountain.
musim-salji-di-australia-8
Main toboggan tempat lain pulak.
musim-salji-di-australia-7
View kat atas Lake Mountain.

4. Pakaian

Nak best main salji kena pakai baju sesuai supaya tak basah, tak sejuk & selesa nak main lama-lama. Jaket asal waterproof dah boleh dah. Pakai 2 lapis.

Seluar dan kasut kena sewa kalau takde yang waterproof. Traksuit dan jeans sangat tak digalakkan. Glove kena pakai yang waterproof bukan yang kain.

Boleh beli kat Queen Victoria Market. Jangan gamble kalau tak pasti pakaian sesuai ke tak. Tanya orang kat kedai sewa tu. Bila dah kat atas tak selesa rugi je datang.

5. Kereta, minyak dan snow chain

Minyak kena isi penuh siap-siap sebab kat sekitar sana tu minyak mahal. Snow chain selalunya kena pakai masa ada snowfall. Snow chain ni sangat penting.

Masa pergi tu akan ada notis perlu pakai snowchain ke tak. Kalau perlu, memang wajib sewa dalam $25-30. Masa sewa orang tu akan ajar mcm mana nak pasang.

Kereta 4WD tak perlu pakai. Untuk kereta 2WD kena tau kereta tu guna front wheel atau rear wheel.

Kalau pasang kat tayar yang salah, snow chain tu tak berfungsi. Kalau tak berfungsi, kereta senang tergelincir dan tayar boleh stuck dalam snow yang tebal.

Kalau nak skip pakai snowchain, elak pergi masa snowfall. Pemanduan memang sangat mencabar kalau tak biasa dengan icy road yang licin.

Nak pasang dan buka snowchain tu pun agak mencabar. Masa tutorial cara buka dan pasang tu kena fokus betul-betul.

6. Masa

Musim sejuk 5.30 pm dah gelap. Kalau nak puas main salji gerak awal dari bandar. Lepas tu kena bagi peruntukan sejam untuk coffee break, sewa-menyewa baju, equipment dll.

Kalau boleh turun dari atas sebelum gelap sebab malam agak bahaya nak memandu lagi-lagi masa snowfall.

Susah nak nampak jalan dan kabus sangat tebal. Pukul 4 selalunya dah kena berhenti main dan sedia untuk gerak balik ke bandar.

Kedai sewa pulak kalau Lake Mountain tutup pukul 6 pm, kat Buller tutup pukul 8 pm. Jadi kena pastikan sempat nak hantar balik barang sewa sebelum tutup.

Akhir kata, tak payah pegi jauh-jauh nak main salji. Datang Melbourne je.

Baca lagi: 12 Tip Travel Dan Memandu Sendiri Di Melbourne, Australia