Alhamdulillah, sempena cuti krismas baru-baru ini, saya berkesempatan melawat Peru, sebuah negara terletak di Amerika Selatan bertentangan dengan Lautan Pasifik pada 15-26 Dec 2017.

Sebenarnya, Peru merupakan salah satu negara di dalam bucketlist saya kerana taksubnya saya mengenai sejarah Tamadun Inca (Machu Picchu, salah sebuah dari 7 keajaiban dunia) serta El Dorado (mitos mengenai emas yang dikejar penjajah Sepanyol di pertengahan abad ke 15-16).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lawatan saya dirancang bersama seorang kawan, juga merupakan warga Peru yang belajar di UK. Beliau rancang A-Z kerana lebih mudah untuk beliau berkomunikasi dalam Bahasa Sepanyol yang merupakan bahasa rasmi negara ini.

Ada juga dalam beberapa hari yang kami travel solo, kerana beliau kaki tegar hiking berbanding saya yang lebih minat melawat tempat-tempat bersejarah.

Sedikit peringatan sebelum ke Peru:

1. Pastikan anda melaporkan kehadiran anda di pejabat kedutaan Malaysia di Lima.

Hantar emel je untuk mengesahkan lawatan. Just in case anything bad happen. Boleh rujuk website kementerian luar negara. Rakyat Malaysia tak perlu visa.

2. PERU IS NOT MEANT FOR UNFIT PEOPLE. SERIOUSLY!

Peru terletak di banjaran Andes, permukaan bumi yang bergunung-ganang menyebabkan kita perlu lebih banyak mendaki dari berjalan.

Kalau anda kaki hiking tegar mungkin ini bonus point buat anda, tapi yang kurang fit (macam saya), pastikan kena buat latihan fizikal paling kurang  2-3 bulan sebelum pergi.

Cusco, sebuah bandar pelancongan terletak di kawasan tinggi boleh menyebabkan anda mabuk tinggi (high altitude sickness) akibat kurang lung capacity.

3. Passport pastikan berada di tangan anda 24 jam.

Kebanyakan lawatan kami semuanya diperiksa passport di pintu masuk. Naik bas pun dorang nak tengok passport.

4. Bawa ubat-ubat yang bersesuaian seperti Panadol, ubat mabuk udara atau minyak kapak, minyak panas.

Ubat ada dijual di kebanyakan farmasi, tetapi pilihlah untuk jimat duit.

Masa saya pergi ni, ubat memang tak bawa, jadi kawan saya ni kasi teh daun coca (bahan mentah kokain) untuk hilangkan pening. Terpaksa lah minum kalau tak memang termuntah-muntah.

Tapi jangan bawa balik daun ini. Nanti kena tahan di airport kerana seludup bahan terlarang sebab daun coca dianggap dadah.

5. Makanan – tiada restoran HALAL.

Sepanjang hampir 2 minggu saya jadi vegetarian/pescatarian. Bawalah makanan segera.

Bandar Cusco, terletak di pergunungan jadi makanan laut memang mahal kerana penduduk di situ lebih makan daging seperti ayam, alpaca, daging lembu, atau GUINEA PIG (tikus belanda) goreng. Yucks.

6. Matawang dan di mana nak tukar duit

Mereka menggunakan ‘soles’. Kebanyakan tempat terima USD atau EURO. Rate boleh semak di XE.com.

Jangan tukar di airport kerana kadar yang rendah, sebaliknya tukar di kedai berlesen di bandar Lima. Kalau tukar USD, pastikan anda bawa note 20 USD atau note 50 USD.

Kalau kasi 10 USD akan kena cas 50 sen. Bab ni pun saya tak berapa faham sebenarnya. Jangan tukar dengan orang persendirian kerana boleh jadi mereka kasi duit palsu terutama di bandar Lima.

tip-travel-ke-peru-1
Peruvian dancers
tip-travel-ke-peru-2
Kumpulan Boria Peru
tip-travel-ke-peru-3
Churros. Kebanyakan makanan di Peru adalah fusion with Spanish Food.
tip-travel-ke-peru-4
Facing the Pacific Ocean
tip-travel-ke-peru-5
Flying to Cusco. Flight 1 jam 50 minit je
tip-travel-ke-peru-6
Naik train ke Macchu Picchu
tip-travel-ke-peru-7
Dalam train. Walaupun 1 jam lebih je, ada minuman disediakan
tip-travel-ke-peru-8
Melepasi pintu masuk di Macchu Picchu. Llama ragut rumput
tip-travel-ke-peru-9
Sampai ke viewpoint Macchu Picchu
tip-travel-ke-peru-11
Cantik gambar dari atas

tip-travel-ke-peru-10

tip-travel-ke-peru-12
Sejarah MP ni best. kalau nak tau lebih sila Google
tip-travel-ke-peru-13
Tinggalan MP. Breath taking

tip-travel-ke-peru-14

tip-travel-ke-peru-15
Didalam salah sebuah rumah di MP
tip-travel-ke-peru-16
Disebabkan Machu Picchu merupakan salah satu keajaiban dunia. Siapa yang ke sini boleh dapat cop free dalam passport. Hehe.

Penerbangan saya mengambil masa hampir dua hari dari UK kerana transit yang sangat lama, 40 jam. Dari Manchester-Amsterdam-Panama City-Lima. Hari pertama dan kedua saya di Lima.

Kebetulan hari yang saya pergi banyak pula festival keagamaan dan kebudayaan, jadi saya dapat tengok serta mengenal budaya mereka yang hampir 95% Katolik.

Hari ke 3 saya bertolak ke Bandar Cusco, sebuah bandar perlancongan serta bersejarah bagi penduduk Peru. Ada beberapa cara untuk ke Cusco, tapi saya memilih untuk naik flight (LCP Peru) anggaran 1.5 jam dari Lima.

Sampai je Cusco, terus pening sebab high altitude. Kerana saya tak bawa Panadol, kawan saya suruh saya cuba minum teh coca dan kami meneruskan lawatan serta check in hostel.

Hostel yang kami duduk 6 malam dan harga dia RM200 untuk 6 malam, bilik sorang satu. Murahkan? Hari tersebut juga saya melawat beberapa tempat peninggalan sejarah Inca.

Beli tiket untuk 10 hari lebih kurang RM150 tapi unlimited access untuk tempat-tempat ini. Di sini juga buat pertama kali saya melihat alpaca dan llama. Comel

Hari ke 4 kami bertolak ke Macchu Picchu yang terletak di kawasan Cusco ini. Perjalanan ke MP dari bandar Cusco mengambil masa 3 jam untuk ke stesen keretapi.

Sampai di stesen kereapi, kami ambil keretapi (pre-booked) Inca Rails dan meneruskan perjalanan selama 1 jam 40 min sebelum sampai ke perhentian bas MP.

Kami sampai ke kaki gunung MP dan mendaftar masuk. Kami dapat tour guide yang boleh cakap English jadi tak susahkan kawan saya untuk alih bahasa setiap info  pasal MP.

Disebabkan MP merupakan salah 1 keajaiban dunia, setiap pengunjung berpeluang untuk cop passport mereka dengan stam rasmi MP. Bangga woi. MP sangat cantik. Kami luangkan masa 5 jam untuk ambil gambar serta hiking ke Sun Gate. My first time hiking, hampir pengsan separuh jalan.

Hari ke 5 saya berehat di hostel sebab sakit 1 badan selepas hiking di MP. Hari ke 6, saya travel solo ke Rainbow Mountain. Pada mulanya saya risau sebab tinggi gunung tu 5080 m above sea level dan takut tak larat.

Tapi lepas minum teh coca tiba-tiba rasa lebih bersemangat (jangan tiru aksi ni) jadi saya paksa juga hiking. Sarapan disediakan sebelum hiking. Tour guide baik gila.

Walaupun kita terkedek-kedek naik gunung, dorang guide dari belakang. Saya naik kuda untuk the first flat trail, lepas tu bila hiking memang kena naik sendiri.

Cabarannya bila separuh jalan naik gunung tu rasa sesak nafas, tapi saya teruskan juga walaupun rasa nak mati pun ada. Bila dah sampai atas puncak gunung tu, rasa puas hati sangat.

Siapa sangka overweight girl dan paling pendek dalam kumpulan boleh naik gunung hehe. Pemandangannya very breahtaking ok! Tak rugi tengok gunung macam airkrim Mat Kool.

Cuaca dia atas gunung is di bawah 0 degree, jadi pakai tebal-tebal atau pakai pakaian hiking yang bersesuaian.

Hari ke 6 kami melawat ke tempat-tempat arkeologi tamadun Inca. Sekali lagi kami panjat gunung. Aishh letih semalam pun tak habis.

Hari ke 7 sepatutnya kami ke Humantay Lake, tapi masa tu saya dah mula demam dan disarankan berehat di hostel sebab besok balik UK. Sayang tak pergi sebab dah bayar.

Makanan disediakan ala buffet di restoran ekslusif, tapi sedihnya tak dapat makan sebab tak halal. Terliur betul tengok makanan mereka. Alpaca masak kicap pun ada hehe.

Apa-apa pengalaman pertama kali di Amerika Selatan ini sangat menarik. InsyaAllah saya mungkin akan kembali. Saya merancang nak ke Nazca Lines (boleh rujuk Google) serta ke South Coast of Peru (katanya cantik).

Bagi sesiapa nak tukar angin boleh ke sini dan saya boleh kasi contact number tour guide yang kami guna. Walaupun agak susah nak berkomunikasi disebabkan perbezaan bahasa, tapi service tip top!

Mereka akan pastikan kita selesa sepanjang perjalanan siap kejut bangun pagi lagi pukul 3.30 pagi (sebab kebanyakan lawatan bermula pukul 3 pagi ke atas). Bertabahlah!

tip-travel-ke-peru-17
One family photo. Say cheese. Suka tengok muka alpaca tu, comel je
tip-travel-ke-peru-18
Masa tengah pening dan kebetulan xde panadol, kawan saya kasi minum teh coca. Daun coca ni raw material untuk bahan kokain dan sah dari segi undang-undang di kebanyakan negara di Amerika Selatan. Jangan bawa keluar dari airport kalau tak nak kantoi. Teh ni sedap weh. Terus hilang high altitude sickness.
tip-travel-ke-peru-19
Street food Peru. Jagung rebus cicah cheese. Tak sedap ok
tip-travel-ke-peru-20
Mak cik gunung dengan kuda. Rilek je makcik ni naik gunung. Orang lain semua mengah-mengah dia selamba potong dan tinggalkan semua orang di belakang.
tip-travel-ke-peru-21
Sebelum naik rainbow mountain. Saya mewakili Malaysia. So proud Malaysia Boleh! Gambar sebelum pancit
tip-travel-ke-peru-22
Memasuki first pit stop
tip-travel-ke-peru-23
Naik kuda untuk flat trail. Lepas tu panjat sendiri
tip-travel-ke-peru-24
Pitt pitt… Llma nak lalu
tip-travel-ke-peru-25
Muka penat naik gunung. Masa ni memang letih sangat-sangat sebab sejuk, pening, sesak nafas pun ada.
tip-travel-ke-peru-26
Akhirnya sampai jugak. Satu kepuasan sampai atas 5080 m above sea level
tip-travel-ke-peru-27
Overview rainbow mountain
tip-travel-ke-peru-28
Masa saya pergi ni baru lepas hujan jadi gambar tak berapa cantik. Macam kek lapis
tip-travel-ke-peru-29
Salah satu tapak arkeologi Inca
tip-travel-ke-peru-30
In Chinchero, Cusco, Peru.
tip-travel-ke-peru-31
Temple apa entah
tip-travel-ke-peru-32
Tempat UFO mendarat. Hehe I is tipu
tip-travel-ke-peru-33
Kebanyakan tempat-tempat lawatan di Peru anda kena panjat gunung, tembok dsb. Sebab tu kalau nak ke Peru kena fit.
tip-travel-ke-peru-34
Comel guinea pig ni, tapi…
tip-travel-ke-peru-35
Guinea pig goreng KFC. Jangan kecam. Ni makanan orang-orang Peru
tip-travel-ke-peru-36
Alpaca masak kicap. Ko hado?
tip-travel-ke-peru-37
Llama tu muka menyampah
tip-travel-ke-peru-38
Lombong garam dari atas
tip-travel-ke-peru-39
Orang-orang Inca dulu melombong garam untuk masak dab buat ubat. Biasanya garam di kumpul pada musim panas.
tip-travel-ke-peru-40
Duit Peru. Soles. Lebih kurang macam Malaysia juga rate dia kalau tak silap
tip-travel-ke-peru-41
Sebelum flight balik, semua beg kena hidu dengan anjing pengesan dadah.

Baca lagi: Ini 10 Tip Daripada Kami Setelah 5 Bulan Mengembara Di Amerika Selatan