Akhirnya cuti sekolah telah tiba di penghujungnya, maka kenderaan akan berpusu-pusu kembali ke bandar. Kami kongsikan beberapa tips yang boleh anda gunakan sebelum pulangĀ ke bandar.

1. Pastikan muatan yang bersesuaian

Apabila pulang ke kampung, pasti terdapat pelbagai barangan daripada kampung yang ingin dibawa ke bandar bersama. Namun awas, pastikan anda tidak terlebih muatan ya.

2. Pastikan tekanan tayar yang bersesuaian

Setelah lama di kampung, ada kemungkinan anda jarang menggunakan kereta dan apabila tidak bergerak, tayar kereta akan kurang berangin sedikit demi sedikit. Walaupun biasanya, ia tidak memberikan kesan sangat, namun pastikan tekanan angin dalam kereta anda masih dalam tahap optimum.

3. Rancang perjalanan anda

Tetapkan waktu yang anda ingin balik, bergantung kepada cuti, pihak PLUS akan mengeluarkan jadual untuk pengguna lebuhraya bergantung daripada mana anda bergerak. Namun, jika tiada, anda perlu mengagak sendiri waktu yang bersesuaian. Walauapa pun, pastikan waktu itu selesa untuk anda memandu dan berada dalam keadaan segar.

4. Rehat secukupnya

Kadangkala terdapat pemandu yang ingin memandu pada waktu malam ke pagi bagi mendapatkan laluan yang lancar di lebuhraya. Jika anda tergolong dalam pemandu seperti ini, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya. Ini bagi mengelakkan anda membawa kenderaan dalam keadaan yang mengantuk dan mendatangkan bahaya kepada keluarga dan pengguna lebuhraya yang lain.

Tidak kira siang atau malam, pastikan rehat mencukupi. Juga gunakan sebaiknya kawasan Rehat dan Rawat (R n R) yang disediakan.

5. Bersabar

Anda telah merancang sebaiknya, anda telah bersiap awal, anda telah berehat secukupnya, namun anda tetap berjumpa dengan masalah-masalah di atas jalanraya. Bawa sekali bekalan sifat sabar ya.

Semua orang ingin balik bandar juga. Jika ada terjumpa masalah ini, tarik nafas, tenangkan diri dan fikirkan, yang apabila anda telah tiba di rumah nanti. Keadaan tegang di atas jalan itu hanya akan menjadi kenangan di masa hadapan. Sentiasa bertenang dalam pemanduan.

6. Berkomunikasi

Anda telah menghabiskan masa yang banyak untuk bercuti, dan kini anda akan menempuhi hari-hari yang sibuk sebagai pekerja atau pelajar. Apakata anda luangkan sedikit lagi masa untuk berbual-bual dengan ahli keluarga atau rakan yang menaiki kenderaan yang sama dengan anda. Selain menghilangkan rasa bosan dalam memandu, ia juga dapat mengeratkan hubungan anda. Cubalah, ceritakan perkara yang menarik bersama. Lagipun, cuti sepatutnya membuatkan anda gembira bukan?

Dah jadi Liker kami diĀ Facebook The Vocket?