Anda sedang mencari bagasi yang baru? Banyak faktor yang perlu dilihat dan dikaji sebelum anda membuat keputusan untuk membeli sesuatu beg kerana tiada satu beg pun yang akan kena dengan citarasa pengguna. Cara kita travel pun berbeza bagi setiap individu.

Jadi di sini ada sedikit tips yang boleh anda lihat dan teliti untuk pembelian bagasi anda.

1. Saiz dan berat

Pernah tak anda packing barang dan masih mempunyai banyak ruang dalam beg? Rasanya jarang sekali ianya berlaku. Anda pasti dapat memenuhkan ruang beg bagasi anda dan semestinya anda akan melepasi had berat beg yang dibenarkan. Harga overweight charge kadangkala sangat mahal dan jika boleh, dapatkan beg yang sedia ada ringan ketika ianya tidak berisi apa-apa. Pastikan ketika anda membeli beg, beli bag yang beratnya sama seperti yang tertulis pada tag beg tersebut. Beg yang anda mahu hand carry pula, pastikan berat beg itu di bawah 5kg.

Kebanyakkan beg yang ringan biasanya mempunyai permukaan lembut. Jika anda sentiasa bergerak dengan barangan yang mudah pecah, beli beg dengan permukaan keras.

Cadangan: Waterpolo WA1585 4W ABS Trolley Case

2. Hand carry bags

t2

Tidak semua syarikat penerbangan mempunyai spesifikasi kompartment yang sama. Sebagai contoh penerbangan Air Asia, saiz yang dibenarkan adalah dalam lingkungan 56cm X 36cm X 23cm dan dibawah berat 7kg. Untuk mengelakkan masalah, cari beg yang paling ringan. Jika anda tidak mahu check in beg anda, beg anda perlu tidak melebihi berat atau saiz yang dibenarkan oleh syarikat penerbangan anda. Mungkin mereka akan pejam mata sedikit tentang size dan berat ini. Tapi jika anda tidak mahu ambil risiko, keep ur bag underweight dan beg anda dengan saiz yang sesuai.

Cadangan: Voyage Lightweight Series ABS Luggage

3. Periksa setiap inci beg

t3

Seperti juga kereta, anda juga perlu test drive beg yang anda mahu beli itu. Periksa betul-betul bagasi itu terutamanya bahagian roda, tali dan zip. Periksa juga keadaan jahitan beg berkenaan.

Cadangan: Premium ABS Business Travel Luggage Bag

4. Jenis material bag

Untuk beg yang tahan lasak dan jenis material yang bagus, 3 faktor ini perlu di ambil kira: rangka, fabrik dan waterproof. Kalau beg berkenaan ada rangka dalaman, cari yang diperbuat dari fiberglass untuk beg yang ringan. Jika anda mencari beg kain, pastikan ianya diperbuat dari material ballistic nylon. Pastikan beg yang anda akan beli itu kalis air. Tidaklah barang anda basah nanti.

Cadangan: Giordano 24 Inch 100% Polycarbonate Hard Case Trolley

5. Beli beg yang lain dari yang lain

t55

Cuba elakkan beg warna hitam. Dalam penerbangan nanti, majoriti beg adalah warna hitam. Untuk memudahkan anda mengenali beg anda, apa kata pilih dari warna-warna terang ataupun bercorak. Hard case luggage sekarang ini sudah banyak yang mempunyai corak yang cantik. Jadi ikut anda mana yang sesuai dengan jiwa anda.

Cadangan: Travel Star Ultralight Weight Luggage 2 in1 Geometry Set

6. Jenama dan warranti

t6 warranty

Ada jenama yang mempunyai reputasi lifetime warranty sebagai testimoni awal kualiti dan ketahan jenama bag mereka. Jenama seperti Tumi ada 5 tahun warranti. Jadi sebelum anda beli sesuatu beg, cuba tanya berkenaan warranti jenama beg itu.

Cadangan: Hideo Wakamatsu Max Mega

Jadi harap tips ini membantu anda dalam mencari beg idaman anda. Jika anda ada tips lain yang berguna, boleh kongsi di ruangan komen. Selamat mencari beg idaman anda!