Sedar tak sedar kita sudah masuk pertengahan bulan Ramadan. Bagi sesetengah daripada kita yang masih belum berkeluarga, tidak perlu banyak persiapan pun. Tapi, bagi mereka yang sudah menjadi ibu, agak mencabar bagi mereka setiap kali tiba bulan Ramadan.

Mana tidaknya, mahu kemas rumah, masak lauk untuk berbuka dan sahur, kerja, buat persiapan raya, hantar anak pergi sekolah dan sebagainya. Sempat ke mahu buat semua itu? Silap haribulan, tidak cukup rehat dan kurang bertenaga di siang hari.

Apa kata ikut tips yang kami ingin kongsi di bawah ini. Jadi, anda sebagai ibu dapat seimbangkan masa antara rehat, kerja dan sebagainya. Barulah bertenaga dan tidak lesu ketika berpuasa!

1. Tukar-tukar turn masak lauk untuk sahur dan berbuka dengan suami

suami masak vckt

Bila sudah berkeluarga, tugas di rumah seperti mengemas rumah, ambil anak, basuh baju dan sebagainya akan dibahagikan ikut kata sepakat. Yelah, takkan si ibu sahaja kemas rumah. Sama juga macam memasak, apa kata tukar-tukar turn dengan suami?

Harini ibu masak lauk sahur, apa kata juadah berbuka disediakan oleh ayah pula? Untuk esok, tukar-tukar lagi. Jadi, tidaklah seorang saja yang penat setiap hari. Bertolak-ansurlah dalam hal rumahtangga, baru hidup bahagia!

2. Banyakkan mengambil kurma sebagai pembekal tenaga berpanjangan

bf5a

Kata orang, kurma penuh khasiat yang bagus untuk anda supaya kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadan. Memang betul, dalam kurma mengandungi nutrisi seperti protein, zat besi, vitamin B6 dan banyak lagi.

kurma vckt

Selain itu, ia juga tinggi serat dan antioksidan yang mampu meningkatkan kesihatan otak serta memudahkan proses bersalin. Nampak tidak kurma ini banyak manfaatnya untuk orang wanita?

kuih kurma vckt

Kalau anda bosan makan kurma macamitu sahaja, anda juga boleh pelbagaikan resipi kurma dengan menghasilkan smoothie, jus, roti, nasi, cucur dan sebagainya. Janji, rajin-rajinkan diri mengamalkan kurma dalam bulan puasa. Baru bertenaga!

3. Kurangkan kerja-kerja yang memerlukan anda berfikir

fikir vckt

Ketika bulan Ramadan, kita dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti melalaikan dan berat sehingga memerlukan anda untuk sentiasa berfikir. Sebaliknya, banyak berzikir, bersabar dan beramal kepada Allah setiap masa.

Tanpa sedar juga, aktiviti yang memerlukan anda untuk banyak berfikir ni memberi tekanan kepada otak, seterusnya memenatkan badan dan menjadikan badan kita lemah. Janganlah amalkan selalu. Seimbangkan masa antara kerja, keluarga dan amal ibadat ketika berpuasa.

4. Lakukan senaman ringan

senaman vckt

Berpuasa-berpuasa juga, tapi senaman juga penting supaya badan anda sentiasa cergas dan bertenaga sepanjang hari. Tidak susah pun, buat regangan dan senaman ringan sejam sebelum tidur, selepas solat Subuh atau sebelum pergi kerja.

Dengan melakukan senaman, badan, urat dan sendi anda akan aktif serta tidak terasa lemah. Jadi, anda akan rasa bertenaga sepanjang hari walaupun berpuasa. Jangan lupa, minum air kosong ketika sahur dan berbuka juga!

5. Pastikan dapat rehat yang secukupnya

rehat vckt

Bulan puasa ini, rasanya macam lemah sahaja bila tengahari. Sedangkan baru pukul 11. Yalah, pagi-pagi kena bangun sahur, lepas sahur tidak baik tidur, kena siap-siap pergi kerja pula. Sudah kurang waktu rehat.

Jadi, apa kata anda tidur lebih awal bulan-bulan puasa ini. Habis sahaja solat terawih dalam pukul 10, terus tidur. Cukuplah tidur 6 jam! Jangan layan drama dekat TV, main phone sampai tengah malam, tengok movie dan sebagainya.

Manfaatkan waktu rehat betul-betul di bulan Ramadan ini okay!

6. Siapkan juadah sahur sebelum tidur

juadah vckt

Bila tiba waktu sahur, perkara paling kita malas nak buat adalah masak juadah sahur. Waktu itu nak potong bawang, tumis dan sebagainya. Mesti ambil masa lama, tiba-tiba sudah dekat masuk waktu Subuh. Anak belum bangun lagi ni!

Apa kata siapkan bahan-bahan untuk masak lauk sahur itu sebelum tidur, jadi masa bangun nanti tinggal masak sahaja! Kalau rajin, apa kata masak terus lauk buat sahur nanti. Bangun-bangun terus makan. Kan jimat masa?

Bukan anda sahaja yang menghadapi cabaran menyediakan juadah sahur, #IbuSejati yang lain ini pun sama.

Jadikan juadah sahur lebih enak dengan mayonis sebenar Lady’s Choice

ddd

Ketika #IbuSejati menyediakan juadah sahur untuk seisi keluarga sepanjang Ramadan ini, apa kata berikan sedikit ‘twist‘ kepada hidangan dengan menambah mayonis sebenar Lady’s Choice ke dalam juadah untuk lebih keenakan supaya mereka berselera ketika menjamu selera.

Mayonis sebenar Lady’s Choice yang popular di kalangan #IbuSejati mengandungi minyak kacang soya yang kaya dengan asid lemak tak tepu termasuk Omega 3 (ALA). Ia juga membantu penyerapan vitamin A, D, E & K yang sesuai untuk tumbesaran anak-anak.

makanan:vckt

Kalau anda tiada idea untuk mempelbagaikan resipi bersama Lady’s Choice, apa kata layari laman web Nak Makan Apa. Pelbagai resipi berkhasiat untuk membekalkan tenaga sepanjang berpuasa dan semuanya sesuai untuk disediakan ketika waktu sahur!

Jom dapatkan mayonis Lady’s Choice di kedai-kedai berhampiran. Dengan mayonis Lady’s Choice, sedikit twist boleh gembirakan keluarga. Selamat berpuasa!