Sebanyak 63,750 saman menerusi 45 kamera AES di seluruh negara telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam tempoh 1 September hingga 7 November yang lalu. Untuk makluman anda, sebanyak 29 kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) adalah untuk mengesan kesalahan memandu melebihi had laju dan 16 kamera lagi mengesan kesalahan melanggar lampu isyarat merah.

Kesalahan memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah merupakan antara faktor utama kemalangan, malah dianggarkan 1,000 saman dikeluarkan atas kesalahan tersebut setiap hari. Kenderaan jenis motokar merekodkan jumlah saman tertinggi atas kedua-dua kesalahan berkenaan iaitu sebanyak 56,532 saman diikuti motosikal (5,263 notis) dan lain-lain (1,955 notis).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1514527023_2d0a0420_0_600

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaafar, daripada jumlah itu sebanyak 59,340 saman melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju dan 4,410 saman kerana tidak mematuhi lampu isyarat merah.

Tambahnya, jumlah saman yang dijelaskan agak rendah berbanding jumlah notis yang telah dikeluarkan. Pihak JPJ memberi masa selama dua bulan kepada pesalah trafik atas kedua-dua kesalahan untuk menjelaskan bayaran saman tersebut.

Jika tidak melunaskan bayaran saman, tindakan mahkamah akan diambil dan mereka akan disenarai hitam dan tidak boleh berurusan dengan JPJ untuk pembaharuan lesen atau cukai jalan. Bilangan kamera Awas juga akan ditambah secara berperingkat bergantung pada peruntukan dan langkah tersebut diambil untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya.

Sumber