Pengawal udara tidak mempercayai apa yang didengari olehnya apabila juruterbang pesawat jenis RCH871 memberitahu mereka berapa ramai rakyat Afghanistan berada dalam perut pesawat yang berlepas hari Ahad lalu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul menuju ke pangkalan udara Al Udeid di Qatar.

Untuk rekod, pesawat jenis ini sebenarnya mempunyai kemampuan maksimum membawa 171,000 paun. Tetapi dari segi ruang, ia hanya dibina untuk menempatkan 134 tentera dengan peralatan mereka. Namun semasa mendarat, kira-kira 640 orang rakyat Afghanistan dikira berada di dalam pesawat RCH871.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kekalahan yang mengejutkan kerajaan Afghanistan ke atas Taliban serta larinya tentera Amerika Syarikat dari bumi Afghanistan setelah lebih dua dekad bertapak di sana telah memaksa beribu-ribu orang awam untuk keluar daripada negara asal mereka. Mereka difahamkan takut dengan kekejaman yang akan dilakukan oleh pihak Taliban yang kembali berkuasa setelah berjaya menguasai Kabul pada 15 Ogos 2021 yang lalu.

Sebahagian daripada mereka sudah mula melarikan diri ke negara jiran. Julai lalu, lebih 300 rakyat Afghanistan yang lari ke Tajikistan. Selain itu, mereka juga cuba memasuki Pakistan tetapi dihalang oleh pengawal sempadan negara tersebut. Manakala Kanada pula merancang untuk memberi perlindungan kepada 20,000 warga Afghanistan

800
Apnews

Kerajaan Amerika Syarikat pula merancang untuk menempatkan semula ribuan rakyat Afghanistan dengan kira-kira 88,000 orang kini sedang diproses untuk Visa Imigran Khas. Kebanyakan mereka yang mendapat visa ini dikatakan individu dan ahli keluarga yang telah membantu Amerika Syarikat semasa pendudukan mereka di sana.

Kebebasan diambil apabila Taliban berkuasa

Dalam satu temubual yang dikeluarkan oleh BBC, seorang doktor bernama Bidan Nooria Haya yang bekerja di hospital awam telah memberitahu media bahawa sebelum ini dia bergerak bebas untuk bekerja dan bertemu dengan doktor lelaki. Kumpulan doktor ini bertanggungjawab menjaga penduduk setempat di sekitar Ishkamish, sebuah daerah luar bandar dengan kemudahan yang terhad.

Bagaimanapun, setelah Taliban mula menguasai wilayahnya. Perintah pertama yang dikeluarkan oleh kumpulan tersebut adalah melarang perjumpaan di antara kakitangan lelaki dan wanita.

Kata Nooria lagi, hak sosial dan ekonomi yang dinikmati olehnya dalam dua dekat terakhir kini telah ditarik kembali. “Terdapat banyak sekatan sekarang. Ketika saya keluar, saya harus memakai burka seperti yang diperintahkan oleh Taliban, dan seorang lelaki harus menemani saya,” katanya sambil menambah kaum lelaki pula dilarang untuk mencukur janggut dan dilarang untuk mengenakan gaya rambut yang dikatakan barat.

A Taliban fighter looks on as he stands at the city of Ghazni
REUTERS/Stringer

Selain itu, seorang wanita bernama Jan Agha yang tinggal di daerah Arghistan pula menyatakan bahawa semua orang kini takut dengan kembalinya puak Taliban. Ada yang takut untuk keluar rumah kerana pejuang Taliban dikatakan berkeliaran di jalanan tidak kira siang mahupun malam.

Jan Agha juga mendakwa bahawa mereka terpaksa berkongsi makanan dengan pejuang Taliban ketika kumpulan itu datang mengetuk pintu rumah penduduk di sana. Selain itu, jika pejuang Taliban mahu tinggal di rumah tersebut, mereka terpaksa memberi kebenaran bagi mengelak daripada situasi yang lebih buruk terjadi.

Di daerah Farkhar pula, seorang pemandu teksi Asif Ahadi mengeluh apabila pendapatannya mula berkurang setelah Taliban kembali berkuasa. Dia yang sebelum ini mengaut untuk 900 Afghani (RM50) pada satu hari kini hanya mampu menghasilkan 150 Afghani (RM8.00) sehari. Katanya nilai tersebut langsung tidak cukup untuk menampung hidupnya.

Tambah beliau lagi, situasi sekarang memberi kesan bukan sahaja kepada kehidupan beliau, tetapi juga kehidupan sosial sehingga memaksa orang untuk tidak berani keluar dari rumah.”Dahulu orang mengadakan pesta setiap Jumaat malam – mendengar muzik dan menari – bersenang-senang. Semua ini dilarang sekarang,” kata Asif. “Setiap perniagaan melalui perkara yang sama.”

70141695-3a45-4f21-86b1-35ccabe6f984
Financial Times

Kumpulan Taliban mempunyai sejarah panjang yang terlalu radikal terhadap wanita dan budaya Afghanistan sepanjang tahun 1996 hingga 2001. Sejak mereka digulingkan, wanita kembali mendapat tempat dalam kehidupan masyarakat. Jumlah pelajar perempuan di sekolah rendah meningkat kepada 50%. Manakala jangka hayat wanita meningkat dari 57 hingga 66 tahun.

Kini bagi Jan, semua hak yang dinikmati olehnya sebelum ini mula diambil dengan perlahan oleh puak Taliban. Dia kini harus menundukkan kepala untuk menjalani kehidupannya, mendiamkan mulutnya bagi mengelak perkara lebih buruk terjadi dan akur dengan setiap arahan yang dikenakan ke atas mereka. Manakala Nooria pula kini kuat berdoa agar Tuhan mengambil puak Taliban jauh dari mereka.

Ribuan lari tinggalkan Afghanistan setelah ditawan Taliban, ini apa yang berlaku di sana. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Ribuan Lari Tinggalkan Afghanistan Setelah Ditawan Taliban, Ini Apa Yang Berlaku Di Sana