Pada peminat-peminat LEGO, pesawat Concorde ini pasti menarik perhatian anda. Dibina secara kreatif oleh Ryan McNaught (Pereka LEGO Profesional) dengan menggunakan 65,000 keping blok LEGO!

Bukan setakat direka secara luaran, tetapi rekaan dalaman turut direka secara terperinci. Antaranya ruangan kokpit, tempat simpanan bagasi dan bahagian persediaan makanan. Boleh nampak roti ‘croissant’ yang sedap di situ.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada yang tidak tahu, suatu ketika dahulu pesawat Concorde adalah pesawat komersil paling laju di dunia. Pesawat ini mampu bergerak melebihi 2200 km per jam iaitu dua kali kelajuan bunyi. Tetapi malangnya, perkhidmatan Pesawat Concorde ini sudah ditamatkan perkhidmatannya sejak tahun 2003 lagi disebabkan faktor keselamatan dan juga faktor kos selenggara yang tinggi.

Ryan dan pasukannya mengambil masa 188 jam untuk menyiapkan pesawat LEGO sepanjang 13 kaki ini. Sungguh berdedikasi.

LEGO-concorde-plane-2

LEGO-concorde-plane-3