Musim panas sebegini, kalau dapat terjun masuk air terjun memang seronok, kan?

Kalau anda power, apa kata rancang bersama kawan-kawan yang fit untuk hiking pergi air terjun yang lebih mencabar.

Tak sabar rasanya!

1. Air Terjun Pelangi Lalang, Kampung Air Hitam, Batu Kurau, Taiping, Perak

Air Terjun ini terletak di koordinat N 05 01.21′ E 100 50.83′. Pemandangannya sangat cantik, lebih-lebih lagi selepas hujan. Keseluruhan sungai bersih tanpa gangguan luar. Berhati-hati di sini kerana arusnya yang deras.

airterjunpelangilalang-01

airterjunpelangilalang-02

airterjunpelangilalang-03

airterjunpelangilalang-04

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

2. Air Terjun Sungai Lepoh, Hulu Langat, Selangor

Air Terjun Lepoh terletak 15 km ke utara Ulu Langat, berhampiran Kampung Pangsun, Selangor. Anda perlu hiking melalui ‘Asli Adventure Base Camp’, ladang getah dan ladang durian sebelum sampai, dengan perjalanan selama 2 jam. Terdapat trek berjalan kaki untuk anda sampai ke air terjun.

TONTON: Air Terjun Lepoh Di Selangor Yang Kaya Dengan Ikan Jinak

sungailopo-01

sungailopo-02

sungailopo-03

sungailopo-04

sungailopo-05

3. Air Terjun Jelawang, Gunung Stong, Dabong, Kelantan

Air Terjun Jelawang terletak dalam Daerah Dabong di bawah Jajahan Kuala Krai. Ia adalah tempat yang menawan, dan menjadi sumber tarikan kepada para pelancong termasuklah pelancong-pelancong dari luar negara. Ia merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Anda perlu hiking selama 2 jam untuk sampai ke sini.

gunungstong-01

gunungstong-02

gunungstong-03

gunungstong-04

gunungstong-05

4. Air Terjun Putri Mandi, Yan, Kedah

Air Terjun Puteri Mandi terletak di kawasan Gunung Jerai. Trek untuk ke air terjun bermula dari Titi Hayun. Panjang trek untuk sampai ke air terjun ini adalah sejauh 3 km sahaja, akan tetapi pada kecondongan 45 darjah, anda memerlukan 1 jam 30 minit untuk sampai ke destinasi.

putrimandi-01

putrimandi-02

putrimandi-03

putrimandi-04

5. Air Terjun Temurun, Langkawi, Kedah

Air Terjun Temurun terletak dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Mat Cincang, 42 km dari Bandar Kuah. Tapak ini menampilkan air terjun dengan ketinggian 30 meter dan kolam yang memukau. Dibuka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Tidak perlukan pendakian yang sukar untuk sampai ke sini.

temurun-01

temurun-02

temurun-03

temurun-04

temurun-05

6. Air Terjun Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu, Selangor

Air Terjun Chilling yang cantik dan sejuk memang menyeronokkan. Anda perlu mendaki selama 2.5 jam, merentasi 6 anak sungai sebelum sampai ke destinasi. Ikan kelah hidup di sini secara semulajadi, jangan pelik jika ianya mengelilingi anda ketika sedang bermandi-manda.

Air Terjun Chilling dibuka dari hari Jumaat sehingga Ahad sahaja, dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Anda perlu membayar deposit atas setiap bungkusan makanan dan minuman yang dibawa demi memastikan kebersihan di air terjun ini terjaga.

chilling-01

chilling-02

7. Air Terjun Berkelah, Pahang

Air Terjun Berkelah terletak di Daerah Maran,Pahang dan kira-kira 45 km dari Bandar Kuantan. Air terjun ini terdiri daripada tujuh peringkat dengan ketinggian 50 km. Ada sekurang-kurangnya 7 kolam di sini, dihiasi oleh ikan kelah liar semula jadi. Kebiasaannya pengunjung akan berkhemah untuk melawat beberapa air terjun di sini.

berkelah-01

Sudah tentu ianya berbaloi-baloi berpenat lelah mendaki kerana setelah kepenatan anda dapat mandi-manda dalam air jernih seperti tempat-tempat di atas.

Jangan lupa like Facebook The Vocket untuk lebih banyak artikel cuti-cuti Malaysia.

TONTON: Tak Sangka Ada Air Terjun Tersembunyi Dan Menarik Di Kampar, Perak