Nota Editor: 7 resipi minuman sejuk ini telah dikongsikan di Facebook Page Resepi Masakan BONDA Tersayang. Kami kongsikan semula di sini untuk rujukan anda. Selamat menyediakan juadah berbuka yang menyelerakan.

1.  Sirap Selasihku Sayang

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

resipi-air-1

Resepi Oleh: Mat Gebu
Sumber: Azlita Masam Manis

Ibu sirap rose secukupnya. Ita guna yang dah ada gula
1 tin laici
Air masak atau air mineral secukupnya
1 1/2 camca besar biji selasih, rendam dalam 1 cawan air panas hingga kembang
Ais kiub secukupnya

  1. Masukkan laici bersama airnya ke dalam jug, tuang ibu sirap rose secukupnya, kacau dan tuang air.
  2. Masukkan biji selasih tadi, kacau rata dan letak ais kiub, rasa dan jika ok boleh hidangkan. Sedap diminum sejuk.

2. Blue Ocean

resipi-air-2

Sumber: AZLITA MASAM MANIS

1 botol kecil minuman soda warna biru ~ ita guna air Mountendew
1 sudu besar oren Sunquick
Nata de coco secukupnya ~ anggaran 2 sudu besar untuk satu gelas
1 sudu teh biji selasih ~ rendam dgn air panas hingga kembang
air secukupnya

  1. Masukkan oren Sunquick ke dalam gelas
  2. Kemudian masukkan nata de coco
  3. Tuangkan air soda biru mountendew
  4. Masukkan juga biji selasih dan ketulan air
  5. Sedia di hidangkan
  6. Jangan lupa sediakan sudu semasa menghidang, kerana air ini perlu di kacau bila ingin di nikmati.

3. Air Mata Kucing

resipi-air-3

SUMBER: AZLITA MASAM MANIS

Buah mata kucing kering secukupnya
1 buku gula Melaka
2 buku gula batu
Gula mengikut kemanisan
Air secukupnya
Daun pandan di simpul

  1. Cuci buah mata kucing hingga bersih
  2. Masukkan dalam periuk bersama air dan daun pandan dan rebus hingga kembang dengan api sederhana.
  3. Masukkan pula gula Melaka dan gula batu dan masak hingga gula hancur dan sedikit pekat.
  4. Perasakan dengan gula.
  5. Siap dihidangkan panas atau sejuk.

4. Fair Lady

resipi-air-4

Resepi oleh : Syafik Kyle dan Sonaone
Rujukkan : Bila Bujang Masuk Dapur
Sumber : Azlita Masam Manis

Air oren secukupnya
1 tin laici dalam tin
nata de coco secukupnya
1 sudu teh biji selasih di rendam dalam air panas hingga kembang
ais batu secukupnya

  1. Mula-mula sediakan air oren dahulu. Ita guna air oren Sunquick. Rasa kan manis air oren secukup rasa.
  2. Masukkan nata dalam jug, diikuti buah laici dan airnya serta biji selasih.
  3. Tuangkan air oren tadi dan ketulan ais. Sedia dinikmati.

5. Milky Rambutan

resipi-air-5

Olahan dari resepi Milk Shake Rambutan
Rujukkan dari : Bila Bujang Masuk Dapur
Oleh : Syafiq Kyle dan Sonaone
Sumber : Azlita Masam Manis

1 tin buah rambutan dalam tin
1 tin susu cair atau susu segar
gula secukup rasa jadikan air gula
ketulan ais
Air jika perlu
Biji selasih yang di rendam

  1. Masukkan buah rambutan dan airnya serta susu ke dalam jug
    masukkan air gula dan rasakan secukup rasa
  2. Tambah air jika perlu
  3. Letakkan ketulan ais dan biji selasih
  4. Sedia di hidangkan dingin

6. Jus Kedondong Asam Boi

resipi-air-6

Resepi Oleh: Dapur Tanpa Sempadan

12 biji buah kedondong
10 biji asam boi jenis putih
4 biji limau kasturi, perah jusnya
3 liter air mineral (atau air masak), kurang lebih
Gula secukup rasa
Ais kiub secukupnya

  1. Rebus 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 camca besar gula pasir hingga gula larut. Sejukkan. Sementara itu cuci buah kedondong hingga bersih (sental kulit buah dengan berus hingga kelihatan hijau) atau boleh juga kikis dengan pisau.
  2. Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Ketepikan.
  3. Kikis isi asam boi yang telah direbus tadi, buang bijinya.
  4. Air rebusan digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jug.
  5. Tambah baki air mineral tadi, kacau dan rasa, jika kurang manis bole tambah gula.
  6. Masukkan jus limau kasturi dan baki 5 biji asam boi.
  7. Kacau dan biarkan sekejap.
  8. Tambah ais kiub secukupnya dan boleh hidangkan.
  9. Sedap diminum sejuk

7. Jus Tembikai Ber Nata

resipi-air-7
Resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
tembikai merah/kuning
gula ~ secukup rasa manis yg disukai
nata ~ sebarang perisa
ais kiub secukupnya

Cara:

  1. Blend/kisar tembikai yg dipotong hingga hancur bersama gula.
  2. Masukkan nata ke dalam gelas dan diikuti dgn ais kiub.
  3. Tuangkan tembikai tadi ke dalam gelas.
  4. Sedia untuk dinikmati. Boleh juga jika nak blend tembikai bersama ais kiub.

BACA: 12 Resipi Masakan Cepat Siap Di Bulan Ramadhan

BACA juga: 15 Resipi Pastri Manis Yang Tidak Perlukan Ketuhar

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram