Adakah anda yakin privasi anda dilindungi? Fikir sekali lagi kerana anda memiliki pelbagai aplikasi dalam handphone anda dan anda sering berkongsi maklumat peribadi anda di media sosial.

Malah, baru-baru ini heboh aplikasi FaceApp mencuri data dan boleh menggunakan gambar anda atas kepentingan pihak tidak bertanggungjawab. Anda bayangkan jika aplikasi yang anda guna dapat mengesan pergerakan anda dan mengintip aktiviti yang anda lakukan bagi pihak tertentu, pasti anda tidak senang duduk apabila terfikir akan perkara ini, bukan?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baru-baru ini, Polis Diraja Malaysia telah berkongsi 7 aplikasi yang boleh membahayakan keselamatan anda. Aplikasi tersebut adalah Track Employees Check Work Phone Online Spy Free, Spy Kids Tracker, Phone Cell Tracker, Mobile Tracking, Spy Tracker, SMS Tracker dan Employee Work Spy.

Untuk pengetahuan anda, aplikasi-aplikasi tersebut mampu mengesan dan menghantar data lokasi pengguna, serta dapat maklumat log panggilan, senarai nombor telefon, mesej dan lain-lain. Jika anda pernah memuat turun aplikasi tersebut dalam handphone anda, anda haruslah membuangnya segera supaya anda tidak diintip lagi.

Mungkin ramai yang memuat turun aplikasi seperti itu untuk menjejak pasangan atau keluarga. Akan tetapi, anda haruslah menggunakan aplikasi yang dipercayai dan berhati-hatilah dalam menggunakan aplikasi yang tersedia. Dunia makin maju dan kita pun mudah terdedah dengan ancaman siber.

Sumber