Kini, ‘hype’ filem Rock 4: Rockers Never Dai sudah terasa kerana filem ini telah ditayangkan di pawagam Malaysia pada 20 Februari 2020 yang lalu. Bagi anda peminat filem siri Rock pastinya teruja dengan filem yang padat dengan pengisian ini.

Bagi anda yang tidak pernah menonton filem siri Rock, filem ini sebenarnya mengisahkan tentang 4 anak muda iaitu Jijo, Slash, Black, Zul Kapan dan Dio yang meneruskan perjuangan kumpulan muzik rock; Rimba Bara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kepayahan kumpulan Rimba Bara untuk berjaya sehingga terpaksa bergolok gadai semata-mata untuk merealisasikan impian mereka sebagai kumpulan muzik yang berjaya dapat ditonjolkan dalam filem Rock sebelum ini.

Jika anda pernah menonton filem Rock sebelum ini, adakah anda masih ingat setiap babak dalam filem tersebut? Terbaharu, Mamat Khalid telah berkongsi beberapa babak yang dipadam dalam filem Rock Bro di YouTube. Sudah sedia untuk lihat? Ayuh!

1. Flashback Jijo

Ini merupakan babak Jijo terkenang waktu kecilnya. Apa kata anda teka mana satu Jijo dalam babak ini.

2. Cik Man

Watak Cik Man memang cukup mencuit hati. Lihat bagaimana Cik Man cuba melarikan diri ketika ada orang ketuk pintu secara tiba-tiba.

3. Ekspo pertanian

Tipulah jika anda tidak ingat babak di ekspo pertanian. Akan tetapi, apa yang kita tak tahu persembahan ngeri selepas kumpulan Rimba Bara terpaksa turun pentas.

4. Jual buah-buahan

Apabila pembayaran show dibayar dengan buah-buahan membuatkan mereka terpaksa jual buah-buahan tersebut.

5. Studio 1

Dalam babak ini, anda dapat lihat gelagat lucu mereka apabila jumpa Ella ketika Ella datang ingin keluar bersama Jijo.

6. Missing video clip Fauna

Anda pasti akan terhibur apabila mendengar betul-betul lirik yang dinyanyikan oleh Zee & The G-Boys. Cuba kira berapa nama binatang yang ada dalam lirik!

7. Sebelum kemalangan

Pastinya babak semasa kemalangan masih lagi terkesan dalam hati dan minda anda. ‘Scene’ ini menunjukkan Cik Man berasa ‘tidak sedap hati’ sebelum kemalangan berlaku.

Selepas menonton sedutan babak yang dipadam ini, pastinya ada daripada anda yang ingin menonton semula filem Rock Bro ini sebelum menonton Rock 4: Rockers Never Dai di pawagam terdekat anda.

Tahukah anda kenapa filem Rock arahan Mamat Khalid harus ditonton? Apa kata klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

13 Sebab Kenapa Filem Rock Bro Arahan Mamat Khalid Wajar Ditonton

‘Pulang’ Filem Kabir Bhatia Yang Boleh Buat Mata Anda Berkaca

Sumber