Tangan memainkan peranan utama dalam memindahkan kuman bakteria ke tempat lain walaupun basuh tangan berulang-kali kerana ia adalah anggota badan yang paling mudah tercemar dengan keadaan persekitaran.

Disebabkan itu perlu sentiasa jaga kebersihan tangan terutama mereka yang sengaja membiarkan kuku panjang antara 2mm atau lebih panjang dari itu dan/atau suka memakai cincin di jari. Semua kenyataan ini disokong oleh penyelidikan dari Universiti Nebraska dan Universiti Arizona.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jadi, bagi meminimakan pemindahan kuman dari/kepada tangan, kita tidak digalakkan menyentuh 7 bahagian badan ini demi kebaikan diri kita juga. 5 dari 7 bahagian itu adalah di kepala.

Kepala

1. Muka

Imej: The Innocent Man
Imej: The Innocent Man

Menurut penasihat dermatologi Men’s Health Adnan Nasir (MD), jari tangan mempunyai minyak yang boleh menyumbat liang roma kulit muka. Seboleh-bolehnya elakkan jari atau tapak tangan mengenai bahagian muka. Bayangkanlah permukaan tangan yang dilitupi kuman disapu rata ke kulit muka, maka tersebarlah ke seantero muka sehingga mendatangkan masalah pada kulit muka. Tapi bolehlah guna tangan yang telah dibasuh untuk tadah air dan cuci muka.

2. Mata
mata

Kita memang tak sentuh mata kecuali orang yang menggunakan kanta sentuh tapi kita tenyeh dengan jari tangan pada mata. Penasihat opthalmology Men’s Health Kimberly Cockerham (MD) menyatakan jangan sentuh atau menggosok mata kerana ia akan memudahkan kuman masuk ke dalam mata. Jika mata rasa tidak selesa, jumpa dengan doktor untuk cari penyelesaian yang lebih baik berbanding bertindak sendiri.

3. Telinga
telinga 1

Kulit nipis di luar telinga dan menghala ke saluran telinga boleh terkoyak apabila ada benda bersentuhan dengannya.

Jangkitan kuman dalam saluran telinga
Jangkitan kuman dalam saluran telinga

Jika anda rasa gatal-gatal berterusan di telinga, jangan garu atau cuba lakukan pemeriksaan sendiri. Lebih baik anda bertemu dengan doktor otolaryngologist kerana ia berkemungkinan disebabkan oleh ekzema, jangkitan kuman atau pengumpulan wax.

4. Mulut

Imej: koreaboo
Imej: koreaboo

Secara purata, 23.6 kali/jam orang di UK gemar memasukan jari mereka ke dalam mulut apabila mereka berasa bosan di pejabat dan masih lakukan sebanyak 6.3 kali/jam ketika waktu sibuk. Data Journal of Applied Microbiologi menunjukkan 1/3 kuman yang diuji dipindahkan dari jari ke mulut. Jadi, jangan jadikan ia satu tabiat.

5. Hidung
hidung 1

Melalui kajian dalam Journal Infection Control & Hospital Epidemiology pada 2006, 51% pesakit ENT (telinga, hidung dan tekak) yang mengorek hidung lebih cenderung membawa bakteria Staphylococcus aureus di dalam hidung mereka berbanding mereka yang tidak melakukan perkara tersebut.

Kuku

6. Kulit di bawah kuku
kuku

Inilah antara tempat kegemaran pelbagai jenis kuman bersosial. Lebih-lebih lagi kuku jenis panjang, maka lebih banyak khazanah tersemat disitu. Maka, ada baiknya potong kuku pendek. Tak trauma sangat.

Alat Sulit

7. Punggung
punggung

Sedia maklum bahagian ini mempunyai bakteria yang berpotensi membahayakan. Jadi, selepas tersentuh untuk apa sahaja tujuan di bahagian tersebut, cuci tangan dengan cara yang betul.

Hand-Sanitizer-1

Maka, penting untuk sentiasa menjaga kebersihan tangan dengan mencucinya bersama sabun. Kuman bakteria dan virus yang ada pada tangan boleh dipindahkan kepada orang lain apabila anda menyentuh mereka dengan tangan. Ia juga boleh masuk ke dalam badan kita apabila menyentuh mata, mulut, hidung, muka, telinga, kuku dan alat sulit dengan tangan.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber