Nampaknya promosi 7.7 kembali lagi. Jualan yang dijalankan di beberapa platform e-commerce seperti Lazada dan Shopee ini bakal menampilkan seleksi barangan yang ditawarkan dengan harga promosi.

Bermula daripada produk makanan sehinggalah kepada pembelian rumah, semuanya kini boleh ditempah secara atas talian. Kami juga nampaknya tidak mahu ketinggalan sempena promosi yang dijalankan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada kali ini kami akan kongsikan kepada anda beberapa produk yang pada kami berbaloi untuk dimiliki menerusi promosi yang dijalankan. Kami mulakan perkongsian kami bermula dengan produk berharga rendah sehingga kepada harga yang lebih tinggi.

1. Nescafe Gold Coffee Refill 170g

326a42af8e2bbcd153ba95fb6c418060

Sekiranya anda merupakan peminat Nescafe, pastinya anda cukup tahu betapa enaknya Nescafe Gold. Rasa dan aromanya yang memukau membuatkan Nescafe Gold berjaya jumlah peminat yang ramai.

Sering kali dijual dan ditawarkan pada harga sekitar RM25.50, kini para pengguna berpeluang mendapatkan Nescafe Gold Coffee Refill 170g dengan harga serendah RM16.24 sahaja. Sememangnya sebuah harga yang sangat rendah dan sukar untuk mendapatkan harga yang sama seperti ini daripada Nescafe.

Promosi yang berlangsung ini bakal dijalankan selama dua jam bermula jam 12 tengah malam ini. Menariknya, pembelian dua pek Nescafe Gold Cofee Refill bakal membolehkan para pengguna mendapatkan free gift menarik. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya dengan harga promosi.

2. Penutup muka tiga lapis

daily_disposable_3ply_face_mask_1

Umum tahu sejak wabak COVID-19 mulai tersebar, penutup muka atau face mask sudah menjadi keperluan buat orang ramai. Mula dijual dengan harga yang mahal, kini anda boleh dapatkan 50 penutup muka dengan harga serendah RM15.50 menerusi jualan awal 7.7. Klik di sini untuk mendapatkan penutup muka tiga lapis.

3. realme band

realme band 7.7

Sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), dapat dilihat orang ramai sudah mulai bersenam selepas beberapa bulan sekadar berada di rumah.

Dalam memastikan senaman yang dibuat lebih efisien, pastinya anda memerlukan sebuah alat yang juga bertindak sebagai jam dalam mengukur kadar denyutan nadi begitu juga dengan jumlah kalori yang terbakar saat bersenam.

Sekiranya anda mencari sebuah smartband yang berbaloi, realme band yang baru sahaja dilancarkan adalah jawapannya. Bayangkan dengan harga serendah RM129 sahaja, segala aktiviti kecergasan anda dapat dipantau melalui realme band. Model yang baru sahaja dilancarkan realme ini sedia untuk dimiliki dengan klik di sini.

4. Xioami Redmi 9A

83137574_1503046583232764_3663777259311774382_o

Sekiranya anda sedang mencari sebuah telefon pintar kelas permulaan dengan spesifikasi yang menarik dan berbaloi, Xiaomi Redmi 9A adalah jawapannya. Hadir dengan skrin 6.53-inci beserta bateri berkapasiti 5,000mAh pastinya mencukupi bagi memastikan segala urusan anda dapat dilengkapkan dalam satu pengecasan penuh.

Model ini dikuasakan oleh processor G25 dengan 2GB RAM dan 32GB ruang storan. Apa yang membuatkan kami teruja dengan model ini adalah penawaran harganya iaitu serendah RM359 sahaja. Sempena jualan 7.7, anda berpeluang dapatkan model ini dengan harga sekitar RM319 sahaja. Berbaloi bukan? Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Xiaomi Redmi 9A.

5. realme 6
1583569921492164-0
sumber: Mazgadgets

Apabila membincangkan mengenai produk berbaloi, tidak sah rasanya sekiranya tidak menyertakan produk daripada realme iaitu realme 6. Mengulas mengenai model ini, siapa sangka realme berjaya menyertakan spesifikasi hebat serta menawarkannya dengan harga yang sangat mampu milik.

realme 6 dilengkapi dengan skrin 6.5-inci IPS LCD dengan refresh rate 90Hhz. Model ini dikuasakan oleh processor Helio G90T dengan RAM 4GB beserta ruang storan 128GB.

realme 6

Nak tahu apa yang lebih menarik? Model ini hadir dengan empat kamera belakang dimana kamera utamanya dilengkapi dengan sensor 64-megapixel. Kamera hadapan pula dilengkapkan dengan sensor 16-megapixel.

Sekiranya anda mahukan model yang serba lengkap dengan harga mampu milik, realme 6 adalah jawapannya. Model ini mulai ditawarkan dengan harga RM999 dan sedia diturunkan sehingga RM749 menerusi promosi 7.7 daripada Lazada. Klik di sini untuk menjadi yang terawal untuk mendapatkannya.

6. Xiaomi Pocophone F2

pocophone f2

Sebuah lagi jenama yang sering kali dikaitkan dengan harga berbaloi sudah pastinya Xiaomi. Berjaya menerusi model Pocophone F1, kini model ini tampil sekali lagi dengan model terbaru yang lebih canggih iaitu Xiaomi Pocophone F2.

Mengulas mengenai spesifikasi, umum tahu Pocophone sememangnya cukup terkenal dengan penawaran spesifikasi yang hebat dan hadir dengan harga yang berbaloi. Model ini dikuasakan oleh processor Snapdragon 865, RAM 6GB beserta ruang storan 128GB.

Skrin 6.67-inci AMOLED dengan gabungan kapasiti bateri 4,700mAh pastinya membuatkan peminat skrin besar serta para gamer cukup gemar dengan model ini. Xiaomi Pocophone F2 yang mula ditawarkan dengan harga RM2,199 kini sedia untuk dimiliki dengan harga sekitar RM1,969. Klik di sini untuk mendapatkannya dengan harga promosi.

7. iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max
iphone-11-pro-review-1
Sumber: Digital Trends

Bermula dengan tawaran daripada Switch, nampaknya beberapa rangkaian kedai atas talian juga turut mengikuti langkah yang sama dalam menawarkan iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max dengan harga diskaun sehingga RM500.

Hadir dengan iPhone flagship dengan kamera terbaik setakat ini, model ini dilihat sangat releven untuk didapatkan menerusi harga promosi. Pelbagai ruang storan dan warna telah ditawarkan menerusi dua model ini.

Jika anda merupakan seorang peminat iPhone yang sudah lama berhajat untuk menukar iPhone anda kepada model yang lebih baharu, inilah masa terbaik untuk anda mendapatkannya. Klik di sini untuk mendapatkan iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max dengan harga promosi.

Apa tunggu lagi? Ayuh jadi yang terawal mendapatkan barangan dengan harga runtuh sebelum promosi tamat. Sebelum itu, kami nasihatkan anda untuk topup terlebih dahulu wang dalam Lazada Wallet dan ShopeePay sebelum mulai shopping bermula 12 tengah malam ini.

Bersempena dengan jualan 7.7 yang sedang berlangsung, Lazada turut menjanjikan penghantaran pantas beserta jaminan buat pembelian seluruh Malaysia. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

Lazada Janjikan Jaminan Penghantaran Pantas Ke Seluruh Negara Sempena Jualan 7.7

Huawei Mate 20 Ditawarkan Serendah RM88 Sempena Ulang Tahun Ke-8 Lazada