#MYCYBERSALE datang lagi, sudahkah anda bertindak? Seperti tahun-tahun sebelum ini, #MYCYBERSALE menjanjikan barangan pada harga menarik. Saya juga sangat tertarik dengan barangan elektrik yang ditawarkan.

Mari kita lihat apa yang ada pada tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Ketuhar Mikro Sharp R202ZS

20171011-01-lazada-sharp-microwave

Pada harga RM199, ianya memang memeranjatkan!

Di luar sana, selalunya pada harga sebegini, ketuhar gelombang mikro hanya menggunakan tombol.

Tidak pula halnya dengan gelombang mikro Sharp ini. Lengkap dengan butang-butang menu, ianya adalah pilihan yang lebih mudah pada harga murah.

Dapatkan ketuhar gelombang mikro Sharp R202ZS di sini.

2. Periuk Tekanan Elektrik Russell Taylors 6L PC-60

Ingat lagi semasa periuk tekanan elektrik berharga lebih daripada RM700?

Kini terdapat jenama lain menawarkan periuk tekanan pada harga 4 kali lebih murah!

Jenama Russell Taylors bukan sahaja memberi peluang kepada orang ramai untuk memiliki periuk tekanan elektrik, tetapi mereka juga memastikan keselamatan pengguna dengan mendapatkan pengiktirafan Suruhanjaya Tenaga dan Sirim.

Dapatkan periuk ini pada harga RM184 sahaja sempena #MYCYBERSALE di sini!

3. Pengukus Trio TFS 18

20171011-03-trio

Sekarang senang betul buat kuih lapis, seri muka dan talam dengan pengukus Trio ini.

Bekas 8×8 pun muat, memang besar dan jimat masa untuk mengukus.

Seramai 600 lebih orang sudah berpuas hati. Hanya pada harga RM183 sempena #MYCYBERSALE, jangan lepaskan peluang!

Dapatkan pengukus Trio TFS 18 di sini.

4. Penggoreng Udara Russell Taylor AF-14

Pernah rasa tak cukup tangan apabila memasak?

Nak masak nasi, sayur, lauk. Si kecil pula minta ayam goreng untuk lauknya.

Tekan, tekan. Ayam goreng, kentang goreng dan makanan bergoreng lain kini boleh disediakan dengan lebih sihat.

Lepas memasak, tak perlu fikir bagaimana nak uruskan minyak masak terpakai.

3 kali ganda lebih mudah berbanding pasaran, penggoreng Russell Taylor diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga dan Sirim.

Apa lagi, jangan fikir panjang. Dapatkan penggoreng udara Russell Taylor ini pada harga RM188 di sini.

5. Hampagas Midea MVC-SC861B

20171011-05-vacuum

Hampagas Media yang kecil dan ringan ini amat mudah dibawa ke mana-mana. Oleh kerana itu, ianya sesuai digunakan setiap hari.

Saiznya yang panjang dan kecil membolehkan ia memerangkap habuk dan debu di ruang-ruang yang sempit dengan mudah.

Hanya mempunyai 1 ‘badan’, bermakna tidak perlulah kita susah-susah menarik hos dan badan seperti mesin konvensional yang lain.

Ramai yang sudah berpuas hati. Harga pula hanya RM78 sempena #MYCYBERSALE.

Dapatkan hampagas Midea anda di sini.

6. Mesin Basuh Automatik Midea 7kg

20171011-06-media-washing-machine

10 tahun dahulu, pada harga RM400+ kita hanya dapat beli mesih basuh separa automatik. Mahu tidak mahu, terpaksalah kita mengangkat pakaian basah dari dram mencuci ke dram mengering untuk setiap kali cucian.

Sekarang, dengan adanya teknologi dan saluran jualan lebih murah, (dan #MYCYBERSALE tentunya) untunglah kita kerana mesin basuh automatik dapat dimiliki pada harga RM457 sahaja.

Dapatkan mesih basuh Midea di sini.

7. Penyaman Udara Hisense HAC-09DJN 1.0HP

20171011-07-hisense-aircond

Tidur dengan nyaman dan lena dengan penyaman udara Hisense HAC-09DJN 1.0HP ini.

Didatangkan dengan fungsi pemulaan semula automatik (auto restart), mod tidur, mod pintar dan pemasa 24 jam.

Hanya berharga RM619, ramai sangat berpuas hati dengan prestasinya yang di luar jangkaan.

Baca reviu dan dapatkan penyaman udara ini di sini.

Jangan lambat-lambat, dapatkan secepat mungkin. #MYCYBERSALE berlangsung sehingga Jumaat ini, 13 Oktober 2017 sahaja. Vroom-lah segera.