Siapa yang tidak suka kejutan? Terbaharu, sebuah video seorang suami membuat kejutan kepada isterinya mendapat perhatian netizen.

Mana tidaknya, video tersebut memaparkan suami sanggup menyewa kereda Ford Mustang untuk membawa isterinya keluar makan malam. Shahruddin yang bekerja di syarikat pengeluaran air minuman di Singapura tidak dapat pulang ke rumahnya di Johor Bharu, Johor berikutan penutupan sempadan sejak tujuh bulan lalu mahu membahagiakan keluarganya sebelum kembali ke Singapura.

Menurut Shahruddin, kejutan tersebut adalah sebagai tanda hadiah terima kasih kepada isterinya Norhariyanti Abu Bakar kerana menguruskan anak-anak ketika beliau tiada. Pada mulanya, beliau mahu menyewa kereta tersebut selama sehari tetapi bajet tidak mencukupi kerana harga sewaan adalah RM2,000.

Lalu, beliau membuat keputusan untuk sewa separuh hari sahaja. Apa yang mengejutkan apabila beliau dapat sewa kereta tersebut secara percuma. Ujarnya, pemilik kereta tersentuh dan terharu dengan kisah yang beliau kongsikan di FB dan ingin menaja penuh kenderaan itu.

Lantaran itu, perkongsian video beliau mendapat perhatian netizen. Rata-rata netizen berasa terharu dan mendoakan agar hubungan Shahruddin dan isteri akan berkekalan.

1111

2222

3333

Hargai pasangan anda sementara masih ada dan buatlah mereka gembira walaupun tidak memberikan hadiah yang mahal.

Sementara itu, kami kongsikan kisah netizen berikan kejutan kepada pasangan dan keluarga yang mencuit hati pada pautan di bawah ini.

Si Isteri Cipta Kejutan Dengan Menempah Hotel Bertemakan ‘Hello Kitty’ Buat Suaminya

Netizen Terhibur Lihat Gelagat Lelaki Ini Teruja Dapat Kejutan Dari Anak

Tidak Sempat Beli Kek, Burger Dipilih Sebagai Kejutan Untuk Sambut Hari Jadi Isteri

Sumber