Apabila kau sudah pun masuk ke alam universiti, perkara pertama yang kau perlu fikir ialah adakah segala apa yang kau belajar itu akan keluar juga semasa kau kerja.

Walau ramai antara kau yang suka belajar pagi petang siang malam, cuba kau perhatikan dalam setiap 20-30 orang, akan ada seorang dua yang kaki part-time buat kerja macam-macam.

Mereka ini yang patut kau berkawan. Biasanya pengalaman inilah yang buat kau ada nilai istimewa semasa kau mahukan pekerjaan di tempat baru.

1. Ambil kerja part-time, masukkan pengalaman itu dalam resume kau

Sebagai contoh, semasa kau belajar tiga tahun, kau kerja di 4 tempat. Kedai Makan Zamir (pelayan, 2010-2011), Farid Catering (Pemotong Ayam, 2011), Stesen Minyak Firdaus (2011-2012), BookCafe Acap (2012-2013).

Tak usah kau malu-malu, orang yang menemuduga kau akan seronok melihat kau memang seorang yang berdedikasi mencari duit. Independent yang power kata orang.

kerja-part-time-1

2. Semasa kau mengambil kerja part-time, kau asingkan dunia kau yang kau juga seorang pelajar

Semasa kau belajar, kau belajar. Beri tumpuan 100% di dalam dewan kuliah dan kelas.

Pastikan kau scorer macam abang. Dalam setiap semester, kau kena maintain 3.0. Bagaimana kau nak lakukan semua itu apabila kau kena kerja? Aha, ini rahsianya:

Kau susun jadual kelas. Dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Jika ada selang dengan maksimum 1 jam, kau belajar di perpustakaan.

Kau jangan sekali-kali ambil job pada waktu ini. Tumpu pada belajar. Jumpa lecturer dan melepak dengan kawan-kawan bincang hal kuiz bagai.

Jika waktu senggang kelas kau lebih 3 jam, barulah kau boleh ambil job. Ingat, jika waktu kau sempit, kau akan berkejar-kejar dan tumpuan dalam kelas kau akan kelaut.

3. Waktu kau bekerja part-time ini juga adalah masa untuk kau mengasah skil

Waktu kau bekerja part-time ini juga adalah masa untuk kau mengasah skil-skil yang patut kau ada untuk kau masuk dalam alam pekerjaan sebenar nanti. Walau syarikat yang kau kerja itu kecil, kau dah boleh mula belajar.

Kau lihat bagaimana kau diterima kerja, prosesnya, proses gajinya, jika ada konflik bagaimana majikan kau selesaikan. Dan kau kena faham, kau tak boleh masuk campur.

Yang kau perlu buat ialah belajar dan hadam. Observe sebanyak mana ilmu yang kau boleh dapat, dan fahamkan semuanya.

4. Elakkan lepak-lepak berlebih semasa belajar

Tidur pun kau kena kurangkan. Rugi besar apabila zaman kau beruniversiti, kau menangkan semangat tidur kau. Sedangkan kau sendiri tahu jika kau tidur, duit tak masuk. Malah kau mungkin boleh terlepas kelas. Kau akan rugi 2-2.

Asasnya ialah kau kena fokus dengan apa yang kau lakukan. Buat dua jadual. 1 jadual kelas, 1 lagi jadual kerja. Pastikan dua-duanya berjalan dengan baik.

Kau akan jadi manusia yang aktif, dan inilah ciri-ciri yang majikan sebenar kau akan cari walau kau tak ada pengalaman langsung dalam dunia pekerjaan sebenar.

Baca: Masih Belajar Tapi Nak Travel? Ini 5 Cara Jana Pendapatan Sampingan Sebagai Pelajar

kerja-part-time-3

5. Sedekah kepada kawan-kawan

Lagi, dalam tempoh sebulan, ambillah sekali 2 kau beli makanan dan kau beri kepada kawan-kawan atau sesiapa yang kau aim. Masa zaman belajar ini, kau utamakan kawan-kawan kau yang susah.

Waktu inilah rezeki kau pada masa hadapan itu ditambah-tambah. Lebih cantik kau pusing kat bandar di tempat kau belajar, pasti ada gelandangan atau sesiapa sahaja yang memerlukan makanan. Kau bantulah.

Kau akan dapat kenal diri kau yang kau manusia. Yang punya jiwa dan ada hati. Dan selepas itu kau lihatlah bagaimana rezeki mengenali kau.

6. Rajin-rajin melepak di surau atau masjid

Kau bersembanglah dengan pakcik-pakcik tua yang pun suka melepak di sana. Biasanya mereka ini bukan orang sebarang-sebarang.

Orang pencen yang dulunya kerja bagus-bagus. Kau tanya  mereka bekerja. Walau kau power belajar, pengalaman mereka adalah satu nilai yang tidak ada siapa boleh bayar.

7. Akhir sekali, kau kena jadi manusia

Masa kau sudah habis belajar. Kau pergi cari kerja terus. Tak kiralah kau mahu jadi apa, utamakan poket kau supaya emak abah kau tak pening melihat kau.

Emak kau hanya mahu kau bijak mencari duit, bukan kau terlentang berbaring kool dalam bilik tak berbuat apa-apa menanti syarikat menelefon kau untuk kau diterima ke temuduga.

Carilah mana yang ada dulu waima kau perlu jadi pelayan ambil pesanan makanan minum di restoran.

Jika waktu kau belajar, kau hanya faham yang maksud belajar itu adalah pergi ke kelas semata-mata. Maka kau merupakan antara manusia malang yang diterima masuk ke university.

Belajar itu termasuk dalam hal-hal kau sudah pun berdikari, sudah keluar dari rumah emak ayah kau. Jadi kau perlu tanamkan dalam diri kau yang itulah permulaan kehidupan kau yang kau perlu pilih antara power atau hampas.

Dan jika kau seorang lelaki, hal-hal begini tolonglah tidak malukan diri kau sendiri apabila kau tidak diterima temuduga kerana keputusan kau yang teruk, dan kau pula kaki tidur semasa zaman belajar, kelas hancur, duit pun tak ada dan terus menjadi tunggul dalam rumah yang reti buka peti ais jika lapar.

Tolonglah jadi manusia yang rajinnya itu lebih banyak berbanding muka kau yang kacak.

Khairul Hakimin Muhammad
Zaman Universiti, bercinta pun tak sempat.

Baca lagi: 5 Lokasi Popular Kerja Separuh Masa Untuk Lepasan SPM