Ditulis Oleh:
Bie Mohd
March 13, 2017 9:33 AM

Berkira-kira nak dapatkan tiket murah untuk ke Jepun bila tiba promosi untuk tempat duduk percuma AirAsia mulai 12/3/17 nanti? Ini tips yang mungkin boleh membantu anda:

1. Kebarangkalian  tinggi untuk dapatkan tiket murah pada tarikh tengah minggu (weekdays), bukan musim cuti dan bukan musim sibuk (peak season) untuk Jepun. Kalau ada tu, mujur sangat. Hehehe. Cari tarikh touchdown and disembark pada hari biasa sangat digalakkan untuk hunting tiket murah.

2. Kalau ada tarikh di bulan April dan Mei, biasanya murah pada waktu Golden Week (hujung april – awal Mei). Kalau Julai, Ogos, biasanya di waktu Bon Odori.

3. Ada 3 pilihan destinasi penerbangan AirAsia setakat ini untuk touchdown di Jepun iaitu Osaka, Tokyo dan Sapporo. Kalau mahal di satu destinasi, kemungkinan murah di destinasi satu lagi. Sebab apa? Sebab di Jepun bila masuk musim sibuk (peak season), waktu sibuknya berbeza mengikut daerah.

4. Bulan Disember – Februari biasa akan murah sebab bukan musim sibuk (non-peak season).

5. Memandangkan musim Sakura merupakan musim sibuk (peak season) memang takkan dapat untuk kali ni (atau mungkin boleh tapi peluang sangat tipis). Jadi saya sarankan untuk cari tiket bertarikh di pertengahan bulan Oktober dan awal bulan November bagi musim luruh.

Kalau dapat tiket di waktu ini, anda mungkin boleh rancang turun di Sapporo atau ke Tokyo untuk lawatan ke tanah tinggi. Kalau untuk peak season di musim luruh, cuba cari tiket ke Osaka dan Tokyo pada hujung bulan November ke awal bulan Disember.

6. Pastikan anda fleksibel dengan masa pergi dan balik. Boleh buat survey dulu tarikh-tarikh yang ada sebelum promosi berjalan. Sebab kadang tu balik lewat sangat, atau awal sangat. Jadi mungkin anda kena tambah beberapa hari lagi.

7. Kemungkinan tiket di bulan puasa dan bulan raya tu murah agaknya. Hehehe.

Selamat memburu tiket murah.

Baca lagi: 13 ‘Trick’ Rebut Promosi Tempat Duduk Percuma AirAsia Dengan Lebih Pantas

Artikel di atas disumbangkan oleh Bie Mohd. Boleh ikuti beliau di sini.

Artikel Berkaitan