Facebook aku hari ini dan semalam dibanjiri oleh ramai kawan-kawan yang dah graduasi. Tahniah aku ucapkan kepada semua yang telah graduate, korang telah berjaya
menghadapi rintangan awal dalam hidup.

Ok ay serius kejap, korang tahu tak?Korang dah berjaya buat ibubapa korang gembira sangat ada anak macam korang. Korang telah berjaya buktikan pada pakcik makcik, jiran sebelah, adik-beradik tok su belah mak, nenda dan banyak lagi orang lain yang korang ni dah berjaya dapat ijazah (jadi boleh dah nak kawin anak Makcik Midah tu).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Korang dah berjaya melepasi pemikiran orang dulu-dulu yang selalu kata kena
belajar sampai ke menara daging, eh gading. Baru boleh hidup sempurna. Korang dah ada benda nak tunjuk bila mohon kerja nanti, atau buat apa-apa nanti orang boleh usulkan kualifikasi korang.

Banyak lagi lah kalau nak disenaraikan.

Tapi ada juga something yang aku dah alami dan rasanya nak bagi korang tahu
agar lebih bersedia hadapi ekonomi dunia yang semakin mencabar ni. Sebab aku takut, aku takut ramai yang dah grad ni masih tak tahu nak buat apa dengan hidup mereka

FAKTA:
Tahu tak 16 daripada 20 orang aku jumpa yang dah ‘GRADUATE’ masih tak
tahu apa yang diorang nak buat untuk seluruh hidup diorang? Sama lah macam aku dulu. Pui.

1. Letak dalam pemikiran bahawa lepas ni aku akan hadapi dunia sebenar. Apa yang
aku belajar dalam universiti ataupun belajar sendiri akan diguna pakai untuk
tentukan perjalanan masa depan aku. Tahun yang seterusnya adalah tahun
untuk korang mula berjuang habis-habisan.

2. Don’t get me wrong, education is really important tapi macam biasa ada
di antara kita yang tak pastu pun sebab apa kita ambil kursus yang kita buat
tu. Dalam kepala kita hanyalah nak bagi dapat degree. Kan? Ke aku sorang saja yang rasa begini?

3. Kehidupan korang baru bermula sebenarnya. Sekarang dah tiba masa untuk
tidak bergantung kepada ibubapa lagi. Dah tiba masa untuk kita pula yang
bahagiakan ibubapa kita. Kalau yang memang ibubapa dah kaya tu tahniah lah.

4. Kenyataan yang korang kena terima juga ialah sijil yang korang dapat ni tak
semestinya akan buat korang berjaya dapat kerja dan dapat gaji 10,000 sebulan
terus.

Sekarang ni hampir semua syarikat akan tanya apa pengalaman kerja atau apa
real things dalam industri yang korang pernah buat sebelum ni? Kemudian baru
diorang tengok sijil korang sebab dia tak nak buang masa nak kena latih kau
untuk buat satu-satu. Kerja pula baru nak pandai.

5. Jangan ada sangat mindset “fuhh aku dah grad ni, nak balik kampung rehat
kejap dalam 4, 5 bulan. Teruk ooo aku struggle masa belajar. Nanti lepas 2, 3 bulan
aku cari kerja lah.”

Kalau ada pemikiran macam ni, cepat-cepat tampar kepala sebab kurang tepat.
Bayangkan waktu korang tengah rehat tu, orang lain semua sibuk minta kerja
dan hanya ada beberapa syarikat saja yang akan tengok sijil dulu baru
pengalaman.

Jadi kalau tak ada pengalaman, lambat minta kerja, macam mana nak dapat kerja?
Selalunya kalau yang sedang intern waktu ni korang dah boleh cuba untuk goda
syarikat intern korang tu agar mereka bagi kerja sepenuh masa lepas ni atau dah mula cari kerja di tempat lain.

Bukan tak boleh rehat, rehat lah. Tapi mohon lah dulu kerja semua siap dan pergi lah bercuti atau buat apa yang korang teringin nak buat.

6. Kalau yang tengah hangat bercinta masa belajar, kalau ada duit dah boleh kahwin terus. Kalau yang baru nak bercinta rikels dulu. Cuba fikir tentang masa depan dan fikir bagaimana nak bahagiakan ibubapa korang dulu. Jangan angau sangat pula.

7. Untuk yang nak sambung master, tahniah sebab korang nak kena banyak lagi cari
ilmu. Tapi kalau sambung master sebab tak tahu nak buat apa lagi atau takut
nak hadapi ‘real life’ sila fikir betul-betul-betul. Umur kita bukan masih
muda.

Eh, jangan takut pula tau bila baca perkongsian aku ni sebab seriously congrats sebab dah berjaya grad. Now its time for your next move! Tu je nak bagitau.

“IF YOU RECENTLY GRADUATED, YOU ARE ENTERING THE
GREATEST 5 YEAR WINDOW OF YOUR LIFE” – Gary Vaynerchuk.