Menurut pakar psikologi klinikal, Dr Jamie Howard memberi tumpuan atau fokus seumpama otot yang memerlukan senaman untuk menguatkannya.

Kebanyakan kanak-kanak boleh fokus pada aktiviti yang seronok dan gembira. Apabila tiba aktiviti yang membosankan, kanak-kanak berasa kurang menyeronokkan dan sukar diikuti sehingga mencabar daya fokus mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walau bagaimanapun, anak tetap perlu dilatih untuk fokus supaya mudah belajar dan membaiki diri. Ini penting agar anak dapat meningkatkan keyakinan diri dan membentuk peribadi yang positif.

Berikut 7 cara untuk bantu anak lebih fokus:

1. Tetapan Masa

Asingkan jumlah masa yang tertentu untuk anak berlatih fokus pada sesuatu tugasan yang spesifik. Anak kecil yang berusia lingkungan 4 hingga 5 tahun lazimnya boleh fokus di antara 5 hingga 20 minit bergantung kepada tugasan yang diberi.

Peruntukkan masa pendek untuk tugasan yang sukar dan mencabar, contohnya 10 minit. Kemudian, berikan masa yang lebih panjang, contohnya 15 ke 20 minit bagi tugasan yang menyeronokkan.

2. Satu Perkara Satu Masa

Lakukan satu perkara sahaja pada satu-satu masa. Pada anak yang masih kecil anda boleh cuba ajar menyebut nama abjad sambil melihat kepada abjad tersebut. Lakukan pada 2 atau 3 abjad sahaja suatu-suatu masa.

Pada anak yang lebih besar pula anda boleh cuba mengajak anak menghabiskan satu bahagian lagu dan minta dia nyanyikan semula.

Dipercayai multitasking boleh mengganggu tumpuan. Maka, digalakkan anak menyelesaikan satu-satu tugasan dahulu sebelum bergerak kepada tugasan yang seterusnya.

3. Tetapan Suasana Khas

Sediakan waktu membuat kerja sekolah dan tempat yang sesuai. Cuba biasakan anak membuat kerja rumah pada satu ruang yang telah ditetapkan. Matikan televisyen, telefon dan laptop sehingga kerja rumah selesai.

4. Masa Rehat

Masukkan waktu rehat (break) dalam jadual. Kanak-kanak perlu bergerak daripada sesuatu tempat, melakukan perkara yang berbeza dan yang tidak terlalu berat setelah meluangkan masa menyiapkan tugasan yang memerlukan tumpuan penuh.

Masa rehat ini sangat penting untuk anak kembalikan tenaga dan segarkan badan terutamanya selepas menyiapkan kerja sekolah. Anak boleh diberi snek ringan atau bermain sebentar.

5. Teknik Pernafasan

Anak digalakkan mengamalkan pernafasan dari perut. Pernafasan yang perlahan boleh menenangkan minda dan memudahkan fokus.

Kemahiran ini amat penting untuk anak kuasai bila mana mereka terpaksa berdepan dengan tugasan yang mencabar yang mencemaskan dan mencepatkan denyutan jantung. Rasa cemas boleh mengganggu fokus, jadi ajari anak cara untuk bertenang dan kembali fokus.

6. Pecahan Tugas

Pecahkan tugasan besar kepada lebih kecil dan mudah diuruskan. Untuk anak selesaikan sesuatu tugasan yang sukar dan mencabar, ajarkan mereka satu persatu, langkah demi langkah.

Bila anak berjaya buat langkah pertama, boleh bergerak ke langkah seterusnya hingga dia mampu lakukannya sendiri. Atau boleh juga gunakan kaedah timer, iaitu menetapkan masa untuk anak siapkan sesuatu tugasan.

Contoh: Beri anak sebuah buku tentang beruang. Katakan padanya, tuliskan apa sahaja tentang beruang dalam masa 10 minit.

7. Latihan

Berlatih memerhati dan menghayati momen di sekeliling anak. Kita mahu anak belajar sisihkan gangguan dan melatih keupayaan untuk fokus.

Sebagai contoh, arahkan anak namakan benda-benda berwarna merah yang ada dalam bilik, atau dengar lirik sesebuah lagu dan nyanyi semula atau ajar beberapa jenis gerakan badan dan apakah rasanya pada tubuh.

Sumber