Sebut sahaja mengenai bercuti di Korea, pasti ramai membayangkan destinasi percutian seperti kota Seoul atau Pulau Jeju yang penuh dengan keindahan. Namun, mungkin ramai yang belum tahu Korea Selatan juga memiliki sebuah bandar yang pada kami sebuah hidden gem di dalam negara tersebut. Destinasi yang saya maksudkan adalah bandar Busan.

Tidak seperti ‘namanya’, Busan yang terletak di bahagian pantai ini nampaknya berjaya menawarkan pelbagai aktiviti baik dari segi golongan kanak-kanak sehinggalah kepada warga emas. Buat anda yang gemar shopping serta tidak mahu bersesak seperti mana kota Seoul atau mahu menikmati keindahan pantai di Korea, Busan adalah tempatnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kami yakin, pasti yang ingin tahu ada apa dengan Busan yang membuatkan bandar ini semakin menerima pertambahan pelancong setiap tahun. Berikut kami kongsikan kepada anda tujuh tempat menarik yang membuatkan anda pasti tidak akan bosan dengan Busan.

1. National Fisheries Science Museum

Busan Fish Museum

Di Busan terletaknya sebuah muzium yang menempatkan segala hidupan laut sama ada yang masih hidup mahupun yang diawet di bawah satu bumbung. Untuk pengetahuan, pembukaan muzium ini merupakan salah satu cara apresiasi penduduk Busan terhadap para nelayan serta kekayaan kehidupan laut di tempat mereka.

Memasuki sahaja muzium yang terdiri daripada empat tingkat ini, anda berpeluang melihat pelbagai kehidupan laut beserta sejarah yang tersendiri. Selain itu, para pengunjung turut berpeluang melihat bagaimana sebuah muzium hidupan laut ini dibawakan dengan gaya yang lebih interaktif buat para pengunjung.

Sekiranya anda merupakan seseorang yang meminati sejarah berkaitan hidupan laut National Fisheries Science Museum antara destinasi yang perlu dituju.

2. Masjid Busan Al-Fatah

thumb_IMG_0001_1024

Mungkin ramai yang tidak tahu, di Busan terletak sebuah masjid yang menjadi himpunan komuniti Muslim di bandar ini. Menjadi satu-satunya masjid di bandar ini sekaligus berjaya merapatkan lagi ukhuwah penduduk Muslim di Busan. Lokasi masjid ini juga terletak tidak jauh daripada National Fisheries Science Museum dimana anda boleh melawatinya kedua-duanya dalam satu hari.

Berdasarkan apa yang dimaklumkan, komuniti Muslim di Busan cuma mewakili sebanyak 2%. Walaubagaimanapun, masjid Busan Al-Fatah tidak lekang daripada penduduk Muslim setempat serta mereka turut menjalankan kuliah serta pengajian Al-Quran secara aktif di masjid ini.

3. Busan Night Market

thumb_IMG_0006_1024

Sekiranya anda merupakan peminat street food Korea inilah tempatnya. Bayangkan dengan laluan jalan sepanjang beberapa kilometer ini, anda bakal disajikan dengan pelbagai makanan yang bakal membuatkan anda rambang mata.

Selain itu, Busan Night Market juga turut popular dengan penawaran cenderamata serta pelbagai lagi barangan lain melibatkan rangkaian kedai kosmetik, pakaian dan sebagainya. Dalam erti kata lain, memang tak puas rasanya ke Busan Night Market sekiranya anda merupakan kaki shoppingBuat anda yang kerap menonton rancangan makanan street food Korea, inilah masanya untuk anda mencubanya.

4. Jagalchi market

thumb_IMG_0005_1024Sebuah lagi tempat yang ikonik buat penduduk Busan sudah semestinya Jagalchi market. Pasar basah ini berjaya menempatkan hidupan laut yang segar setiap hari dimana para pengunjung mendapatkannya serta membawanya ke restoran berdekatan untuk dimasak.

Buat anda yang pertama kali ke sini, jangan terkejut jika anda bakal lihat hidupan laut seperti ikan, udang dan sotong yang lebih besar saiznya yang ditawarkan dengan harga berpatutan. Pada kami, Jagalchi market merupakan antara tempat yang berbaloi untuk dilawati di Busan dalam memperlihatkan suasana penjualan di bandar ini.

5. Busan Gamcheon Village

49005458_10156805636281171_5578330852921704448_o

48319136_10156805636181171_6767551123306840064_o

Kata orang tidak sah kalau ke Busan namun tidak singgah ke Busan Gamcheon Village. Lokasinya yang sudah menjadi trademark buat Busan dengan susunan rumah berwarna warni pastinya tidak lekang dengan orang ramai mengambil gambar.

Selain daripada susunan rumah yang berwarna-warni, Busan Gamcheon Village turut menawarkan pengalaman menarik sambil berpeluang mendapatkan cenderahati dengan kedai berkonsepkan klasik Korea.

Buat kaki Instagram diluar sana, anda diwajibkan untuk kesini bagi mendapatkan gambar dengan latar belakang yang menarik.

6. Songdo Marine cable car

48314820_10156805636236171_5897825301043347456_o

Sebuah lagi lokasi buat kaki Instagram sudah pastinya Songdo Marine cable car. Mula diperkenalkan sejak beberapa tahun sebelum ini, penawaran kereta kabel ini berjaya memberikan anda melihat keindahan pemandangan sekitar Busan dengan lebih luas.

48357549_10156805637336171_87799761574297600_o

Untuk pengetahuan, harga bagi seorang dewasa untuk menikmati keindahan Busan dengan menaiki dewasa adalah sekitar 17,000 Won (~RM62). Adakah berbaloi? Pada kami ia sangat berbaloi dengan melihat pemandangan pemandangan bandar Busan yang memukau terus daripada kereta kabel.

Terdapat juga altenatif buat para pengunjung dimana anda berpeluang mendaki tangga yang tersedia untuk sampai ke puncak Songdo.

Selain itu, pemandangan dari puncak bukit Songdo juga tidak kurang hebatnya. Anda juga berpeluang menikmati teh serta melihat pemandangan sekitar yang turut diterima dengan angin bayu yang membuatkan anda tidak akan terus selesa untuk bersiar-siar.

7. Shinsegae Centum City

thumb_IMG_0018_1024

Buat para wanita atau kaki shopping yang mahu mendapatkan seleksi kosmetik atau pelbagai lagi barangan berjenama inilah tempatnya. Mana tidaknya, dengan gelaran World’s Largest Department Store yang dipegang sejak 2009, pasaraya ini berjaya menawarkan segala yang diperlukan bermula daripada barangan makanan sehinggalah kepada barangan berjenama yang tidak ditawarkan di tempat lain.

Selain itu, Shinsegae Centum City turut menawarkan spa mewah khusus buat anda yang ingin memanjakan diri. Dengan penyertaaan bangunan lima tingkat dengan bilik sauna yang pelbagai, kami yakin anda pastinya akan berpuas hati dengan servis lima bintang yang ditawarkan.

48373356_10156805637291171_5502253315523608576_o (1)

Pada kami, Busan sememangnya destinasi yang tidak akan membuatkan para pengunjung bosan. Meskipun kurang popular berbanding Pulau Jeju dan Seoul, Busan berjaya menyertakan segalanya di dalam sebuah bandar.

Lebih menarik, anda berpeluang menikmati keindahan Busan tanpa perlu bersesak dengan orang ramai memandangkan bandar memiliki populasi penduduk serta pengunjung yang sedikit rendah berbanding Seoul.

Buat anda yang bercita-cita untuk ke Busan, terdapat beberapa penerbangan yang menawarkan laluan secara terus daripada Kuala Lumpur. Pilihan kami sudah pastinya AirAsia dimana anda berpeluang terbaik dari KLIA2 terus ke Gimhae International Airport.

AirAsia-X-1200×726

Difahamkan AirAsia kini semakin rancak dalam menawarkan penerbangan ke Korea. Pastinya peluang untuk anda mendapatkan tiket penerbangan dengan harga rendah lebih banyak ditawarkan melalui promosi 1.9 juta tempat duduk percuma yang ditawarkan. Apa tunggu lagi? Mungkin inilah masanya untuk anda menikmati Bandar Busan yang tidak bosan untuk dilawati.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.