Tahun 2015 menunjukkan peningkatan memberangsangkan dari segi minat rakyat Malaysia untuk travel sama ada di dalam negara mahupun ke luar negara.

Travel kini menjadi trend di kalangan anak muda di negara ini dan dilihat sebagai satu perkembangan yang positif terutama dalam melahirkan jenerasi yang lebih bersedia menerima cabaran.

Booking.com, laman web yang menyediakan perkhidmatan hotel atas talian mendedahkan 7 destinasi di sekitar Asean yang menjadi pilihan utama di kalangan rakyat Malaysia untuk travel:

1. Bangkok

destinasi-pilihan-rakyat-malaysia-1

Kadar tukaran wang yang lebih rendah bagi Thai Bath menjadikan Bangkok destinasi popular bagi rakyat Malaysia. Ditambah dengan pilihan makanan halal yang mudah didapati di negara ini serta lokasi lawatan yang menarik menjadikan ia satu destinasi yang seronok untuk dikunjungi.

Baca: Travel 6 Hari Di Pulau Pinang Dan Bangkok Dengan Bajet RM500

2. Singapura

universal-studio

Tarikan utama di Singapura adalah Universal Studio. Ditambah dengan lokasinya yang hanya diseberang tambak Johor menjadikan Singapura negara yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia.

Baca: 11 Makanan Unik Mesti Dicuba Di Singapura

3. Bali

bali

Pulau eksotik yang kaya dengan budaya ini menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti. Tukaran matawang yang lebih rendah di negara jiran ini juga menjadi antara faktor mengapa ramai memilih untuk berkunjung ke sini.

Baca: 16 Hotel Murah Lengkap Dengan Kolam Renang Dalam Bilik Di Bali. Yang Nak Honeymoon Pasti Suka!

4. Phuket

phuket

Pulau yang terletak di Laut Andaman ini menjadi pilihan ramai kerana keindahan alam semulajadinya – air yang jernih, pantai yang indah, pulau-pulau kecil untuk diterokai dan taman negara.

5. Krabi

krabi

Terletak di selatan Thailand, Krabi merupakan pusat peranginan yang terletak di perairan Laut Andaman. Antara tarikan utama di sini adalah Tiger Cave Temple dan Phi Phi Island.

Baca: 10 Aktiviti Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Sewaktu Di Krabi, Thailand

6. Lombok

lombok

Tarikan utama di sini adalah Gunung Rinjani, Pink beach (pantai dengan pasir berwarna merah jambu) dan Gili Trawangan. Alam semulajadi yang menarik dan tukaran matawang yang lebih rendah menjadikan Lombok semakin popular di kalangan rakyat Malaysia.

Baca: Meski Tanpa Apa-Apa Latihan, Lelaki Ini Tak Menyangka Beliau Berjaya Tawan Gunung Rinjani

7. Boracay Island

parau-sunset-sailing-boracay-island-6

Pulau yang terletak di Filipina ini dipilih sebagai pantai percutian paling digemari oleh rakyat Malaysia sewaktu Matta Fair pada bulan Mach 2015. Air yang jernih serta pantai dengan pasir yang putih menjadi antara faktor yang menarik para pengunjung untuk ke sini.

Baca: 15 Aktiviti Menarik Yang Mesti Anda Lakukan Jika Bercuti Ke Pulau Boracay, Filipina

Kehadiran syarikat penerbangan tambang murah seperti Air Asia merupakan antara faktor yang mendorong lebih ramai rakyat Malaysia keluar mengembara dengan cara bajet.

Bagaimana pula pada tahun 2016 nanti? Adakah industri travel akan terus berkembang atau sebaliknya? Sama-sama kita nantikan.

Baca lagi: 8 Sebab Kenapa George Town, Pulau Pinang Bandar Tempatan Paling Best

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group