Walaupun pandemik COVID-19 telah melanda seluruh dunia dan menggugat pelbagai industri dan sektor ekonomi, industri hiburan Korea nampaknya seakan tidak terjejas dengan krisis dunia ini. Tahun ini, gelombang hallyu atau K-wave boleh dikatakan telah mendominasi kesemua aspek hiburan di seluruh dunia.

Dimulakan dengan filem Parasite arahan Bong Joon-ho yang berjaya merangkul bukan satu, tetapi empat anugerah Oscars, gelombang hallyu diteruskan apabila kumpulan K-Pop BTS berjaya mencipta sejarah apabila mereka menjadi kumpulan K-Pop pertama yang menjuarai senarai Billboard Hot 100.

Tidak cukup dengan itu, pada tahun ini, kita juga dapat lihat peningkatan dalam penghasilan drama Korea yang berkualiti meskipun kita masih memerangi pandemik COVID-19. Menurut laporan yang dibuat oleh Netflix, terdapat sebanyak 150 peratus peningkatan dalam purata tontonan drama Korea yang direkodkan di seluruh Asia.

Angka tersebut direkodkan menaik pada bulan Mac, iaitu ketika hampir seluruh warga dunia berada dalam fasa kuarantin. Menurut laporan dari Netflix juga, platform penstriman tersebut turut merekodkan kadar kenaikan sebanyak empat kali ganda pada tahun ini berbanding tahun lalu untuk tontonan drama Korea di seluruh Asia.

Drama Korea memang sudah lama mendapat tempat dihati penonton oleh kerana kualiti yang ditonjolkan. Walaupun tajuk-tajuk drama tersebut kadang-kala agak pelik atau cliche, contohnya seperti Be Melodramatic, atau Itaewon Class, plot serta jalan cerita yang terdapat di dalam drama-drama tersebut selalunya boleh membuatkan penonton menjadi hooked dengan drama yang ditonton.

Melihat kepada peningkatan tontonan drama Korea di platform penstriman Netflix, hari ini kami akan senaraikan beberapa drama Korea yang popular sepanjang tahun ini. Bagi anda yang belum menonton, boleh lah pilih mana-mana drama pilihan kami dan kongsikan pandangan anda tentang drama tersebut!

1. It’s Okay Not To Be Okay

Drama ini dibintangi pelakon hebat seperti Kim Soo-hyun, Seo Ye-ji dan Oh Jung-se. Berdasarkan laporan daripada Netflix, drama ini paling popular di Taiwan dan tersenarai dalam top 10 selama 100 hari di Malaysia, Singapura, Thailand dan juga Filipina.

Berkisarkan tentang kisah cinta diantara Moon Gang-tae yang mempunyai sejarah yang menyakitkan dan juga Ko Mun-young, seorang penulis buku kanak-kanak yang menghidap sindrom anti-sosial. Dalam drama ini, stail fesyen Mun-young merupakan diantara wow factor buat drama ini sehinggakan stailnya menjadi ikutan para penonton.

2.  The King: Eternal Monarch

Drama ini merupakan diantara drama yang dinantikan peminat drama Korea, terutamanya peminat pelakon tampan, Lee Min-ho kerana ini merupakan penampilan semula pelakon tersebut setelah beliau tamat perkhidmatan ketenteraan pada tahun lalu. Drama ini direkodkan paling popular di Malaysia, India, Filipina dan juga Singapura.

Mengisahkan tentang Lee Gon, seorang raja yang memerintah Kerajaan Corea yang pada suatu hari melintas sebuah garisan yang membawanya ke dimensi yang lain. Di sana, beliau bertemu dngan Jeong Tae-eul yang dilakonkan oleh Kim Go-eun, seorang detektif. Kalau anda minat dengan drama tentang parallel universe anda patut tonton drama ini!

3. Start-Up

Drama yang baru sahaja tamat pada minggu lalu ini memang telah memberikan impak yang besar kepada para penonton sehinggakan para penonton pernah menularkan tanda pagar #TeamDosan dan #TeamJipeyong bagi menunjukkan sokongan mereka kepada kedua-dua watak lelaki dalam drama tersebut. Macam zaman Twilight pula, kan? Drama ini direkodkan paling popular di Indonesia.

Mengisahkan tentang usahawan muda yang ingin berjaya dalam dunia bisnes dan cinta tiga segi diantara Seo Dal-mi, Nam Do-san dan Han Ji-pyeong.

4. Hi Bye, Mama!

Drama ini pernah sempat tular di Twitter kerana jalan ceritanya yang sedih. Khabarnya, tak sah kalau tidak nangis pada setiap episod. Mengisahkan tentang Cha Yu-ri yang telah meninggal dan menjadi hantu selama lima tahun. Yu-ri diberi peluang untuk kembali ke dunia untuk bersama suami dan anaknya dalam tempoh 49 hari.

5. Kingdom 2

Drama ini merupakan sekuel kepada siri Kingdom yang pertama. Berdasarkan laporan dari Netflix, drama ini paling popular di Korea Selatan, Hong Kong dan juga Thailand.

Berpusat di Jepun, drama ini masih lagi berlatarkan dinasti Joseon. Menceritakan kesinambungan kisah Putera Mahkota Lee Chang yang ingin menyelamatkan rakyatnya dari virus aneh yang telah menimpa kerajaanya pada ketika itu.

6. Record of Youth

Drama ini juga sempat tular di platform media sosial Twitter oleh kerana klip pendek yang memaparkan Park Seo-joon. Berkisahkan tentang jalan cerita tiga individu bernama Sa Hye-joon yang dilakonkan oleh Park Bo-gum, Won Hae-hyo yang dilakonkan oleh Byeon Woo-seok dan An Jung-ha yang dilakonkan oleh Park So-dam yang bercita-cita untuk berjaya dalam industri yang mereka ceburi.

7. The World of The Married

Drama ini mendapat sambutan hangat di media sosial ekoran plot dan jalan ceritanya yang menarik dan boleh menaikkan kemarahan. Padat dengan drama dan plot-plot yang boleh buat penonton marah, siri Netflix ini berkisarkan tentang Ji Sun-woo, seorang wanita bekerjaya yang dari mata orang luar, mempunyai kehidupan yang sempurna. Akan tetapi, semua menjadi kacau bilau apabila beliau mendapati bahawa suaminya curang.

Melihat kepada drama-drama Korea yang bakal ditayangkan pada bulan Disember 2020 hingga Januari tahun hadapan, mungkinkah jumlah tontonan drama Korea di Asia akan meningkat naik lagi?

Khabarnya siri Alice in Borderland telah trending di Netflix. Klik pada pautan di bawah untuk membaca!

Alice In Borderland, Siri Thriller Hebat Yang Sedang ‘Trending’ Di Netflix

‘Trending’ Di Netflix, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Patut Tonton Filem The Call

Ulasan The Platform, Filem ‘Mind Blown’ Netflix Yang Trending Nombor Satu Di Malaysia

Sumber