Walaupun 7-Eleven sebuah jenama yang berasal daripada Amerika Syarikat, tetapi ianya kini dimiliki oleh syarikat Jepun, Seven-Eleven Japan Co., Ltd. Rangkaian kedai serbaneka ini terkenal di serata dunia kerana menjual pelbagai keperluan harian dan dibuka selama 24 jam.

Bagi pengembara Drew Binsky, beliau sangat teruja dengan apa yang terdapat di 7-Eleven di Jepun dan di sana, 7-Eleven boleh dijumpai di merata tempat dan kadang-kala ada di setiap penjuru jalan. Bagi Drew, 7-Eleven di Jepun umpama Walmart pada skala kecil. Apa yang anda mahu, ada di 7-Eleven Jepun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam video di atas, Drew juga sangat suka dengan makanan yang ada di rangkaian 7-Eleven. Buat anda yang selalu ke negara Jepun, makanan apa yang anda paling suka di 7-Eleven? Adakah anda sama seperti Drew apabila melangkah buat pertama kali ke cawangan 7-Eleven di Jepun?