7-Eleven Jepun baharu sahaja melancarkan sebuah aplikasi transaksi online baharu minggu lepas yang dikenali sebgai 7Pay. Pengguna boleh membuat pembayaran hanya dengan scan barcode dan jumlah pembayaran akan terus ditolak daripada akaun pemilik.

Namun nampaknya pengenalan sistem baharu tersebut tidak berjalan dengan lancar apabila syarikat kedai sebaneka itu menerima aduan daripada pelanggan mengenai potongan jumlah yang tidak sepatutnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

7pay

Setakat ini hasil laporan mendapati jumlah kerugian yang ditanggung oleh hampir 900 orang pelanggan terlibat ialah ¥55,000,000 (~RM2,102,870). Laporan media tempatan memberitahu penggodam akan menggunakan maklumat peribadi pelanggan seperti email, nombor telefon dan tarikh lahir untuk mendapatkan akses reset password yang akan diterima di alamat email yang tidak dikenalpasti.

7-Eleven Jepun kemudian terpaksa mengumumkan pemberhentian pendaftaran pengguna baharu bagi mengelakkan lebih banyak masalah berlaku. Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun juga menasihati syarikat tersebut agar menyemak semula dasar keselamatan aplikasi tersebut.

Hal ini disebabkan oleh tarikh lahir pengguna akan ditetapkan sebagai 1 Januari 2019 sekiranya pengguna tidak mengisi maklumat tersebut. Ini memudahkan lagi serangan hacker pada akaun pengguna.

Sumber