Kaji selidik yang dilakukan oleh pelanggan membawa kepada penemuan yang mengejutkan orang ramai di Jepun.

Kedai serbaneka Jepun, atau ‘konbini’ telah mendapat reputasi yang baik dari kalangan masyarakat tempatan dan luar negara untuk kepelbagaian makanan yang lazat – ia meliputi pelbagai juadah dari pencuci mulut sehinggalah makanan utama seperti bento.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bento yang dibuat sebelum ini adalah pre-made di mana pelanggan akan memanaskan makanan tersebut sebelum menghidangkannya.

Menurut laporan media, disebabkan juadahnya mudah ia telah menjadi pilihan ramai orang tetapi sangkaan mereka mula berubah apabila penemuan terbaharu menunjukkan bahawa bento tersebut menggunakan ‘telur palsu’.

Melalui satu ciapan oleh @coco_tsw yang diterjemahkan kepada bahasa melayu menyatakan bahawa telur asli tidak akan cair jika dipanaskan.

“Telur yang anda makan bukanlah telur sebenar. Telur asli biasanya mengeras apabila dipanaskan, tetapi di konbini, telur tersebut mencair apabila dipanaskan.

“Kenapa anda mahu meletakkan sesuatu seperti ini di dalam mulut anda apabila anda tidak tahu bagaimana ia dibuat?”

Beliau turut kepilkan beberapa keping gambar bagi menunjukkan perbezaan di antara telur asli dan ‘telur palsu’.

Gambar tersebut juga menunjukkan bagaimana seharusnya telur asli akan memberi reaksi apabila dipanaskan berbanding ‘telur palsu’.

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat Kewpie – syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan ‘telur palsu’ ini. Mereka mempunyai sebab mengapa mereka tidak menggunakan telur asli dalam juadah bento mereka.

Telur yang digunakan di dalam ‘konbini’ sebenarnya dipanggil ‘snowman kimipuchi’ – salah satu telur organik.

Kewpie berkata untuk menghasilkan ‘telur palsu’, mereka telah mengambil masa hampir sepuluh tahun untuk menciptanya. Ia direka bagi pelanggan yang ingin menambah telur mentah ke dalam juadah mereka tetapi dihalang disebabkan faktor kesihatan.

Ramuan yang digunakan juga hadir daripada beberapa campuran barang makanan seperti dextrin, sirap glukosa, minyak sayuran, gelatin, garam, agar, protein putih telur, trehalose, polisakarida, perasa (amino asid), agen penyesuaian PH dan pewarna.

Biarpun telur yang digunakan adalah ciptaan manusia daripada ramuan-ramuan asli. Tetapi ia telah mencetuskan fenomena kepada pengguna agar semak dahulu sebelum membelinya.

Sebelum ini, 7-Eleven Jepun telah menghentikan transaksi atas talian. Klik pautan di bawah untuk membaca.

7-Eleven Jepun Hentikan Perkhidmatan Transaksi Atas Talian Seminggu Selepas Pelancaran

7-Eleven Malaysia Sedia Dapatkan 46% Pegangan Saham Operasi Dego Ride

7-Eleven Malaysia Lancar Aiskrim Perisa Unik ‘Cili Dan Limau’

Sumber