Pastinya buat penggemar aiskrim dan mocha akan gembira dengan berita ini. 7-Eleven Malaysia kini tampil dengan aiskrim berperisa mocha yang pastinya akan memberikan anda rasa teruja.

Untuk pengetahuan anda, aiskrim tersebut telah dijual mulai 1 Mac 2019 di cawangan 7-Eleven. Harga bagi aiskrim ini hanya RM2.50 sahaja dan boleh dibeli di kedai 7-Eleven terpilih sahaja. Antara cawangan 7-Eleven terpilih adalah di KL Sentral, Berjaya Times Square, Bukit Bintang dan banyak lagi.

Bagi anda yang belum mencuba, inilah masanya untuk anda mencuba! Bagi yang sudah mencuba, apa pandangan anda mengenai kombinasi aiskrim dan mocha ini?

https://www.facebook.com/notes/7-eleven-malaysia/7-eleven-aiskleem-mmmmocha-participating-stores/2124401480930257/?fbclid=IwAR1UEOpmTF1vC-zJJhov4AzHhD94uIazlUeciKOxFgNIPz1_-65SW56gz6U