Kalau jenama lain hadir dengan perisa durian, teh ais dan matcha, 7-Eleven Malaysia tidak mahu ikut trend berkenaan kerana mereka baru sahaja melancarkan ‘Aiskleem’ perisa salted egg. Anda tidak salah baca, memang telur masin.

Salted Egg Aiskrim

https://www.instagram.com/p/BzdNayNH9Wb/

7-Eleven dalam kenyataannya memberitahu rasa aiskrim ini adalah ‘berperisa dan pedas’. Unik bukan?

Ianya sudah berada di cawangan 7-Eleven terpilih seluruh Malaysia pada harga RM2.50. Untuk mengetahui sama ada 7-Eleven berhampiran anda ada membawa masuk aiskrim ini, anda boleh semak di sini. Tak sabar kami mahu cuba aiskrim pedas ini.