Sekiranya anda masih ingat, kecoh beberapa bulan terakhir ini apabila YB Syed Saddiq mengesahkan operasi Dego Ride serta beberapa servis teksi-motorsikal dibenarkan beoperasi semula. Kenyataan yang dibuat telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan netizen.

Terbaharu, dilaporkan 7-Eleven Malaysia bakal menyuntik dana sebanyak RM7.51 juta melibatkan 490,030 unit saham dengan harga RM15.33 seunit ke Myinteractive Sdn Bhd (MSB) selaku syarikat induk operasi Dego Ride. Setakat ini saham MSB dipegang oleh Nabil Fiesal sebanyak 95.23% dan 4.77% lagi dipegang oleh Qinetics Solutions Sdn Bhd.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
nabil
CEO Dego Ride, Nabil Fiesal. Sumber: Mstar

Untuk pengetahuan, MSB yang diketuai Nabil Fiesal berjaya mengumpul 1,500 penunggang motorsikal serta 60,000 pengguna sepanjang tiga bulan operasi sebelum dihalang operasi oleh kerajaan terdahulu.

Melalui suntikan dana yang dibuat, 7-Eleven Malaysia dan Dego Ride berpeluang bekerjasama dimana para pengguna mampu memesan barangan dan para rider boleh terus mendapatkannya di cawangan 7-Eleven yang berdekatan.

Pengesahan pihak kerajaan kini untuk membolehkan Dego Ride serta beberapa servis lain beroperasi semula bermula Januari 2020. Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana servis teksi-motorsikal bakal diterima di Malaysia apabila servis-servis ini ditawarkan secara meluas.

Kami kongsikan kepada lebih info mengenai servis Go-Jek dan Dego Ride yang bakal mula ditawarkan bermula Januari 2020 ini. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Malaysia Akan Melancarkan Go-Jek Dan Dego Ride Bermula Januari 2020

Dego Ride Kembali Beroperasi Dengan Penawaran Servis Secara Percuma