Seperti yang sedia maklum, minuman keras atau beralkohol tidak dibenarkan untuk umat Islam terutamanya di Malaysia. Baru-baru ini tular video dikongsikan oleh seorang pendakwah, Ustaz Syah di TikTok mengenai minuman jenama Nutri Malt keluaran Carlsberg Brewery Malaysia Bhd tidak halal.

Menurut video tersebut, Ustaz  Syah berada di sebuah kedai serbaneka, kemudian meminta orang ramai tidak membeli minuman berjenama Nutrimalt di seluruh francais kedai.

Baca Juga:

@ustaz_syah

Minum Yang Tidak Halal !!!

♬ Beat Automotivo Tan Tan Tan Viral – WZ Beat

Menurut sumber, 7-Eleven bertindak pantas memaklumkan kepada pelanggan tentang status minuman itu bahawa minuman Nutrimalt tidak mempunyai alkohol.

Dalam pada itu, 7-Eleven mengambil tindakan serta-merta dengan menghubungi pengeluar Nutrimalt untuk memberi pencerahan berhubung perkara ini setelah menerima aduan ia tidak halal.

“Pihak pengeluar telah memberikan respon secara rasmi dan menekankan bahawa produk ini tidak mengandungi alkohol dan kami berkongsikan maklumat ini kepada pihak umum dan juga pelanggan setia 7-Eleven,” maklum kenyataan itu hari ini.

Bukan itu sahaja, pihak 7-Eleven juga berkata, mereka tidak mengambil ringan tentang isu kelulusan sesuatu produk yang dijual di bawah rangkaian mereka.

Pihak 7-Eleven turut menyatakan akan berterusan dalam memastikan setiap kebimbangan para pelanggan didengari dan diuruskan dengan baik bagi mendapatkan perkhidmatan yang baik.