Seiring dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kedai serbaneka 24 jam popular iaitu 7-Eleven telah mengumumkan perubahan waktu operasi bermula jam 7 pagi hingga 11 malam bermula 21 Mac sehingga 31 Mac 2020.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Menerusi kenyataan yang dikongsikan 7-Eleven Malaysia menerusi Facebook, langkah yang dibuat ini bagi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat serta pekerja mereka daripada wabak COVID-19 terus menular.

0

Sumber: Linkedin

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Menurut 7-Eleven, di samping berdedikasi dalam memastikan keperluan orang ramai dipenuhi, kesihatan komuniti serta para pekerja pastinya menjadi keutamaan sekaligus mengehadkan waktu operasi daripada 7 pagi hingga 11 malam.

Buat orang ramai yang memerlukan keperluan harian, dinasihatkan untuk mendapatkan barangan lebih awal sewaktu waktu operasi memandangkan kedai serbaneka 24 jam ini juga turut mengehadkan waktu operasi.

Ketahui juga senarai makanan halal yang anda boleh cuba di 7-Eleven Thailand. Turut dikongsikan, barangan boleh didapatkan di 7-Eleven Taiwan.

Ini Senarai Makanan Halal Yang Anda Boleh Cuba Di 7-Eleven Thailand

Lihat Apa Yang Anda Boleh Beli Di 7-Eleven Taiwan