Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Ada Apa Dengan Cinta? Ada kisah cinta antara Rangga dan Cinta di dalam filem ini. Filem yang muncul pada tahun 2002 ini memang menjadi kegilaan remaja ketika itu. Termasuk saya. Kubahagia, antara lagu soundtrack filem ini, masih segar buat diri saya sampai ketika ini.

Cerita sekuelnya ini bersambung dari detik di mana Rangga pergi meninggalkan Cinta untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Rangga berjanji katanya dia akan pergi dalam tempoh yang sekejap tetapi penantian Cinta berlanjutan hingga 14 tahun. Jadi dalam tempoh itu, adakah Cinta sudah berpunya? Adakah Rangga sudah menjadi Rongga? Semuanya akan terjawab dalam Ada Apa Dengan Cinta 2.

aadc Dian Nico

Jadi sementara menunggu filem ini yang akan muncul di pawagam bulan April 2016 ini, apa kata kita layan dulu 7 fakta tentang filem sekuel AADC ini.

1. Filem AADC 2 Kembali Bersama Dian Sastro and The Genk dan Nicolas Saputra

aadc2

Siapa yang mengikuti filem ini, pasti kenal geng The Genk ini. Terdiri daripada Cinta, Maura, Karmen, Milly dan Alya (malangnya Alya, dilakonkan Ladya Cheryl tidak terlibat dalam filem ini) , lima gadis ini menempa nama mereka dalam industri filem Indonesia bermula dari filem AADC ini. Dan si hero tetap Nicholas Saputra sebagai Rangga.

2. Filem AADC 2 kembali Ditulis Oleh Mira Lesmana dan Diarah Oleh Riri Riza

aadc 2

Tidak ada AADC kalau bukan kerana gandingan mereka berdua ini. Menurut Mira, pada awalnya tiada perancangan untuk membuat sekuel filem AADC ini. Tetapi apabila para pelakon bertemu semula 14 tahun kemudian, keakraban antara mereka tetap utuh. Jadi dari situ Mira berpendapat inilah masanya untuk AADC 2 muncul untuk mengubati kerinduan peminat filem AADC.

3. Soundtrack Filem Kembali Dibuat Pasangan Melly Goeslow dan Anto Hoed

aadc 3

Sudah lama rasanya tidak mendengar karya hit terbaru dari Melly Goeslow. Semua lagu dalam filem AADC sedap-sedap belaka. Harap gandingan duo ini dapat menghasilkan runut bunyi yang setanding dengan runut bunyi AADC yang pertama.

4. Produksi Filem AADC 2 Bermula Oktober 2015.

aadc 4

AADC 2 mula dirakam di kawasan Kemang, Jakarta Selatan. Sudah tamat pengambaran dan sekarang filem ini dalam fasa untuk release sahaja.

5. Filem AADC 2 Dirakam di 3 Lokasi.

aadc 5

Menarik sekuel ini adalah kerana ianya dirakam di 3 tempat berbeza ; Jakarta Yogyakarta dan New York. Kota Yogyakarta dipilih kerana perkembangan budaya pop yang sedang meningkat di sana. Mira berpendapat kota New York dan Yogyakarta mempunyai suasana yang hampir sama dan dua kota ini bakal membuat penonton terpesona dan menjadi warna yang menarik di AADC 2.

6. Filem AADC 2 Menampilkan 4 Cameo Baru

aadc 6

AADC 2 akan menampilkan 4 watak baru. “Ada empat watak baru. Ario Bayu, Christian Sugiono, Sarita Thaib, Dimi Cindyastira,” kata Mira. Mira tidak membincangkan secara terperinci peranan 4 watak itu dan berkemungkinan akan ada beberapa orang pelakon lagi akan membuat penampilan khas.

7. Filem AADC 2 Masih Menampilkan Puisi-Puisi.

puisi rangga

Bagi pengemar puisi, Rangga dan Cinta akan menghadiahkan anda dengan puisi-puisi baru yang akan mewarnai lagi keindahan filem AADC 2 ini.

Jadi itulah saja 7 fakta tentang AADC 2. Jadi jika anda tidak sabar menunggu April, apa kata anda tonton kembali Ada Apa Dengan Cinta yang pertama dahulu. Sedikit sebanyak dapat refresh kembali jalan cerita filem ini. Dan boleh tonton trailer di bawah.