Dua hari lalu dunia dikejutkan dengan kematian bintang Black Panther, Chadwick Boseman pada usia 43 tahun. Lebih menyayat hati, orang ramai mulai mengetahui mengenai penyakit kanser usus yang dihidapi Chadwick Boseman sejak 2016 hanya selepas pemergian beliau.

Di sebalik kesulitan yang dihadapi, penyakit ini seolah tidak mematahkan semangat Chadwick Boseman untuk mencipta nama di pentas Hollywood sekaligus menghasilkan watak yang ikonik menerusi filem-filem lakonannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain filem Black Panther, Chadwick Boseman juga berjaya menempa nama menerusi beberapa filem lain. Berikut merupakan tujuh filem yang dilakonkan sejak mulai disahkan menghidap kanser usus peringkat ketiga pada tahun 2016.

1. Captain America: Civil War (2016)
captain-america-civil-war-chadwick-boseman
Sumber: Collider

Ramai yang menyangka King T’Challa mulai membuat penampilan pertama dalam filem pertama menerusi filem Black Panther. Namun tahukah anda penampilan pertama Chadwick Boseman dalam francais filem Marvel adalah melalui filem Captain Amerika: Civil War.

Kehadiran beliau pada filem ini adalah sebagai pengenalan beliau sebelum beliau membintangi filem Black Panther sebagai watak utama.

2. Marshall (2017)

marshall-movie-884b7ae25dc9fb48

Selain daripada membintangi filem keluaran Marvel, Chadwick Boseman turut tampil sebagai watak utama menerusi filem Marshall sebagai Thurgood Marshall, seorang peguam yang melawan kes melibatkan ketidakadilan melibatkan kaum berkulit hitam di Amerika Syarikat.

3. Black Panther (2018)

200828-black-panther-chadwick-boseman-2018-ac-1028p_1eb7edf6a10c46ec3720bcfa25bc8899.fit-2000w

Sebut mengenai Chadwick Boseman pastinya orang ramai akan ingat dengan lakonannya menerusi filem Black Panther yang sekaligus menjadi filem paling ikonik beliau sepanjang karier.

Meskipun watak Black Panther kurang dikenali pada awalnya berbanding watak-watak seperti Captain America dan Iron Man, pembawakan watak Black Panther oleh Chadwick Boseman sekaligus berjaya membuatkan Black Panther menjadi antara filem kutipan tertinggi dalam francais Marvel.

4. Avengers: Infinity War
tmp_U6LBq8_81d39e532bcc3f1b_InfinityWar5aa86b67caefb
Sumber: Heroic Hollywood

Beberapa bulan selepas Black Panther ditayangkan, Marvel pada tahun yang sama turut menayangkan filem Avengers: Infinity War yang sekaligus menampilkan Black Panther bersama warga Wakanda.

Chadwick Boseman sekali menampilkan lakonan yang ikonik pada filem ini bersama para Avengers yang lain melawan Thanos yang berakhir dengan kemanangan buat Thanos.

5. Avengers: Endgame (2019)

Screen Shot 2020-08-31 at 1.42.46 PM

Sekiranya anda menonton filem Avengers: Endgame pastinya anda cukup tahu betapa epiknya filem ini. Kematian Chadwick Boseman tempoh hari sekaligus membuatkan para peminat membayangkan babak akhir Avengers: Endgame sekaligus menimbulkan tanda tanya mengenai filem sekuel Black Panther 2 yang dijangka bakal ditayangkan pada tahun 2022.

6. 21 Bridges (2019)

image

Berakhirnya siri Avengers buat seketika waktu, Chadwick Boseman sekali lagi dipilih oleh penerbit Avengers: Endgame iaitu Anthony Russo dan Joe Russo bagi membintangi filem 21 Bridges sebagai watak utama.

Melalui filem ini, Chadwick Boseman tampil sebagai detektif New York Police Department (NYPD) bersama Taylor Kitsch dalam usaha untuk menyingkap kes pembunuhan penjenayah berprofil tinggi.

7. Da 5 Bloods (2020)

Da-5-Bloods-Review-Spike-Lee-Chadwick-Boseman

Baru sahaja ditayang di Netflix pada Jun lalu, tidak ada sesiapa yang menyangka filem bakal menjadi filem terakhir beliau sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Filem Da 5 Bloods arahan pengarah terkenal, Spike Lee mengisahkan tentang empat warga African-American yang terpaksa berpatah balik ke Vietnam dalam usaha untuk mencari squad leader mereka iaitu Stormin. Filem ini kini sedia ditonton di Netflix dan kembali mendapat tontonan yang tinggi selepas pemergian Chadwick Boseman.

image (1)

Siapa sangka sepanjang 4 tahun melawan kanser, beliau mampu memberi sepenuh komitmen serta lakonan yang epik buat setiap filem yang dilakonkan beliau.

Sehubungan dengan pemergian beliau, terdapat para peminat yang mencadangkan agar pihak pawagam menayangkan semula filem lakonan beliau dimana hasil kutipan sedikit sebanyak dapat disumbangkan kepada yayasan kanser Chadwick Boseman.

Pemergian Chadwick Boseman telah ditangisi para selebriti serta para peminat. Ikuti lebih lanjut ucapan terakhir para Avengers buat bintang Black Panther ini.

‘Selamat Berehat King’, Para Avengers Kongsikan Ucapan Terakhir Buat Bintang Black Panther

Pernah Diejek Kurus, Kematian Chadwick Boseman Adalah Pengajaran Buat Netizen

Sumber