Laksa merupakan antara hidangan yang sering disajikan semasa rumah terbuka hari raya. Terdapat pelbagai jenis laksa di Malaysia. Bezanya mi laksa yang digunakan, dan bahan yang dimasukkan dalam kuah yang kebanyakannya berasaskan ikan. Ulam-ulaman seperti timun, bawang besar dan limau kasturi digunakan dalam hampir semua jenis laksa, selain ulam-ulaman tambahan.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

1. Laksa Johor

Sumber: azlitamasammanis.com

Sumber: azlitamasammanis.com

Istimewanya laksa Johor, terletak pada mi laksa yang digunakan iaitu spaghetti. Kuah laksanya pula pekat, berempah dan beraroma. Kuah laksa Johor asli mengandungi kerisik, ikan parang, udang segar, udang kering dan ikan kurau kering.

Ulaman seperti tauge, kacang panjang dan timun digunakan disertai sambal belacan. Laksa Johor antara hidangan yang sering jadi pilihan sewaktu perayaan.

Resipi laksa Johor di blog Mat Gebu: tiffinbiru.com

2. Asam Laksa (Laksa Penang)

Sumber: Malaysia.com

Sumber: Malaysia.com

Asam laksa atau lebih dikenali sebagai laksa Penang amat popular bukan sahaja di Pulau Pinang bahkan serata Malaysia. Menggunakan mi laksa beras halus yang direbus dan dimakan bersama kuah yang pedas, masam dan cair.

Ikan yang sering digunakan dalam asam laksa adalah ikan sardin atau ikan selayang. Ulam-ulamannya pula terdiri daripada nenas, daun pudina, hirisan bawang besar dan limau kasturi. Mudah disediakan dan sering dijadikan hidangan rumah terbuka di sebelah utara.

Resipi asam laksa di blog Masam Manis: azlitamasammanis.com

3. Laksa Sarawak

Sumber: resepibonda.com

Sumber: resepibonda.com

Laksa Sarawak nyata berbeza berbanding laksa di negeri lain. Kuahnya tidak menggunakan ikan dan mi laksanya pula menggunakan bihun. Kekuatan laksa Sarawak adalah pada kuahnya yang berempah dan bahan hiasan yang digunakan.

Kuah laksa Sarawak menggunakan air rebusan ayam dan udang segar. Pes laksa Sarawak boleh disediakan sendiri atau dibeli yang telah siap dipek seperti pes perencah Hj Manan.

Resipi laksa Sarawak di blog Dapurku Sayang: dayangjack.blogspot.my

4. Laksa Kelantan

Sumber: forum.lowyat.net

Sumber: forum.lowyat.net

Mi laksa yang digunakan sama seperti asam laksa. Manakala kuah ikannya ditambah santan pekat. Jadi kuah laksa Kelantan kurang pedas dan berasa lemak manis. Kuahnya juga disediakan pekat atau sedikit cair. Disertai dengan ulaman dan sambal.

Resipi Laksa Kelantan di blog Azie Kitchen: aziejaya.blogspot.my

5. Laksam

Sumber: ciksuhaini.blogspot.com

Sumber: ciksuhaini.blogspot.com

Mi laksa untuk laksam ini unik sedikit. Mi yang digunakan diperbuat daripada adunan tepung yang dikukus lalu dipotong. Kuah, ulaman dan sambal yang digunakan sama seperti laksa Kelantan.

Resipi Laksam di blog Azie Kitchen: aziejaya.blogspot.my

6. Laksa Terengganu

Sumber: virtualmalaysia.com

Sumber: virtualmalaysia.com

Mi laksa yang digunakan sama ada jenis tepung beras atau mi lidi. Kuahnya pula berwarna putih disebabkan penggunaan santan. Jika inginkan rasa lebih pedas, boleh masukkan cili kisar (laksa Terengganu kuah merah). Ulaman dan sambal belacan turut digunakan untuk melengkapkan hidangan.

Resipi Laksa Terengganu di laman web Melawat Terengganu: visit-terengganu.net

7. Laksa Kuala Kedah (Teluk Kechai)

Sumber: hungrygowhere.my

Sumber: hungrygowhere.my

Laksa Kuala Kedah hampir sama dengan laksa Penang, tetapi kuahnya lebih cair. Istimewanya laksa ini disertai sambal kelapa iaitu kelapa parut yang digaul dengan cili dan kunyit. Jadi rasa laksa ni lemak manis dan pedas.

Ia boleh dimakan bersama telur rebus jika anda suka. Untuk menikmati hidangan laksa ini, boleh ke kedai Zakaria Laksa Teluk Kechai yang terletak di Kuala Kedah.

Artikel di atas disumbangkan oleh Hifzaila Hafni. Penulis. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group