Aplikasi TikTok merupakan aplikasi yang sering digunakan terutama sekali para generasi milenial. Terkenal dengan pelbagai challenge yang trending, tentunya artis K-pop tidak mahu melepaskan peluang untuk mempromosikan lagu mereka menerusi challenges ini!

Hari ini kami ingin senaraikan 7 challenges K-pop yang berjaya mendapat sambutan hangat di TikTok!

1. #AnysongChallenge (Zico)

Siapa yang masih ingat dengan challenge ini? Lagu dari Zico ini dikeluarkan pada 13 Januari 2020. Menerusi lagu ini, terdapat tarian yang menjadi fenomena pada awal tahun 2020.

Mulanya dengan video Zico dan Hwasa yang menari dengan lagu ini dan tular di media sosial, Zico kemudiannya memulakan trend #AnysongChallenge dengan menjemput beberapa artis K-pop popular seperti Jessi, dan Chung-ha.

2. #Wannabeitz (ITZY)

Tarian ini juga dikenali sebagai Ryujin’s Shoulder Dance dan merupakan bahagian yang cukup ikonik pada tarian untuk lagu ITZY yang bertajuk ‘Wannabe’. Tarian yang menarik perhatian peminat itu kemudiannya tular dan menjadi ikutan di TikTok dengan video-video peminat dan bukan peminat yang ingin mencuba tarian ikonik tersebut.

3. #Summerhate (Zico)

Baru sahaja reda dari trend  #AnysongChallenge, Zico kembali lagi dengan lagu baru yang berjudul ‘Summer Hate’ dan seperti yang dijangkakan, lagu tersebut juga tular dan menjadi trend di TikTok apabila Zico memuat naik videonya bersama Rain, bintang K-pop yang cukup dikenali yang menari mengikuti koreografi lagu tersebut.

4. #CNSchallenge (J-Hope BTS)

Apa sahaja yang tak akan tular kalau dengan kumpulan yang cukup dikenali ini kan? J-Hope dari kumpulan BTS telah berkolaborasi bersama artis pop dari Amerika dengan sebuah lagu berjudul ‘Chicken Noodle Soup’ dan pastinya lagu mendapat perhatian orang ramai sehinggakan #CNSchallenge sempat trending di TikTok.

5. #KangDaniel2U (Kang Daniel)

Artis K-pop Kang Daniel kembalik lagi dengan lagunya yang berjudul ‘2U’ dan lagu tersebut mendapat sambutan hangat di TikTok! Antara idol yang mengikuti trend  tersebut adalah Bae Jin-young dan BX.

6. #Nununanachallenge (Jessi)

Bagi peminat K-Hip Hop, pasti nama Jessi sudah tidak asing lagi bagi anda! Lagu terbaharu dari artis ini mendapat sambutan hangat di TikTok kerana koreografi tariannya yang menarik dan lagunya yang catchy. Menerusi trend ini, Jessi telah menjemput beberapa artis K-pop terkenal untuk turut sama mengikuti #Nununanachallenge.

Antara artis K-pop yang mengikuti trend ini adalah HyunA dan pasangannya, Dawn, Tiffany bekas asli Girl’s Generation, Eric Nam dan juga bekas ahli SISTAR, Soyou.

7. #Makingalover (SS501)

TikTok memang cukup terkenal dengan pengaruhnya yang besar. Kalau lagu lama Taylor Swift yang bertajuk ‘Love Story’ boleh kembali hit kenapa tidak lagu K-pop yang pernah diminati ramai pada satu ketika dahulu kan?

Lagu yang sinonim dengan drama Boys Over Flowers ini kembali popular apabila trend #Makingalover yang dicipta oleh @hanitabinaa ini tular di TikTok dan menjadi ikutan ramai. Dalam banyak-banyak trend K-pop ini, yang mana satu yang anda pernah cuba atau pernah tonton?

Jualan 12.12 sudah hampir tiba ingin tahu barangan apa yang pernah tular di TikTok? Klik pada pautan di bawah untuk membaca!

Racun TikTok Kembali, 10 Barangan ‘Must Buy’ Yang Berbaloi Anda Miliki Sempena Jualan 11.11

Hanya Duduk Dan Pandang Kamera, Netizen Bingung Video TikToker Ini Raih Lebih 20 Juta Tontonan

Anda Mungkin Suka