Sesuatu hubungan percintaan itu sering disalah tafsirkan adalah bahawa cinta itu boleh dibeli dan manakala wang pula dianggap pasti boleh membantu untuk menjamin sesuatu kebahagiaan. Perhubungan cinta yang sebenar dan hakiki ialah selepas akad nikah disahkan lafaznya.

Tapi ramai pasangan yang bernikah tidak lagi menjalani detik percintaan. Apatah lagi apabila sudah mempunyai anak-anak. Sebenarnya, cinta itu perlu disemai dan refresh setiap hari bagi membajai hati kita.

Jadi, saya nak kongsikan dengan anda semua tentang kejutan romantik. Kejutan romantik yang mempunyai skala yang kecil juga mampu memberi kesan yang sama tanpa perlu mengeluarkan duit yang banyak. Kejutan romantik ini adalah sangat penting didalam sesuatu perhubungan untuk menunjukkan bahawa anda mengambil berat tentang pasangan anda.

Biasanya anda mengucapkan “selamat pagi” melalui SMS, Whatsapp dan Wechat. Gaya ini boleh dikategorikan sebagai klasik untuk menunjukkan diri anda mengambil berat terhadap pasangan anda.

Disini terdapat beberapa idea-idea untuk membuat kejutan kepada pasangan anda tanpa memerlukan modal yang besar untuk menjayakan kejutan ini.

1.Membiarkan mereka menjejaki nota-nota kecil yang membawa kepada kejutan hadiah untuknya.

2.Katakan kepada pasangan anda betapa sayang dan cinta anda kepada pasangan anda dalam bentuk bintang kertas kecil yang comel.

3.Tukarkan teks “alarm” kepada sesuatu ayat yang dianggap comel untuk mengejutkan pasangan anda diwaktu awal pagi.

4.Menulis mengenai perasaan anda rasa sayang dan cinta yang mendalam terhadap pasangan anda di tingkap bilik anda.

5.Tinggalkan nota berhampiran dengan meja atau katil yang mengandungi mesej-mesej romantik sebelum anda pergi kerja.

6.Anda tidak memerlukan sebuah restoran mewah untuk menikmati makan malam yang romantis bersama pasangan anda. Anda hanya memerlukan laman rumah anda sahaja sebagai venue.

7. Tuliskan surat cinta mengikut tarikh yang ditetapkan untuk dibaca oleh pasangan anda.

Cuba dulu idea-idea kejutan romantik ini. Moga makin meriah percintaan selepas nikah anda. Good luck!