Pada bulan Oktober tahun lepas, California dilanda kemarau, mengakibatkan air di tasik-tasik negeri itu berkurangan dengan pantas. Ini menyebabkan sesetengah tasik menjadi kering. Hasil dari kekeringan tasik ini, khazanah yang tersimpan bertahun-tahun lamanya di bawah air terbongkar. Khazanah ini termasuklah kereta yang dilaporkan dicuri, pistol yang hilang, bukti kepada kejadian misteri berpuluh tahun dahulu, dan tinggalan bandar lama.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Di bawah adalah khazanah-khanazanah yang dimaksudkan:

1. Lencana dan pistol seorang anggota FBI yang terendam selama 22 tahun

Seorang nelayan tempatan di Tasik Castaic, Los Angeles terjumpa sebuah beg sandang mengandungi lencana dan pistol yang dimiliki oleh seorang anggota FBI. Los Angeles Times melaporkan bahawa polis tempatan telah berjaya menghubungi anggota FBI itu, yang telah terjatuh beg di tasik berkenaan – pada tahun 1992. Oleh kerana penurunan paras air yang tinggal 29% dari paras sebenar, telah menonjolkan semula khazanah yang telah lama hilang.

BACA: 10 Tempat Kita Patut Lawati Sebelum Ia Hilang Ditelan Zaman

2. Kereta yang dilaporkan dicuri

Selepas sebuah kereta yang tenggelam ditemui, ia ditarik keluar dari Tasik Laguna. Polis di San Luis Obispo berjaya mengesan latar belakang kereta berkenaan, dan mendapati Subaru tahun 1996 itu dilaporkan dicuri pada tahun 2006. Polis juga berjaya mengesan pemilik kereta berkenaan, yang telah berpindah dari kawasan itu dan tidak diketahui sekiranya kereta itu boleh diguna semula selepas terendam di bawah air selama lapan tahun.

Seorang wartawan di KSBY melaporkan, Tasik Laguna yang mengering telah menjadi lubuk khazanah berharga. Antara barang lain yang ditemui di tasik itu adalah pistol semi automatik dan sebuah laptop.

3. Bandar lama zaman gold rush

Paras air yang menurun di utara California telah mendedahkan tinggalan struktur dari sebuah bandar perlombongan emas pada zaman dahulu. Bandar ini ditenggelamkan untuk memberi jalan kepada takungan air buatan. Di Tasik Folsom, berhampiran Sacramento, paras air rendah telah mendedahkan tinggalan bandar yang dipanggil Mormon Island, iaitu penempatan yang dibuka oleh pelombong Mormon pada tahun 1840-an.

Tasik Shasta, Tasik Oroville, Tasik Don Pedro dan tasik-tasik lain yang mengering juga mendedahkan tapak bersejarah lain seperti lombong emas, penjara dan jambatan.

4. Petunjuk tentang nahas kapal terbang 50 tahun yang lalu

Seorang sheriff tempatan menggunakan peluang apabila paras air Tasik Folsom menurun untuk mencari petunjuk dan bukti kepada kes kapal terbang terhempas di tasik itu pada tahun 1965. Selepas 3 hari memeriksa tasik itu dengan bot sonar dan pasukan penyelam, pasukan pencarian mengenal pasti beberapa kawasan yang mungkin menjadi lokasi kemalangan, tetapi misi itu berakhir sebelum sempat kerja menggali dijalankan.

5. Potensi untuk pelombong emas zaman kini

Menurut National Geographic, paras air rendah di seluruh negeri telah membuat deposit mineral yang mahal ini menjadi lebih mudah diakses dan mendorong generasi baru untuk mula mendulang di beberapa kawasan sekitar sungai-sungai California yang sebelum ini tidak pernah diterokai. Seorang pelajar Cal State University, Sacramento dilaporkan menjumpai emas berharga USD $900 (RM3150) di sebuah terusan yang tidak dapat dilalui sebelum kemarau.

6. Tinggalan tapak percutian

Bombay Beach, sebuah pekan kecil di pantai Salton Sea, California pernah disebut-sebut sebagai “Riviera California”. Kini selepas kondisi buruk berdekad-dekad lamanya, kawasan ini dipanggil “the most famously depressing place in California“.

Kawasan ini dirancang sebagai kawasan percutian pada tahun 1930-an, sehinggalah kejadian keracunan bahan kimia berpunca dari ladang-ladang sekitar situ berlaku menyebabkan kematian hidupan liar secara besar-besaran dan banjir menenggelamkan bandar itu pada tahun 1970-an. Apabila Laut Salton iaitu sebuah laut buatan manusia mengecut, ia telah mendedahkan rumah-rumah dan mobile homes yang masih wujud tetapi usang dimamah usia.

7. Spesis obor-obor yang jarang dijumpai

Makhluk yang terapung-apung seperti jeli di dalam botol itu adalah obor-obor air tawar bersaiz kecil. Disebabkan musim panas, spesis obor-obor yang jarang dijumpai itu kian membiak di Tasik Oroville. Spesis ini banyak dilihat hanya ketika musim kemarau.

Sumber: Mashable

Like page The Vocket di Facebook

Anda Mungkin Suka